My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, March 14, 2012

Di mana silapnya??

Hati su memang terkesan sangat bila membaca kisah adik Dirang di akhbar & menonton laporannya di TV. Betapa kejamnya seorang manusia, yang sepatutnya menjadi sebaik-baik umat!! Ini bukan kali pertama kita dikejutkan dengan cerita-cerita kekejaman manusia pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Buatkan su tertanya-tanya, di mana silapnya kita?

1- Si ibu yang terkhilaf..terleka melayari facebook sehingga mengabaikan anak yang kelaparan.
Sejujurnya, su rasa perkara macam ni berlaku pada ramai parent. Ramai yang leka dengan facebook, twitter, game, dan segala macam aplikasi hebat di telefon masing2 yang begitu canggih. Tapi alhamdulillah, kelekaan itu masih belum mendatangkan mudarat yang besar. Kisah Dirang ini sebenarnya satu pengajaran buat kita semua, agar tidak terlalu leka dengan sesuatu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu / bapa.

2 - Saudara mara / jiran tetangga yang mengambil mudah tentang keselamatan seorang kanak-kanak.
Su terbaca dalam surat khabar, salah seorang makcik adik ni nampak dia kat bawah flat rumah dia. Makcik ni tanya nak ke mana, tapi adik dirang cuma senyum & terus jalan ke kedai. Then makcik ni pun terus jalan je.. Bukan nak salahkan dia, tapi bagi su, kita sepatutnya lebih prihatin dengan kanak-kanak yang berseorangan. Sepatutnya jiran tetangga atau sesiapa yang nampak budak2 jalan sorang2, tolonglah temankan budak tu..pastikan keselamatan dia.. jangan dibiarkan dia seorang diri.. jangan diambil mudah tentang keselamatan budak tu..walaupun budak yang tak dikenali, tapi anggaplah dia seperti anak kita..

3 - Si penjenayah kejam yang gila.
Tak tahu nak kata apa kat penjenayah bongok ni. Entah di mana silapnya, sehinggakan dia jadi manusia yang langsung tak ada hati & perasaan. Tergamaknya dia membakar hidup-hidup seorang budak kecil. Tak dapat su banyangkan ketakutan dan kesakitan yang dialami adik Dirang.. Kejamnya manusia!! Moga dia diberi balasan yang setimpal dengan kajahatan yang dia lakukan.

Dalam kes adik Dirang, perkara dah terjadi. Kita tak boleh memutarkan kembali masa.. Apa yang boleh kita lakukan, ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku. Usah dituding jari kepada si ibu yang terkhilaf.. Dia sudah menerima kesan kekhilafannya.. Semoga Allah ampunkan dia.. semoga adik Dirang tidak menyalahkan ibunya kelak.. Bagi kita semua, mainkanlah peranan dan tangungjawab selaku ibu /bapa, jiran tetangga, saudara mara dan ahli masyarakat. InsyaAllah, jika kita semua memainkan peranan dan lebih bertanggungjawab, kejadian-kejadian seumpama ini tidak akan berlaku.

al-fatihah buat arwah adik nurul nadirah abdullah.. bahagia lah adik di sana..di 'sana' lah sebaik-baik tempat untuk hidup dik..adik sungguh bertuah, kerana terpilih untuk melalui jalan pintas ke 'sana'.

1 comment:

ayu said...

baca dalam kosmo semalam, arwah dicekik sampai mati terlebih dahulu sebelum dibakar..Ya Allah..Kejamnya pelaku itu!! dikatakan pelaku itu berdendam dengan nenek mangsa yang menghina pelaku tersebut..mmm..Kesiannya!!!!

Related Posts with Thumbnails