My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, October 4, 2011

Extended Breastfeeding

Pernah dengar tentang extended breastfeeding? Kalau untuk masyarakat Malaysia (lebih tepatnya Melayu/ Islam kot) extended breastfeeding ni bila kita menyusu anak sehingga lebih daripada 2 tahun.


Aulia' sayang tu dah setahun lapan bulan..tapi su rasa masih belum bersedia nak bercerai susu (wean off) dengan dia. Hehe..mak nya yang tak bersedia, anak agaknya ok je.. Minggu lepas Aulia' buat perangai, dia tak nak menyusu, menangis tengah2 malam.. Geram la jugak masa tu.. Bagi susu dia tak nak.. huhuuu.. Masa tu lah su sedar yang su belum bersedia nak bercerai susu dengan aulia'. Su masih nak dia terus ajak su masuk bilik sebaik saja nampak muka su depan pintu waktu balik ofis.. Su masih nak usik2, geletek dia, ajar dia itu ini sambil su menyusukan dia.. Su masih nak rasa semua tu.. (am I being selfish here?? hmm.. )


Ok lah, su nak kongsikan satu komen di post ini. Komen tu daripada Asiah Abdul Jalil, yang diambil daripada kak Fid.. Kata kak Fid 


  "tanggung jawab seorang ibu ialah menjaga perkembangan anaknya, bukan setakat fizikal, malah emosi. So kalau nak paksa budak tu wean off padahal dia belum bersedia hingga dia rasa macam ibu dia dah tak mau kat dia lagi dan sibuk nak cari baby ganti hingga menjejaskan perasaan si anak, maka tak perlulah nak paksa-paksa buat macam-macam trick bodohkan anak supaya dia benci menyusu. Macam kata Along, pi letak kopi la, jadam la, nak perbodohkan anak. Kalau dia tak mau wean off, beri dia peluang lagi, bukannya si ibu akan menderita kesengsaraan pun."

Hoho.. I like... Ok, ini pula beberapa pendapat mengenai penyusuan susu ibu melebihi 2 tahun.

  • kapten hafiz Firdaus, majalah Pa&Ma Mei 2011: tempoh dua tahun yang disebut dalam al-Quran (al-Baqarah, ayat 233) ialat tempoh OPTIMUMUM. Ia bukan tempoh minimum mahupun maksimum.
  • Utusan Online, 26 Mac 2010 : Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia. Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal  nutrien untuk membesar kepada bayi.Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
Secara peribadi, su bercadang nak berhenti menyusukan Aulia' selepas dia berusia 2 tahun. Tapi proses tu biarlah berlaku secara semulajadi.. Su harap Su tak sampai ke tahap perlu buat macam2 taktik just untuk wean off Aulia'. Biarlah dia berhenti dengan kehendak dia sendiri. Harap-harap macam tu lah..





4 comments:

Ummi Ummair said...

saya setakat ni msh belum berhenti menyusukn walaupun anak dh lebih 2 thn. biarlah..saya akn teruskn selama mana yg dia mahu. memaksa tdk sekali2, tak smpai hati rasanya. lgpn tiada alasan kukuh kenapa saya perlu berhenti menyusukannya.

nur said...

perkara yang sama bermain di fikiran akak... danish baru 1 thn 7 bln... mcm mana la agaknya bila danish dah 2 thn.. dah tak lama, kan?

let's the time decide it!

mummy-aulia' said...

Ummi Umair: betul, xde alasan kukuh pun. terpulanglah kepada kita untuk tentukan.

Kak Nur: sama la kak..pastu dok pikir pulak, kalo dia dah x bf, nk ganti dgn apa..hihiii..

adaa said...

Salam kenal..adaa sj ber bw n mmg cr info psl wean off..mmg betul..x sampai hati nak.paksa..saat bf anak.adalah magical..wpon bedarah menanah..selalu kene marah sbb gigit2,demam panas sbb infection..still nk jgk susukan anak..huhu naluri ibu gtu lah kan

Thanx for the great entry..sudilah jenguk blog adaa www.adaa-inspiration.com

*masih kerdil dlm dunia penyusuan SI

Related Posts with Thumbnails