My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, February 20, 2012

Vitamin D dalam Susu Ibu

Lanjutan daripada pertanyaan seorang ibu di Facebook, su pun mulalah mencari sedikit informasi mengenai Vitamin D dalam susu ibu. Sebelum ini su pernah terbaca mengenai saranan kepada ibu-ibu yang menyusu untuk mengambil supplemen tambahan Vitamin D. Cumanya masa tu su tak berminat untuk baca lebih lanjut. Jadi kali ni su kongsikan sedikit yang su baca tadi..

Vitamin D dalam susu ibu bergantung kepada pengambilan Vitamin D ibu itu sendiri. Pertambahan Vit.D dalam jumlah yang sedikit tidak akan mempengaruhi jumlah Vit.D dalam susu ibu, tetapi pertambahan Vit.D dalam jumlah yang besar (2000 IU daily) akan mempengaruhi kadar Vit. D dalam susu ibu. Oleh itu, sekiranya seorang ibu mengalami kekurangan Vit. D, maka bayi juga boleh mengalami masalah yang sama, terutamanya bagi bayi yang menyusu secara eksklusif.

Bagi ibu-ibu yang kekurangan vit.D, apa yang boleh dilakukan ialah menambah Vit.D dalam badan. Caranya: EXPOSURES TO SUNLIGHT!! Yup, sinar matahari adalah sumber Vitamin D yang terbaik. Kalau anak anda mengalami kekurangan Vit. D, bawa dia bersiar-siar di bawah matahari pagi.. Tapi jangan sampai sunburn pula!!

Bacaan lanjut di sini: Does Breastmilk Contain Enough Vitamin D?


No comments:

Related Posts with Thumbnails