My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, December 15, 2011

'Title' dalam penyusuan- Diploma, Degree, master, PhD

Semalam hati su agak tersentap. Sebenarnya su dah tahu lama tentang kewujudan gelaran-gelaran untuk menentukan kejayaan penyusuan yang dicipta oleh sesetengah orang. Setahu su, gelaran tu lebih kurang begini:

Diploma - berjaya eksklusif BF selama 6 bulan pertama
Ijazah - berjaya Fully BF(susu ibu semata-mata tanpa susu formula) selama setahun
Master- berjaya fully BF selama 18 bulan.
PhD- berjaya fully BF selama 2 tahun.

Su sebenarnya tak kisah dengan title-title ni.. Su tidaklah menyokong sangat, tapi tak juga membantah. Sebab su tahu, tujuan diadakan istilah2 ni adalah untuk mendorang ibu-ibu supaya lebih berusaha. Cuma semalam, su terbaca satu komen yang agak mengecilkan hati su.. kata ibu tu "hanya mereka yang betul-betul tabah je boleh berjaya fully bf sampai 2 tahun. Ada jugak yang tak berjaya, yang dah campur susu tepung, tapi still declare diri dia berjaya". Su memang betul2 terasa hati dengan komen ni. Iya, su mengaku, su salah seorang dari golongan yang dia katakan tu.. Memang su tak layak dapat title PhD tu, tapi itu tidak bermakna su gagal.

Persoalan su, bagaimana kita nak menilai tahap ketabahan seseorang? Bagaimana kita nak membandingkan usaha seseorang berbanding seseorang yang lain? Adakah hanya kerana kita berjaya fully BF hingga 2 tahun maka kita lebih cekal, lebih tabah & lebih kuat berusaha berbanding mereka yang tidak berjaya?

Terus terang, su memang gagal dalam misi menyusukan Aulia' sepenuhnya sehingga 2 tahun. Su memang kena akui kegagalan su tu. Tapi, itu tak bermakna usaha su kurang berbanding mereka yang berjaya. Itu tak bermakna mereka boleh melabel su sebagai "tidak tabah" atau "yang dah campur susu tepung, tapi still declare diri dia berjaya".  Mereka yang nak melabel orang lain begini,sedarlah bahawa perjalanan penyusuan setiap orang, setiap anak adalah berbeza. Mungkin perjalanan kita mudah, tapi mungkin perjalanan orang lain lebih sukar. Perjalanan su sukar, hanya mereka yang tengok & melaluinya je yang akan faham..dan su tahu su dah berusaha setakat kemampuan su. Jadi su kena terima yang Allah dah tentukan Aulia' boleh fully BF setakat 16 bulan je.

Aduh2.. sungguh emosi bunyi post su ni kan? Hmm..bukanlah su nak mendabik dada, membuktikan kesungguhan su dalam menyusukan aulia', tapi su terkilan dengan segelintir kita yang terlalu mudah melabel orang lain. Kita kena ingat, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jangan kita merasa hebat hanya kerana kita berjaya. Pada su, insyaAllah, pasti ada ganjaran yang Allah berikan atas usaha-usaha su ( dan mereka yang berkaitan) walaupun su tidak berjaya menyusukan aulia' sepenuhnya sehingga 2 tahun.

Usah dibanggakan dengan title2 itu, tapi berbanggalah dengan usaha yang kita lakukan, pengorbanan mulia seorang ibu demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Nikmatilah keseronokan, kebahagiaan menyusukan anak yang Allah kurniakan kepada kita. Usaha sehabis baik, & bersyukurlah atas rezeki Allah.

Sekian, luahan hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak kecil di usia 10 bulan selama 34 minggu demi tuntutan perkhidmatan.

Misi menjejaki 'Bakar-bakar' di UUM

Yeayyyy!!! Alhamdulillah, setelah sekian lama dok teringin nak makan 'bakar-bakar' ni, akhirnya Sabtu lepas kami berjaya jugak.. Happy sesangat!!

Zaman belajar kat UUM dulu, memang suka sangat makan bakar-bakar ni. Tapi tak boleh selalu, sebab agak mahal. Maklum lah, zaman student. mana ada duit sangat.. Lepas keluar UUM, memang dah x jumpa dah makanan camni kat tempat lain.. Bakar-bakar tu ada, very common, tapi pencicah macam tu memang tak jumpa.

Ok, layan gambar je lah..

p/s: tengok gambar menu tu.. Mana nak dapat harga camtu lagi dah sekarang kan? tapi kat UUM, masih harga tu lagi.. =)

Sekian, seronok sangat jalan2 dengan en.husband & aulia'. =)

Thursday, December 8, 2011

SBPA - antara intipati menarik.

Dasar Bekerja Dari Rumah


55. Sebagai satu komitmen menggalakkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya,
Kerajaan bersetuju memperkenalkan dasar bekerja dari rumah. Panduan pelaksanaan dasar ini
akan dikeluarkan secara berasingan.
-ada sumber cakap mungkin kita dibenarkan bekerja dari rumah maksimum 16 jam seminggu, tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan. Harap-harapnya kemudahan ini ditawarkan kepada semua penjawat awam (termasuk saya la kan..). 


DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan
memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan
pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi
pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi
masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.
-kalau tak salah, pegawai juga boleh memilih untuk bertukar kerjaya dengan memasuki sektor swasta(rasanya GLC & mana2 syarikat swasta pun boleh), & kemudiannya boleh memohon untuk masuk perkhidmatan awam semula. Tempoh perkhidmatan di swasta tetap akan dikira sebagai tempoh berkhidmat dengan kerajaan. Bagus jugak ni..


Umur Persaraan Paksa 60 Tahun


68. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa
adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56
tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur
persaraan paksa 60 tahun
- Yeay!!! I like..maksudnya boleh pilih lah, samada nak kekal atau nak pilih 60. As for me, haruslah aku nak kekal kat 56 tahun je.. hihiii...


itu je kot.. kalau nak baca lebih lanjut, boleh klik kat sini.
 Makluman Media
Pekeliling-umum

Kalendar cuti 2012



Kalendar Cuti 2012..

Jom, kita rancang percutian yang menggembirakan bersama keluarga / rakan-rakan..

Moga kita tetap sentiasa dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga walau sesibuk mana pun kita dalam melaksanakan tugasan harian..

Tuesday, December 6, 2011

Tarikh Pembayaran Gaji 2012

Hari ni Jabatan Akauntan Negara dah keluarkan surat pekeliling pasal tarikh & pembayaran gaji 2012.. Ada jugak bulan yang gap nye jauh2..macam antara bulan 1 ke bulan 2, dan juga dari bulan 8 ke bulan 9.

So jadual pembayaran gaji 2012 bagi penjawat awam ialah seperti berikut: (klik gambar untuk besarkan)


Related Posts with Thumbnails