My Online Friends. TQ for following me =)

Sunday, February 19, 2012

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WP KL dan Putrajaya

Fuhh!! panjang bebenor nama kumpulan sokongan yang baru saya sertai ni.. So, kita singkatkan kepada KSPSI WPKL&P. Basically kumpulan sokongan ini adalah di bawah pemantauan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya. Minggu lepas, kami telah menjalani sesi latihan selama 2 hari khusus berkaitan penyusuan ibu. Banyak yang dipelajari antaranya termasulah pemakanan ibu menyusu, anatomi & fisiologi payudara, masalah biasa dalam penyusuan, dan banyak lagi. Termasuk juga komunikasi dalam memberi kaunseling/bantuan kepada orang ramai.. Sayangnya, saya tak bawa kamera.. Jadi share gambar dari peserta lain yer.. Kiki..

Gambar diambil dari blog Kak Yatie..

Demo penggunaan SNS (supplementary nursing system)
KSPSI KL&Putrajaya juga telah mewujudkan sebuah 'group' di Facebook.. Kalau anda berminat, boleh sertai kami di sini : Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu WP KL & Putrajaya. InsyaAllah, kumpulan ini akan bergerak dengan aktif terutamanya dengan adanya sokongan & bantuan daripada Klinik-klinik Kesihatan kerajaan di sekitar Kl & Putrajaya..

Nantikan kehadiran kami berhampiran anda.. =)

3 comments:

NOR said...

Salam puan,

SNS tu ape fungsi die?

mummy-aulia' said...

SNS tu biasanya digunakan dalam kes relactation/induced lactation.. kadang2 untuk inverted nipple pun boleh gunakan sns.. fungsinya, bayi akan menghisap di payudara ibu, tapi susu adalah daripada bekas putih tu. Tujuan adalah untuk merangsang penghasilan susu (baby's suction) dan juga untuk memberitahu baby bahawa bila dia menghisap di payudara ibu, dia akan dapat susu..begitulah serba sedikit.. =)

Anonymous said...

As slm puan. Saya akan menganjurkan Kelas Pendidikan: Tips Penyusuan Menghadapi Ramadhan utk ibu menyusu. Kelas akan dianjurkan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 1 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 9.30 am - 12.30 pm
Tempat: Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Yuran: RM 30 / RM 50 (Pasangan)

Semua ibu-ibu dijemput hadir. Karnival jualan barangan ibu dan bayi juga akan diadakan di ruang legar kompleks. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Aishah Zakariah 016-206 4313

Related Posts with Thumbnails