My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, November 14, 2011

Kolam Renang Kanak-kanak kat Presint 9, Putrajaya

Alkisahnya Sabtu lepas (12/11/2011) kami sekeluarga pergi ke Dewan Komuniti Presint 9. Setelah seharian dok kat rumah, cadangnya nak bawak aulia' main-main kat playground berhampiran dewan tu (actually masih dalam kawasan yang sama pun). Maka, selepas Asar kami sekeluarga pun terus saja keluar. Langsung tak teringat nak bawa baju & diaper spare untuk aulia' pun. hihiii..

Aulia' ni takut air. Memang menjerit, menangis tak nak masuk air. Setakat mandi dalam baby tub tu ok lah..masuk pool memang dia tak nak. Tapi pada hari kejadian tu, tiba-tiba dia sendiri yang tarik tangan kami sambil tunjuk-tunjuk kat swimming pool sebelah playground tu..Aik.. dah berani ke anak aku ni?ki kiii..

nampak x? playground tu sebelah je dengan swimming pool ni..
Maka bermula dengan duduk rendam2 kaki je, akhirnya masa nak balik tu aulia' dah basah lenjun. Kesian dia..dah lah x de baju spare.(biasa su tinggalkan sepasang baju dia dalam kereta, tapi hari tu beg dia dah dibawa masuk dalam rumah la pulak..huhuuu).

Gambar dari jauh. Aulia' & baba sedang menuju ke arah air pancut.hihii..masa ni kering lagi.seluar je basah sikit
hi hii..geramnya dengan air ni baba...

Wooo!

yang mcm khemah putih kat depan tu lah foodcourt presint 9. 

tengok..ramai kan, orang kat sini?

tiap weekend memang ramai mak bapak bawak anak-anak datang sini..

Hihi..so pas ni kena selalu bawak aulia' main pool untuk develop water confidence.. Ada rezeki, boleh antar aulia' belajar berenang.. =)

Sekian..


3 comments:

En. Wahyu - Presint 9 said...

PEMASANGAN WATER HEATER / DRILL LUBANG SKRU DINDING / PEMASANGAN BRACKET YV.
kalau ada sape2 yang perlukan khidmat tebuk / drill lubang skru kawasan putrajaya boleh contact saya. sudah beratus2 rumah kawasan putrajaya ni saya drill, tiada masalah untuk saya drill walaupun dinding keras mana sekali pun, nak drill sedalam mana pun boleh, sampai tembus diding pun boleh. memang diakui dinding rumah kuarters kawasan putrajaya amatlah keras dan susah untuk dipaku walaupun menggunakan paku konkrit yg paling kuat sekali pun. satu cara untuk tebuk dinding yg amat keras ialah dengan menggunakan hammer drill yang berkuasa tinggi. lubang yang dihasilkan adalah bulat elok dan tidak meninggalkan kesan pecah di tepi keliling lubang. lepas tu wallplug dimasukkan dan menggunakan skru yang panjang untuk mengukuhkan pegangan pada lubang yang ditebuk. saya juga ada membuat tampalan untuk lubang tak diperlukan, hubungi saya di: 0176431977 untuk perkhidmatan ini dan maklumat lanjut. boleh juga melihat blog saya di: http://shower-heater.blogspot.com/
sekian terima kasih.

Anonymous said...

rm berapa 1 lubang

Anonymous said...

untuk lubang biasa rm 3 ringgit per lubang termasuk wallplug dan skru atau cangkuk.

Related Posts with Thumbnails