My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, August 16, 2011

Ikhlaskan hati


Ada seseorang pernah kata kat su, kalau segala amal baiknya perlu diberitahu/dinampakkan kepada orang lain, tidakkah itu bererti dia tidak ikhlas dalam beramal?tidakkah itu bererti dia mencari pujian orang dalam beramal? Mm.. pada su, garis yang memisahkan antara ikhlas dan tidak terlalu halus. Kadang-kadang terasa ingin berkongsi ilmu yang baru diperoleh, tapi bimbang pula dikata nak menunjuk baik. Ada kala ingin nak membuat amal, tetapi bimbang dituduh ingin mencari pujian / kekaguman orang. Sesekali, ingin berkongsu kegembiraan dengan ramai orang, tapi bimbang pula dikata menunjuk-nunjuk.


Tapi sebenarnya, hebahan itu adakalanya (seringkali juga, sebenarnya) mampu menjadi teladan buat orang lain. Malah, ia juga mungkin mampu mendorong orang lain untuk melakukan kebaikan. Sebagai contoh, seorang bapa/suami yang bangun bersolat malam secara senyap2 kerana takut dikatakan menunjuk baik. Sedangkan hakikatnya perkara itu boleh menjadi teladan kepada isteri & anak-anaknya. Malah, kita sendiri memang dituntut untuk turut mengajak ahli keluarga dalam beribadah. Afterall, bukankah isteri & anak-anak itu adalah di bawah tanggungjawab suami/ayah?


Jadi sebenarnya, ia berbalik kepada niat kita sendiri. Tiada siapa yang boleh menilai keikhlasan kita, melainkan kita & pemilik segala rahsia; Allah S.W.T. Dia saja yang maha mengetahui. 


'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Su petik dari laman iluvislam.com


Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.


Semoga semua amal kita diterima Allah.. semoga kita semua terhindar daripada perasaan riyak yang hanya akan membuatkan segala amalan kita menjadi sia-sia. Sama-sama lah kita bermuhasabah diri.


Selamat berbuka. =)








3 comments:

wannorashikin said...

Bagus untuk perkongsian.Dah lama tak dengar Citer Su, mesti Aulia dah beasr kan

waniez said...

ikhlas tu kunci segala2nya..tnpa keikhlasan,taku2 penat & letih je yg kt dpt dr amal ibadah kt.niat org lain dlm beribadah urusan mrk dgn Allah, kita yg melihat, boleh terus husnu dzon, think positive! :)

Adlina Husaini said...

tq for sharing dear

Related Posts with Thumbnails