My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, August 8, 2011

Peraduan Susu Ibu : Anugerah Terindah

Peringatan : Ini adalah entry untuk join contest daripada orang yang tidak pandai bermadah. ^_^
(untuk join contest, sila klik sini. hadiah best ok..)

26 Januari 2010, tarikh yang amat bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, perjuanganku melahirkan benih cinta ku dan suami dipermudahkan oleh Allah. Saat pertama kali melihat wajahnya, pertama kali memegangnya di pangkuan ku, dan pertama kali menyusukannya, aku rasakan satu getaran yang sungguh indah di hati ini. Betapa indahnya detik-detik itu, hingga tanpa ku sedari, air mataku menitik sewaktu pertama kali menyusukan puteri permata hatiku. Bukan tangisan kesakitan, sebaliknya tangisan syukur, tangisan bahagia. Sejak saat itu, aku tekad, aku akan terus menyusukan puteri ku ini dengan susu ibu.


Perjalananku dalam meneruskan penyusuan susu ibu buat Irdina Aulia' binti Muhammad Fauzan tidaklah mudah. Sedari awal lagi aku tahu, sampai masanya aku perlu meninggalkan Aulia' bagi memenuhi keperluan kerjaya ku - aku perlu mengikuti kursus selama 7 bulan bagi tujuan pengesahan jawatan. Aku sedar, ini akan menjadi masalah terbesar ku dalam perjuangan ku ini. Lantaran itu, sedari awal aku telah membuat persediaan. Aku berusaha sedaya upaya untuk menyediakan stok yang mencukupi buat puteriku. Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kami. Stok susu ku melimpah ruah, hinggakan beberapa kali aku terpaksa membuang stok-stok lama kerana kekangan ruang penyimpanan. Malah, aku juga punya 2 orang anak susuan.^_^.  Untuk 6 bulan pertama, aku berjaya menyusukan Aulia' hanya dengan susu ibu sepenuhnya.

Sewaktu Aulia' berusia 10 bulan, bermulalah kehidupan baru buat kami. Aku mendaftar untuk kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Waktu itu, stok yang ku tinggalkan penuh sebuah deep freezer, ruangan freezer peti sejuk ku, dan beberapa ketul lagi ku tumpangkan di freezer rumah ibu ku. Namun kesilapan ku dan suami, kami 'layankan' saja perangai Aulia' yang tidak suka makan dan lebih banyak minum susu. Bayangkan, suamiku memaklumkan yang Aulia' minum 14x4oz susu setiap hari! Akhirnya, stok yang banyak itu pun tidak mencukupi buat Aulia'.

Maka dengan hati yang berat, bermula Jun 2011, aku terpaksa memberikan susu formula buat Aulia'. Memang aku sedih, tapi aku percaya, aku telah melakukan segala yang terdaya. Kata suamiku, apa lagi yang tidak aku lakukan. Sejak November 2010 hingga Jun 2011, aku telah berusaha. Walau sibuk menjalani kursus yang padat dengan kelas, aktiviti fizikal & penganjuran majlis, namun aku tetap mengepam. Ke hulu ke hilir aku sentiasa membawa peralatan mengepamku. Walau menghadiri modul Wataniah di kem baru yang tiada kemudahan peti ais, aku tetap mengepam. Malah, aku sanggup memohon kebenaran daripada pihak tentera untuk membawa deep freezer ku sendiri  ke kem. Dengan deep freezer itu juga, 4 lagi ibu lain turut dapat menyimpan stok susu mereka sepanjang mengikuti modul tersebut. Alhamdulillah..

stok seminggu di kem wataniah.

Suami ku juga memberikan sumbangan yang amat besar. Sepanjang ketiadaanku, dia lah yang menguruskan hal-hal berkaitan susu Aulia'. Dialah yang berjaga di malam hari, memanaskan susu, menyusukan Aulia', menidurkan Aulia', menyiapkan baju & bekalan susu ke taska..sewaktu stok susu ku semakin berkurangan, dialah yang mengambil inisiatif untuk membuat sendiri jus kurma buat Aulia', agar Aulia' tidak perlu meminum susu formula.

Kini, pada usia menghampiri 19 bulan, Aulia' masih menyusu susu ibu walaupun tidak lagi sepenuhnya. Aku juga telah tamat kursus pada 15 Julai yang lalu. Sehingga kini, aku masih berusaha gigih untuk kembali menyimpan stok buat Aulia'. Aku masih berharap agar aku akan dapat kembali menyusukan Aulia' sepenuhnya dengan susu ku. Perjalanan ku bukan mudah, aku telah melalui 'zaman kegemilangan' sekali pam dapat 3 botol, aku juga pernah mengalami 'zaman kemerosotan' sekali pam hanya 1.5 oz. Namun aku tidak sesekali akan menyerah. Malah, Aulia' tidak akan ku berikan susu formula sekiranya aku ada bersamanya. Kerana bagi ku, saat-saat menyusukan Aulia' di pangkuanku adalah saat terindah yang aku rasakan sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, atas anugerahMu yang tidak ternilai ini. Aku benar-benar merasa bahagia. ^_^

Suhaili binti Mohamad Zahidi
Putrajaya



6 comments:

ayu said...

tahniah su..teruskan perjuangan ye..

Kasih Kita said...

kagum dgn perjuangan susu ibu akak, harap sy juga kuat semangat huhu ada lg 15bulan lg nih

nur said...

seakan ada air yg menitis bila baca entry su ini...

akak mmg dari dulu lagi sangat kagum dengan semangat susu...

tahniah dan semoga berjaya su :)

mummy-aulia' said...

ayu : insyaAllah..terima kasih
kasih kita: semua ibu pasti ada kekuatan dalaman yg kita sendiri tak sangka.insyaAllah, sy doakan awak berjaya dlm misi susu ibu awak. =)
kak nur : terima kasih kak.akak pun tak kurang semangatnya.kita sama-sama berusaha.. =)

hunny ida said...

as salam..

congrats kerana masih cekal dalam memperjuangkan hak permata hati..akak doakan awak berjaya..hingga kini akak masih BF Airiel yg berumur 2thn 6bln..all d best k..

wannorashikin said...

takpe Su sudah cuba buat yang terbaik untuk Aulia.

Related Posts with Thumbnails