My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, January 27, 2012

Pembayaran Gaji SBPA-latest media release!!

Diambil dari website treasury:


1.  Berikutan keputusan Jemaah  Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan. 

2. Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan  dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS. 

3. Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan, dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012. 

Kementerian Kewangan Malaysia 
27 Januari 2012

Full news, cek kat link ni ye: pembayaran gaji SBPA

Program Pertukaran Belia Korea-Malaysia

Khusus untuk pegawai Pengurusan & Profesional dan juga kumpulan sokongan!!

10 hari je dok kat korea sana..17 Mei - 26 Mei 2012..  Siapa2 yang berminat, bolehlah mohon yer.. 
Klik kat link JPA ni: 



Wednesday, January 25, 2012

Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul?


 Copy paste dari notes fb Prof. Dr. rozieta Shaary. 

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Saya bertanya kepada bu mudah itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

Friday, January 20, 2012

Berita Harian - Lokek Susukan Zuriat : sedikit pandangan berbeza dari saya

nak bagi link, tapi takde link penuh kat berita harian.. so kalau nak baca keseluruhan artikel, kena lah juga cari Berita Harian 19/1/2012.

Tapi su nak kongsikan pandangan yang sedikit berbeza. Su rasa x de masalah dengan artikel tersebut secara keseluruhan. Cuma ada satu kenyataan dia yang su tak berapa setuju..tentang permohonan untuk menubuhkan Bank Susu Ibu di Malaysia. Ni ayat kat artikel tu:


Mengapakah penyusuan susu ibu atau usaha itu dilihat membebankan dan beralih kepada susu formula? Lebih sedih lagi, ada pula pihak yang mencadangkan penubuhan bank susu ibu yang bagaimanapun selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, baru-baru ini memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab serta membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Keputusan itu membawa kepada persoalan asas - mengapakah timbulnya kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri? 

Su berpendapat adalah tidak wajar untuk BH mengaitkan permohonan ini dengan isu "lokek menyusukan zuriat" dan "kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri." BH sepatutnya lebih faham rasional di sebalik permohonan ini. Sebenarnya Bank Susu Ibu bertujuan untuk membantu bayi2 yang menghadapi masalah kesihatan di awal2 kelahiran. Tujuan utama Bank Susu Ibu adalah untuk tujuan menyelamatkan nyawa, bukan kerana ibu sendiri tidak mahu menyusukan. Ia bukan sebagai alternatif untuk ibu yang "lokek", tetapi merupakan penyelesaian masalah buat bayi2 yang memerlukan.

Bayangkan sekiranya seorang ibu meninggal selepas melahirkan anak.. atau ibu yang menghadapi komplikasi selepas bersalin, atau ibu yg menghidap HIV..atau yang perlu menerima rawatan (ubat).. dalam situasi beginilah bank susu itu memainkan peranan agar si anak tetap dapat menerima kebaikan susu ibu walaupun si ibu tidak berupaya untuk menyusukan sendiri anak mereka.

Su tidak bercadang untuk menyanggah fatwa yang dah dikeluarkan. Cuma sekadar untuk makluman, ulamak-ulamak juga berbeza pendapat tentang isu ini. Jadi jangan pandang rendah mereka yang membuat permohonan ini. Mereka juga ada asas & rasional yang kukuh, cuma saja majlis fatwa kita mempunyai pandangan yang berbeza. Su hormati kedua-dua pihak. (tapi x taupun siapa yang mohon tubuhkan Bank Susu Ibu tu).

Apapun, untuk semua ibu, selagi terdaya, usahakanlah untuk menyusukan sendiri bayi anda.. Susu ibu adalah hak anak, amanah Allah yang diberikan kepada kita.

Sekian..


Friday, January 13, 2012

Update kisah Adik Rayyan Ikhwan bin Muhammad Akram

Sebelum ni su pernah kongikan tentang adik rayyan Ikhwan bin Muhammad Akram yang kehilangan ibunya 2 hari selepas dilahirkan.. Kisahnya ada di entry ini : http://cinta-mummy.blogspot.com/2012/01/doa-buat-adik-rayyan-ikhwan-bin.html

Hari ni, su terbaca berita yang menggembirakan dari facebook daddy rayyan ikhwan.. Alhamdulillah, Rayyan Ikhwan dah semakin sihat & dah pun dibenarkan pulang ke rumah.. Malam tadi merupakan pertama kali Akram dapat tidur bersama Rayyan Ikhwan..Hari ni usia Rayyan Ikhwan dah 3 minggu, dan beratnya pun dah naik ke 3.2kg.

Su kongsikan gambar terkini adik Rayyan ikhwan, buat tatapan semua yang mendoakan adik ini.. Terima kasih buat anda semua..


Muhammad Akram : Salam semua..nama saya Rayyan Ikhwan..hari ni genap 3mggu..trima kasih kerana trus mendoakn kesihatan sya..harap saya dpt mmbesar dgn smpurna & dpt balas pngorbanan mummy saya serta smua org yg mgenali saya..

