My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, May 15, 2012

Sajak Buat Breastfeeding Mothers

Baru-baru ni ada seorang kawan lelaki su yang sama-sama attend kursus DPA buatkan sajak untuk su & kawan-kawan yang mengepam masa DPA. Terharu sangat, jadi su nak kongsikan di sini.. Sajak ini khusus untuk semua ibu bekerjaya yang masih bertekad & berusaha menyusukan anak masing-masing, walau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran..

Tajuk : Disebalik Box Putih

Ok, lihat dulu box putih yang dimaksudkan ye..

inilah kotak yang menyimpan hasil perahan kami selama 2 minggu menjalani wataniah. (su punya stok seminggu je, stok lagi seminggu tu husband dah bawak balik)

askar-askar kat belakang tu mmg banyak tanya la kan..hadoii!!

Sebalik box putih itu

tersimpan air putih suci

sebagai tanda kasih
untukmu anak yang jauh dari sisi

Disitu tersimpan erti tabahku
terik mentari membakar kulit
tak kubiar ia jatuh kebumi walau setitis
kerana anugerah itu hanya untukmu

siapa kata aku tak rindu
siapa kata sayangku lelah
siapa kata tangismu tak kudengr
siapa kata ku tak mimpi riangmu

Di sebalik celoreng itu,
kusimpan sabar untukmu
disaat senjata ditangan
seakan kau hadir dalam rahimku
memberiku semangat untuk tegar 
di bawah terik di atas lumpur

Di sebalik box itu,

tersimpan sejuta kasih yang sukar dirungkai
walau harganya bukan wang ringgit
tapi tiap titisannya adalah jiwa
kusimpan rapi sebagai erti kasih
kerana cinta ku setinggi gunung
hampir lupa erti malu
mengendong box putih kesana sini
demi anakku tercinta

disebalik Box Putih,

Jika aku tak malu membawanya
jika aku tahan mengangkatnya
jika aku sabar menjaganya
jika aku setia menyimpannya
jika aku jujur memerahnya
jika aku tabah menjaganya
jika aku syukur mendapatnya
semua itu hanya keranamu anakku

Disebalik Box Putih itu

hanya aku dan Tuhan yang mengetahui
setiap helaian urat kecil
dalam hatiku mengalir
rasa cintaku pada mu melebihi segalanya

nukilan : Amir Shah Noor Ahmad, 11/05/2012
Selamat hari ibu

p/s: sesiapa yang nak share, mohon jangan lupa masukkan nama penukil sajak ini yer.. kita hargai penukilnya, sama seperti kita hargai nukilannya. Kalau sudi & tak memberatkan, bolehlah creditkan ke blog ini juga.. Kalau keberatan tak mengapa, asalkan nama penukilnya disertakan.. Terima kasih.. :)

1 comment:

Cik Dee said...

tetibe bergenang air mataku.. aku xmerasa pengalaman ni sebab masa tu bujang lagi. semangat korang sumber inspirasiku. huhu~~ tq penukil, syabas walaupun anda lelaki~!

Related Posts with Thumbnails