My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, December 15, 2011

'Title' dalam penyusuan- Diploma, Degree, master, PhD

Semalam hati su agak tersentap. Sebenarnya su dah tahu lama tentang kewujudan gelaran-gelaran untuk menentukan kejayaan penyusuan yang dicipta oleh sesetengah orang. Setahu su, gelaran tu lebih kurang begini:

Diploma - berjaya eksklusif BF selama 6 bulan pertama
Ijazah - berjaya Fully BF(susu ibu semata-mata tanpa susu formula) selama setahun
Master- berjaya fully BF selama 18 bulan.
PhD- berjaya fully BF selama 2 tahun.

Su sebenarnya tak kisah dengan title-title ni.. Su tidaklah menyokong sangat, tapi tak juga membantah. Sebab su tahu, tujuan diadakan istilah2 ni adalah untuk mendorang ibu-ibu supaya lebih berusaha. Cuma semalam, su terbaca satu komen yang agak mengecilkan hati su.. kata ibu tu "hanya mereka yang betul-betul tabah je boleh berjaya fully bf sampai 2 tahun. Ada jugak yang tak berjaya, yang dah campur susu tepung, tapi still declare diri dia berjaya". Su memang betul2 terasa hati dengan komen ni. Iya, su mengaku, su salah seorang dari golongan yang dia katakan tu.. Memang su tak layak dapat title PhD tu, tapi itu tidak bermakna su gagal.

Persoalan su, bagaimana kita nak menilai tahap ketabahan seseorang? Bagaimana kita nak membandingkan usaha seseorang berbanding seseorang yang lain? Adakah hanya kerana kita berjaya fully BF hingga 2 tahun maka kita lebih cekal, lebih tabah & lebih kuat berusaha berbanding mereka yang tidak berjaya?

Terus terang, su memang gagal dalam misi menyusukan Aulia' sepenuhnya sehingga 2 tahun. Su memang kena akui kegagalan su tu. Tapi, itu tak bermakna usaha su kurang berbanding mereka yang berjaya. Itu tak bermakna mereka boleh melabel su sebagai "tidak tabah" atau "yang dah campur susu tepung, tapi still declare diri dia berjaya".  Mereka yang nak melabel orang lain begini,sedarlah bahawa perjalanan penyusuan setiap orang, setiap anak adalah berbeza. Mungkin perjalanan kita mudah, tapi mungkin perjalanan orang lain lebih sukar. Perjalanan su sukar, hanya mereka yang tengok & melaluinya je yang akan faham..dan su tahu su dah berusaha setakat kemampuan su. Jadi su kena terima yang Allah dah tentukan Aulia' boleh fully BF setakat 16 bulan je.

Aduh2.. sungguh emosi bunyi post su ni kan? Hmm..bukanlah su nak mendabik dada, membuktikan kesungguhan su dalam menyusukan aulia', tapi su terkilan dengan segelintir kita yang terlalu mudah melabel orang lain. Kita kena ingat, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jangan kita merasa hebat hanya kerana kita berjaya. Pada su, insyaAllah, pasti ada ganjaran yang Allah berikan atas usaha-usaha su ( dan mereka yang berkaitan) walaupun su tidak berjaya menyusukan aulia' sepenuhnya sehingga 2 tahun.

Usah dibanggakan dengan title2 itu, tapi berbanggalah dengan usaha yang kita lakukan, pengorbanan mulia seorang ibu demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Nikmatilah keseronokan, kebahagiaan menyusukan anak yang Allah kurniakan kepada kita. Usaha sehabis baik, & bersyukurlah atas rezeki Allah.

Sekian, luahan hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak kecil di usia 10 bulan selama 34 minggu demi tuntutan perkhidmatan.

2 comments:

^Miss~FemMe^ said...

ha'ah..sgt tak patut. and even yg hanya berjaya menyusu penuh masa dlm pantang pun alhamdulillah.dlm Islam pun takde kategori berjaya or tak.tabah tu di label kan utk tabah mengepam ke?or tabah bangun malam nak nyusu anak? subjektif nye la maksud tabah tu.

waniez said...

oh, cenggitu pon ade ek..mcm2 kerenah manusia skrg ni..PHD (perasaan hasad dengki)agknye tu..hihi

Related Posts with Thumbnails