Sosej RAMLY ada DNA Babi??- Penjelasan Syarikat Ramly

Kecoh kat blog pasal isu ni kan? kat ofis su pun orang dok cerita pasal ni..maklumlah, bab halal-haram makanan memang sangat penting untuk kita jaga..

So, su kongsikan penjelasan daripada syarikat RAMLY berhubung dakwaan tersebut: (klik untuk besarkan)



sebenarnya ada banyak lagi supporting documents termasuklah laporan polis oleh pihak RAMLY berhubung penyebaran dakwaan tu..tapi banyak sangat pulak nak masukkan kat sini.. So insyaAllah, status halal produk ni masih valid.. boleh makan tanpa was-was..

p/s: tapi sebenarnya processed meat ni x elok untuk kesihatan..sesekali bolehlah kot..

Wardina Dirompak

Pagi2 semalam bukak facebook je, terus nampak berderet-deret post Wardina pasal rumah dia dimasuki perompak!! pagi ni pulak, terbaca post dia di blog tentang trauma yang masih dialami akibat kejadian tu.. Kagum dengan keberanian mereka sekeluarga, terutamanya suami Wardina.. Su kongsikan sedikit di sini, sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

"Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia."



"Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia Cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
“ Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk” Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan” “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” (Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya ,Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua " Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka " doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illahi yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak Jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT."

Full entry, boleh dibaca di link ini : http://www.wardinasafiyyah.com/penulisan/isu-semasa/37-trauma

Alhamdulillah, Allah selamatkan mereka sekeluarga. Moga Allah selamatkan kita semua, jauhkan daripada sebarang malapetaka.. dan yang terpenting, moga Allah memelihara keimanan & ketakwaan kita padaNya. Aminn..

Wednesday, January 11, 2012

SBPA ditangguhkan..

Berita yang su dapat daripada kawan-kawan, SBPA ditangguhkan!!




Tapi belum ada official announcement..
Belum tahu maklumat yang lebih terperinci..

Takpelah, mungkin belum rezeki kita..
Mungkin ada hikmahnya..
Mana tau, mungkin kerajaan akan bagi tawaran option SBPA dengan ciri-ciri yang lebih menarik lepas ni..
Sama-sama kita doakan yer..

Jangan lupa, tingkatkan prestasi kerja kita semua..
Kita semua adalah penyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara, x kira dalam apa sekali pun kita bekerja..

update 13/1/2012: (Utusan Malaysia)


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.
Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.
"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.
Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.
Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.
Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. - BERNAMA

Friday, January 6, 2012

Doa buat adik Rayyan Ikhwan bin Muhammad Akram

Baru-baru ni saya (dan ramai rakan-rakan FB) dikejutkan dengan berita kematian seorang ibu akibat komplikasi pendarahan sewaktu melahirkan anak. Masa baca kisahnya di FB, saya hanya tahu yang arwah seorang PTD, sama seperti saya. Kemudian bila dibaca lebih mendalam, baru saya tahu yang rupa-rupanya arwah adalah isteri kepada seorang kenalan saya di pejabat lama dahulu.. Ya Allah..tersentuh sangat hati ni bila membaca luahan hati seorang suami.. Mereka baru saja berkahwin pada bulan Disember 2010, dan arwah meninggal pada Disember 2011..2 hari selepas melahirkan anak mereka.


Ini gambar terkini adik Rayyan Ikhwan bin Muhammad Akram.. Dari wall Akram :‎06.01.12 - Genap 2minggu usia Rayyan Ikhwan..anak ini masih brjuang utk hidup..Allah ul Karim..aku memohon smbuhknlah dia dgn kesihatan smpurna..berilah ketabahan & semangat juang yg tinggi..berilah dia peluang mmbalas pngorbanan ibu & ayahnya..Allahuakbar..aku memohon padaMu ya Allah..

Dari wall Akram pagi ini pula: 1030am, 06.01.12 - sudilah kiranya, shbt2 dpt mndoakan keselamatan & kesihatan yg smpurna buat anak saya, Rayyan Ikhwan yg kini masih di Wad 2, HRPZ II..sudah celik mata, namun masih belum dpt merasai air susu breastfeed ibu saudaranya.stakat ini, tiub dimasukkan dari saluran tekak terus ke saluran perut baby.moga barakah & doa shbt2 di hari Jumaat dimkbulkan..jika tidak keberatan, dpt solat hajat..

Kawan-kawan, marilah sama-sama kita doakan keselamatan bayi kecil ini. Tersentuh sungguh bila mengenangkan dia tidak sempat merasa susu ibunya.. (mengalir air mata sambil menaip entry ini). Marilah sama-sama kita doakan moga Allah panjangkan usia Rayyan, moga dia dapat mengenali ayahnya & dapat membalas jasa serta pengorbanan ibu yang berjuang melahirkannya..

Dan buat arwah Noria, semoga arwah tenang di Sana..insyaAllah, ganjaran besar menantinya kelak.. Semoga kita juga beroleh Husnul Khotimah seperti arwah.. al-fatihah..


Related Posts with Thumbnails