My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, January 20, 2012

Berita Harian - Lokek Susukan Zuriat : sedikit pandangan berbeza dari saya

nak bagi link, tapi takde link penuh kat berita harian.. so kalau nak baca keseluruhan artikel, kena lah juga cari Berita Harian 19/1/2012.

Tapi su nak kongsikan pandangan yang sedikit berbeza. Su rasa x de masalah dengan artikel tersebut secara keseluruhan. Cuma ada satu kenyataan dia yang su tak berapa setuju..tentang permohonan untuk menubuhkan Bank Susu Ibu di Malaysia. Ni ayat kat artikel tu:


Mengapakah penyusuan susu ibu atau usaha itu dilihat membebankan dan beralih kepada susu formula? Lebih sedih lagi, ada pula pihak yang mencadangkan penubuhan bank susu ibu yang bagaimanapun selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, baru-baru ini memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab serta membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Keputusan itu membawa kepada persoalan asas - mengapakah timbulnya kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri? 

Su berpendapat adalah tidak wajar untuk BH mengaitkan permohonan ini dengan isu "lokek menyusukan zuriat" dan "kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri." BH sepatutnya lebih faham rasional di sebalik permohonan ini. Sebenarnya Bank Susu Ibu bertujuan untuk membantu bayi2 yang menghadapi masalah kesihatan di awal2 kelahiran. Tujuan utama Bank Susu Ibu adalah untuk tujuan menyelamatkan nyawa, bukan kerana ibu sendiri tidak mahu menyusukan. Ia bukan sebagai alternatif untuk ibu yang "lokek", tetapi merupakan penyelesaian masalah buat bayi2 yang memerlukan.

Bayangkan sekiranya seorang ibu meninggal selepas melahirkan anak.. atau ibu yang menghadapi komplikasi selepas bersalin, atau ibu yg menghidap HIV..atau yang perlu menerima rawatan (ubat).. dalam situasi beginilah bank susu itu memainkan peranan agar si anak tetap dapat menerima kebaikan susu ibu walaupun si ibu tidak berupaya untuk menyusukan sendiri anak mereka.

Su tidak bercadang untuk menyanggah fatwa yang dah dikeluarkan. Cuma sekadar untuk makluman, ulamak-ulamak juga berbeza pendapat tentang isu ini. Jadi jangan pandang rendah mereka yang membuat permohonan ini. Mereka juga ada asas & rasional yang kukuh, cuma saja majlis fatwa kita mempunyai pandangan yang berbeza. Su hormati kedua-dua pihak. (tapi x taupun siapa yang mohon tubuhkan Bank Susu Ibu tu).

Apapun, untuk semua ibu, selagi terdaya, usahakanlah untuk menyusukan sendiri bayi anda.. Susu ibu adalah hak anak, amanah Allah yang diberikan kepada kita.

Sekian..


No comments:

Related Posts with Thumbnails