![]() |
| Kami bertiga bersama nurses & Pegawai Sains Pemakanan Putrajaya |
Alhamdulillah, banyak yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam. Yang paling menarik bagi su ialah bagaimana kami boleh bekerjasama dengan KK Putrajaya dan Hospital Putrajaya untuk membantu mempromosikan penyusuan ibu di kalangan ibu2 dan bakal2 ibu serta bagaimana kami boleh membantu ibu-ibu yang baru melahirkan bayi untuk menyusui bayi mereka. Tak sabar nak tunggu program attachment di HPJ yang insyaAllah, akan diadakan kelak..
Jadi secara rasminya, kami telah mendapat kerjasama daripada pihak KK & HPJ sendiri dalam usaha untuk meningkatkan lagi kadar penyusuan eksklusif di Putrajaya. Untuk makluman, kami diberitahu bahawa kadar penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama di Putrajaya pada tahun lepas ialah lebih kurang 26%. masih sangat rendah kan..moga kadar ini akan terus meningkat dengan promosi yang semakin giat dijalankan kini..
So starting tahun 2012, insyaAllah, kita akan ada satu perjumpanan di Putrajaya dua bulan sekali. InsyaAllah, sesi pertama bulan Mei nanti. Once everything is final, su akan war-war kan kat blog..TUNGGUUU!!







No comments:
Post a Comment