My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, February 17, 2012

Quote for Breastfeeding Moms

Sangat2 berkenan & bersetuju dengan post ni..


Quote dr buku Prophetic Parenting ♥

Diriwayatkan bahawa 'Amr bin Abdillah berkata kepada isterinya yg sedang menyusui bayinya, "Janganlah engkau menyusui bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dgn niat mengharap ridha Allah dan agar dgn air susumu ni hiduplah seorng makhluk yg menauhidkan Allah dan beribadah kepadaNya.."



Maksudnya:

1- Niat menyusukan anak itu perlu jelas, iaitu untuk mengikut saranan Islam. Bukan untuk bagi anak sihat, bukan untuk jimat duit, bukan untuk cepat kurus dan lain-lain. tapi HANYA KERANA ALLAH.
2- Anak-anak dicorakkan oleh didikan ibu bapa. Jadikan setiap sesi penyusuan juga sebagai salah satu alat untuk mendidik anak. Isikan masa tersebut dengan zikir, nasyid, mengaji mahupun bercerita kisah-kisah yang bagus untuk bayi.
3- Apabila niat kita KERANA ALLAH, maka apa sekalipun dugaan yang datang, kita tetap akan berusaha untuk meneruskan penyusuan ibu kerana kita sedar, ia adalah saranan Allah.
4-Sekiranya niat menyusukan adalah selain dari KERANA ALLAH, maka mudahlah bagi ibu2 untuk berputus asa.
  Contoh 1: nak menyusu kerana anak lebih sihat. Bila anak kerap sakit, mulalah kita terfikir susu tak berkualiti, anak yang minum FM pun x sakit macam ni, bla bla bla.. Kita terlupa, sakit itu adalah sebagai ujian. Malah anak-anak itu sendiri pun adalah ujian untuk kita.

Contoh 2: menyusu kerana nak jimat. Bila kena beli pam & gajet2 penyusuan yang lain (terutamanya untuk ibu bekerja) maka mulalah terfikir "jimat apa macam ni.. baik beli susu formula je..".

Kesimpulannya, I JUST LOVE THIS QUOTE!! <3 <3



2 comments:

misha.w said...

mohon share ye kak quote ni. saya pon sgt suka dgn quote ni. :)

thanks..:)

Anonymous said...

Hello there, I found your web site via Google whilst
looking for a related subject, your site came up, it looks great.
I have bookmarked it in my google bookmarks.
Hello there, just changed into alert to your weblog via Google, and located that
it is really informative. I'm going to be careful for brussels. I'll appreciate for
those who continue this in future. Numerous other people will be benefited out
of your writing. Cheers!
my page > GFI Norte

Related Posts with Thumbnails