My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, January 13, 2012

Wardina Dirompak

Pagi2 semalam bukak facebook je, terus nampak berderet-deret post Wardina pasal rumah dia dimasuki perompak!! pagi ni pulak, terbaca post dia di blog tentang trauma yang masih dialami akibat kejadian tu.. Kagum dengan keberanian mereka sekeluarga, terutamanya suami Wardina.. Su kongsikan sedikit di sini, sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

"Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia."



"Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia Cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
“ Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk” Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan” “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” (Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya ,Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua " Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka " doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illahi yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak Jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT."

Full entry, boleh dibaca di link ini : http://www.wardinasafiyyah.com/penulisan/isu-semasa/37-trauma

Alhamdulillah, Allah selamatkan mereka sekeluarga. Moga Allah selamatkan kita semua, jauhkan daripada sebarang malapetaka.. dan yang terpenting, moga Allah memelihara keimanan & ketakwaan kita padaNya. Aminn..

No comments:

Related Posts with Thumbnails