My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, October 5, 2011

Untuk Ibu-ibu yang baru melahirkan

Hmm..sebenarnya su agak kecewa dengan pemikiran segelintir ibu-ibu yang sering merasa tak yakin dengan diri sendiri dan rezeki yang Allah tentukan. Su tak faham, kenapa persoalan 'susu aku cukup ke nii' selalu sangat difikirkan, terutamanya di awal kelahiran. Bila baby kerap menyusu, dikatanya tak puas menyusu. Bila ditanya kenapa, katanya "kalau bagi susu formula, elok je dia tidur lama". Hmm... Bila baby kerap nangis, pun dikatanya sebab baby lapar, tak cukup susu. Adoiii..

Ibu-ibu, susu ibu ini Allah ciptakan sangat cantik..Khasiatnya berubah-ubah mengikut peringkat umur bayi. Begitu juga kuantitnya. Di awal kelahiran, perut bayi hanya sebesar biji kacang. Maka, kuantiti susu juga tidak perlu terlalu banyak. Kolostrum di awal kelahiran memang tidak keluar banyak, tapi ianya amat berkhasiat untuk bayi. Khasiatnya bukan setakat untuk waktu itu sahaja, malah ia memberikan perlindungan sepanjang hayat kepada anak itu. Susu ibu ini sifatnya mudah dihadam, Allah jadikan sesuai dengan kemampuan sistem penghadaman bayi. Sebab itu, bayi cepat lapar & kerap menyusu. Susu formula lebih sukar dihadam, sebab itu bayi kenyang lebih lama.Tapi kesian kat perut kecil itu..penat, bersusah payah menghadam susu di waktu tidurnya. Kalaulah dia boleh mengadu kepada kita, pasti dia akan bagitahu..

Ibu-ibu, ada banyak sebab kenapa anak kita kerap menangis. Bukan semata-mata sebab lapar. Mungkin lampinnya basah@ kotor, mungkin dia kesejukan@kepanasan, mungkin dia tidak selesa. Ibu-ibu, dunia bayi sewaktu di dalam kandungan kita sangat berbeza dengan dunia yang baru dikenalinya. Maka, bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Sebab itu, ada bayi yang asyik mengempeng je dengan ibunya. Kerana dia merasa takut dengan dunia barunya.. dan hanya dengan dakapan erat ibu lah yang boleh memberi keselesaan pada anak.


Ibu-ibu, masa saya baru melahirkan Aulia', saya langsung tak pernah fikir samada susu saya cukup atau tak. masa tu, saya tak pernah fikir pun ada ke susu untuk anak aku ni... Yang saya tahu, setiap kali Aulia' nak menyusu, saya akan bagi. Saya ingat lagi, mak saya pernah tanya ' hang rasa x susu dok keluar?'. Saya jawab 'tak rasa apa-apa pun mak'. Pastu mak kata, kalau susu keluar, kita boleh rasa. masa tu saya memang tak rasa apa-apa, tapi saya yakin, susu saya memang ada. Rupa-rupanya apa yang mak saya maksudkan tu adalah Let Down Reflex (LDR). Saya pun tak ingat bila pertama kali saya rasa LDR ni.

Aulia' pun kuat menangis masa dalam pantang. Dia pernah menangis sepanjang malam. Nenek suami saya siap cadangkan supaya kisarkan beras & buat bubur untuk Aulia' makan. Masa tu memang ada yang suruh su bagi makan, tapi su yakin yang Aulia' menangis bukan sebab susu.

Jadi, ibu-ibu supermommies sekalian, berbaik sangka lah dengan Allah, dan yakinlah dengan diri anda. Dalam masa yang sama, beri masa kepada bayi anda..beri peluang untuk dia merasa kasih sayang ibunya..Teruskan usaha, teruskan menyusu/memerah/mengepam susu dan banyakkan berdoa, serta bersabar. Seandainya anda tidak tahu apa perlu dibuat, jangan terus memilih untuk memberikan susu formula..jumpa doktor pro breastfeeding/pakar laktasi/kaunselor laktasi or even kawan2 yang ada pengalaman. Gali dulu ilmu bayi & penyusuan ibu, usahakan dulu, dan sekiranya memang sudah ditakdirkan setakat itu rezeki anda & bayi, maka sekurang-kurang anda tahu, anda telah mencuba yang terbaik.

Semoga semua bayi berpeluang merasa nikmat susu ibu, & semoga semua ibu berpeluang merasai keindahan penyusuan susu ibu.

5 comments:

waniez said...

wah! x sabar ni!semoga berpeluang merasai nikmat menyusukn bayi sdiri.amiin :)

nur said...

suka entry su ni... 100% correct!

mummy-aulia' said...

wani: insyaAllah..akak doakan utk hang.aminnn

Kak nur: pndapat su macam tu lah kak.. kalo dah habis usaha, then mngkin la betul susu x cukup.

YanaMIB said...

sy dulu pn xtau cane rs susu kuar dr cik b..tgk baby khusyuk je sedut maksudnya susu kuar la tuh..hihi confident kena tinggi =)

~~Ticer Wann~~ said...

xsabar nk rasa pengalaman ni :)

Related Posts with Thumbnails