My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, April 18, 2012

Bantuan & Doa Buat Adik Irfan Qadri

Irfan Qadri yang mengalami masalah usus sempit serta jantung, di Hospital Sultanah Bahiyah, ALor Setar

Sedih kan, tengok gambar baby kat atas ni..usianya baru sebulan..sejak lahir, dia belum pernah merasa air susu ibunya sendiri lantaran masalah usus sempit serta masalah jantung yang dihadapi.. Sedikit kisahnya di akhbar kosmo:


"Sepasang suami isteri kini buntu apabila tidak berupaya menanggung kos rawatan bayi lelaki mereka yang menderita penyakit berkaitan jantung sejak lahir kira-kira sebulan lalu.
Rashidah Mohamad Saad, 24, memberitahu, dia dan suaminya, Shahrul Azhar Abdul Rahim, 27, perlu menyediakan RM50,000 bagi menampung perbelanjaan merawat bayi lelaki mereka, Irfan Qadri.
Bayi itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini disahkan hanya mempunyai satu injap jantung berbanding empat pada kanak-kanak normal selain masalah jantung berlubang.
Saluran usus bayi berusia sebulan itu juga sempit dan telah menjalani dua pembedahan bagi merawat masalah itu di HSB yang dibiayai oleh tabung hospital tersebut."


Pembaca sekalian, su mohon agar bantulah keluarga ini.. Sekiranya ada sedikit lebihan pada bulan ini, sumbangkanlah buat adik Irfan. Moga ia mampu meringankan bebanan kedua ibu-bapanya. Andai tidak mampu, hulurkanlah doa seikhlas hati, moga Irfan sembuh & dapat menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain..

Sebarang sumbangan dalam bentuk tunai boleh dimasukkan ke akaun Rashidah bt Mohamad Saad, 152031428612 (maybank).

Terima kasih atas sumbangan dan doa kalian..

No comments:

Related Posts with Thumbnails