My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, March 26, 2012

Bank Rakyat umum dividen 15%, bonus saham 5%



KUALA LUMPUR 26 Mac - Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011.
Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.
Bank Rakyat turut mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.- UTUSAN

Alhamdulillah... dapat rezeki lebih tahun ni.. 

Orang2 bank rakyat dapat bonus berapa bulan pula kali ni?? dengar2nya 16 bulan tuuu... Masyuuukkkk!! 


Friday, March 16, 2012

Vaksin Rotavirus - keperluan dan status menurut Islam

Su terjumpa link ini yang dikongsikan oleh seorang rakan di facebook. Rasa informasi ini sangat berguna, apatah lagi ia merupakan perkongsian dari seorang ahli perubatan muslim. Maka su kongsikan di sini untuk rujukan kita semua..


p/s: menurut doktor ini, kedua-dua jenis vaksin rotavirus yang ada di pasaran mengandungi unsur PCV 1 atau PCV 2 yang berasal dari babi. am shock!!


Mesyuarat jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Putrajaya

Rabu lepas, 3 orang ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu WPKL dan Putrajaya (KSPSI WPKL&P) telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11. Su salah seorang yang dipanggil,memandangkan su seorang je ahli yang tinggal dan bekerja di Putrajaya.. (nama je dok putrajaya..nak pi presint 11 tu pun tersesat barat..hahah).

Kami bertiga bersama nurses & Pegawai Sains Pemakanan Putrajaya

Alhamdulillah, banyak yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam. Yang paling menarik bagi su ialah bagaimana kami boleh bekerjasama dengan KK Putrajaya dan Hospital Putrajaya untuk membantu mempromosikan penyusuan ibu di kalangan ibu2 dan bakal2 ibu serta bagaimana kami boleh membantu ibu-ibu yang baru melahirkan bayi untuk menyusui bayi mereka. Tak sabar nak tunggu program attachment di HPJ yang insyaAllah, akan diadakan kelak..

Jadi secara rasminya, kami telah mendapat kerjasama daripada pihak KK & HPJ sendiri dalam usaha untuk meningkatkan lagi kadar penyusuan eksklusif di Putrajaya. Untuk makluman, kami diberitahu bahawa kadar penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama di Putrajaya pada tahun lepas ialah lebih kurang 26%. masih sangat rendah kan..moga kadar ini akan terus meningkat dengan promosi yang semakin giat dijalankan kini..

So starting tahun 2012, insyaAllah, kita akan ada satu perjumpanan di Putrajaya dua bulan sekali. InsyaAllah, sesi pertama bulan Mei nanti. Once everything is final, su akan war-war kan kat blog..TUNGGUUU!!

Wednesday, March 14, 2012

Di mana silapnya??

Hati su memang terkesan sangat bila membaca kisah adik Dirang di akhbar & menonton laporannya di TV. Betapa kejamnya seorang manusia, yang sepatutnya menjadi sebaik-baik umat!! Ini bukan kali pertama kita dikejutkan dengan cerita-cerita kekejaman manusia pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Buatkan su tertanya-tanya, di mana silapnya kita?

1- Si ibu yang terkhilaf..terleka melayari facebook sehingga mengabaikan anak yang kelaparan.
Sejujurnya, su rasa perkara macam ni berlaku pada ramai parent. Ramai yang leka dengan facebook, twitter, game, dan segala macam aplikasi hebat di telefon masing2 yang begitu canggih. Tapi alhamdulillah, kelekaan itu masih belum mendatangkan mudarat yang besar. Kisah Dirang ini sebenarnya satu pengajaran buat kita semua, agar tidak terlalu leka dengan sesuatu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu / bapa.

2 - Saudara mara / jiran tetangga yang mengambil mudah tentang keselamatan seorang kanak-kanak.
Su terbaca dalam surat khabar, salah seorang makcik adik ni nampak dia kat bawah flat rumah dia. Makcik ni tanya nak ke mana, tapi adik dirang cuma senyum & terus jalan ke kedai. Then makcik ni pun terus jalan je.. Bukan nak salahkan dia, tapi bagi su, kita sepatutnya lebih prihatin dengan kanak-kanak yang berseorangan. Sepatutnya jiran tetangga atau sesiapa yang nampak budak2 jalan sorang2, tolonglah temankan budak tu..pastikan keselamatan dia.. jangan dibiarkan dia seorang diri.. jangan diambil mudah tentang keselamatan budak tu..walaupun budak yang tak dikenali, tapi anggaplah dia seperti anak kita..

3 - Si penjenayah kejam yang gila.
Tak tahu nak kata apa kat penjenayah bongok ni. Entah di mana silapnya, sehinggakan dia jadi manusia yang langsung tak ada hati & perasaan. Tergamaknya dia membakar hidup-hidup seorang budak kecil. Tak dapat su banyangkan ketakutan dan kesakitan yang dialami adik Dirang.. Kejamnya manusia!! Moga dia diberi balasan yang setimpal dengan kajahatan yang dia lakukan.

Dalam kes adik Dirang, perkara dah terjadi. Kita tak boleh memutarkan kembali masa.. Apa yang boleh kita lakukan, ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku. Usah dituding jari kepada si ibu yang terkhilaf.. Dia sudah menerima kesan kekhilafannya.. Semoga Allah ampunkan dia.. semoga adik Dirang tidak menyalahkan ibunya kelak.. Bagi kita semua, mainkanlah peranan dan tangungjawab selaku ibu /bapa, jiran tetangga, saudara mara dan ahli masyarakat. InsyaAllah, jika kita semua memainkan peranan dan lebih bertanggungjawab, kejadian-kejadian seumpama ini tidak akan berlaku.

al-fatihah buat arwah adik nurul nadirah abdullah.. bahagia lah adik di sana..di 'sana' lah sebaik-baik tempat untuk hidup dik..adik sungguh bertuah, kerana terpilih untuk melalui jalan pintas ke 'sana'.

Related Posts with Thumbnails