My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, October 23, 2012

Penjelasan Berhubung Isu Penyusuan Melebihi 2 Tahun

Dah amaaaaaattttt la lamanya sy tak update blog. Sangat-sangat lama. Anyway, hari ni su sangat-sangat terpanggil untuk berkongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan satu kenyataan salah seorang pengacara rancangan Soal Wanita episod 25 pada hari Sabtu, 20 Oktober 2012 yang lalu iaitu mengenai 'Susu Ibu'.

Dalam rancangan tersebut, salah seorang pengacara telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak mengapa sekiranya menyusu tidak sampai 2 tahun, kerana itu adalah apa yang Allah berikan pada kita. Namun, cukuplah penyusuan setakat 2 tahun sahaja, kerana dari segi psikologi, anak-anak berusia 3-4 tahun sudah mempunyai rangsangan seksual walaupun tidak apat dilihat iaitu bagi anak lelaki dan bagi anak perempuan, akan menjadikan anak itu tidak berdikari.

Setelah kenyataan itu dikeluarkan, beberapa orang penonton telah menyuarakan kekecewaan terhadap pengacara & rancangan tersebut, memohon pengacara mengeluarkan bukti kenyataan tersebut. Boleh tengok dekat page facebook Soal Wanita.

Akhirnya, hari ini, En. Syed Shahridzan yang bertanggungjawab dalam memastikan halatuju kandungan rancangan TV AH mengikut etika 'Shariah Compliance' telah mengeluarkan kenyataan berikut:

"Para penonton Soal Wanita yang dirahmati Allah,

Izinkan saya perkenalkan diri, saya seperti nama yg tertera pada FB, merupakan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan merangkap individu yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju kandungan rancangan TV AH mengikut etika "Shariah Compliance".

Saya dimaklumkan oleh Puan Penerbit 'Soal Wanita' tentang salah faham dan sedikit kekecohan yang berlaku dalam ‘thread’ ini. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan pendirian TV AH terutamanya pihak penerbitan 'soal wanita' terhadap isu ini.

Saya telah meneliti kenyataan salah seorang hos Soal Wanita iaitu Puan Noor Layla mengenai hukum penyusuan anak melebihi umur dua tahun samaada di dalam rancangan soal wanita atau ‘thread’ ini BUKANLAH pendirian atau pegangan TV AH, di mana kenyataannya seoalah-olah Islam telah menetapkan tempoh susuan bagi bayi adalah tidak boleh melebihi dua tahun.

Saya secara peribadi melihat hujah yang digunakan, disimpulkan secara literal tanpa merujuk kepada ahli-ahli tafsir al-Quran dan fatwa ulama yg muktabar. 

Untuk pengetahuan para penonton yang budiman sekelian, ayat suci tersebut tidak memberi maksud penghadan tempoh maksimun bagi penyusuan anak, malah al-Quran menjelaskan tempoh yang paling paling sesuai dan ideal untuk kebaikan bayi. 

Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:
وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.

Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:
هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان
‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:
وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).

Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun?

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:
والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين
‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:
ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره
‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada 2 tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’

Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:
إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه
‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’

Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:
فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة
‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.

Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak."

"Saya mewakili pihak TV AlHijrah memohon maaf pada para penonton sekelian atas kekurangan dan kelalaian kami di dalam mengawal selia kandungan yang dipaparkan di dalam rancangan 'soal wanita'. InsyaAllah, komen puan-puan sekelian akan kami jadikan asas dan pedoman untuk penambah baikkan kandangan dan editorial rancangan ini. InsyaAllah pada masa akan datang kami akan sedaya upaya untuk mengelak sebarang kesilapan fakta. Segala teguran para penonton kami anggap sebagai sebagai sokongan anda semua kepada TV AlHijrah."

Alhamdulillah, moga penjelasan yang diberikan dapat memberi pencerahan dan membetulkan kenyataan salah puan pengacara sebelum ini. Hopefully, penjelasan ini juga akan disiarkan di TV AH sendiri..

4 comments:

Anonymous said...

Do you have a spam issue on this website; I also am a blogger, and I was wondering your situation; we have developed some nice practices and we are
looking to swap solutions with others, be sure to shoot me an e-mail if interested.


Stop by my page ... http://green-smoke.yolasite.com/

Anonymous said...

Link exchange is nothing else except it is simply placing the other person's webpage link on your page at suitable place and other person will also do similar in support of you.

my web-site - http://green-smoke.yolasite.com/

Anonymous said...

It is Miuccia [url=http://www.furworld.ru/ ]шуба [/url] and Patrizio Bertelli who find the secret of Prada and invent the very first black nylon Prada handbag on this planet which opens the successful and beneficial entrance of celebrated handbag brand. Prada Handbags is renowned for its glamorous. Every woman wants a Prada handbag which shows the style and the way of life. Prada store sells cheap Prada, including Prada purses and Prada handbags. [url=http://www.furworld.ru/ ]шубу [/url] is the ideal way for you to pick a bag of high quality and greatest designed. With the growth and development of Prada, more and more [url=http://www.furworld.ru/ ]шубы из китая [/url] are established. Shopping for Prada handbags and Prada wallets in [url=http://www.furworld.ru/ ]меховая фабрика [/url] can help you save numerous time and cash. [url=http://www.furworld.ru/ ]меховая фабрика [/url] is the one other good choice for you. [url=http://www.furworld.ru/ ]Шубы оптом [/url] should never disappoint you.

Anonymous said...

An impressive share! I've just forwarded this onto a coworker who was conducting a little research on this. And he in fact ordered me breakfast due to the fact that I stumbled upon it for him... lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending time to discuss this topic here on your site.

My weblog - Converse Pas Cher

Related Posts with Thumbnails