My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, August 16, 2011

Ikhlaskan hati


Ada seseorang pernah kata kat su, kalau segala amal baiknya perlu diberitahu/dinampakkan kepada orang lain, tidakkah itu bererti dia tidak ikhlas dalam beramal?tidakkah itu bererti dia mencari pujian orang dalam beramal? Mm.. pada su, garis yang memisahkan antara ikhlas dan tidak terlalu halus. Kadang-kadang terasa ingin berkongsi ilmu yang baru diperoleh, tapi bimbang pula dikata nak menunjuk baik. Ada kala ingin nak membuat amal, tetapi bimbang dituduh ingin mencari pujian / kekaguman orang. Sesekali, ingin berkongsu kegembiraan dengan ramai orang, tapi bimbang pula dikata menunjuk-nunjuk.


Tapi sebenarnya, hebahan itu adakalanya (seringkali juga, sebenarnya) mampu menjadi teladan buat orang lain. Malah, ia juga mungkin mampu mendorong orang lain untuk melakukan kebaikan. Sebagai contoh, seorang bapa/suami yang bangun bersolat malam secara senyap2 kerana takut dikatakan menunjuk baik. Sedangkan hakikatnya perkara itu boleh menjadi teladan kepada isteri & anak-anaknya. Malah, kita sendiri memang dituntut untuk turut mengajak ahli keluarga dalam beribadah. Afterall, bukankah isteri & anak-anak itu adalah di bawah tanggungjawab suami/ayah?


Jadi sebenarnya, ia berbalik kepada niat kita sendiri. Tiada siapa yang boleh menilai keikhlasan kita, melainkan kita & pemilik segala rahsia; Allah S.W.T. Dia saja yang maha mengetahui. 


'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Su petik dari laman iluvislam.com


Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.


Semoga semua amal kita diterima Allah.. semoga kita semua terhindar daripada perasaan riyak yang hanya akan membuatkan segala amalan kita menjadi sia-sia. Sama-sama lah kita bermuhasabah diri.


Selamat berbuka. =)








Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN


Lately ni su suka tengok facebook Wardina Safiyyah. Suka membaca post beliau di wall, cara beliau menjawab komen &; juga notes yang dikongsikan. Su kagum dengan kejayaan Wardina mendidik anaknya. 

Oh, by the way, Coretan ini su petik dari notes di laman facebook Wardina Safiyyah. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada coretan sister anfaal ini..

Terima Kasih atas email ni sister Anfaal....


Dari Abu Hurairah radhiyaAlllahu ‘anhu, bahawa suatu ketika Nabi sallaAllhu ‘alaihi wasallam memberi khabar gembira kepada para sahabatnya seraya bersabda;
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah mewajibkan untuk berpuasa. Di bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; sejahat-jahat syaithan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalangi dari mendapatkan kebaikan (pahala) malam itu; bererti dia telah terhalangi untuk mendapatkan kebaikan yang banyak” (HR. Ahmad dan An-Nasa’ie disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam khutbah Baginda yang panjang sempena menyambut Ramadhan, RasululuLlah s.a.w bersabda antara lainnya;

“Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu...
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu keranaa itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab seruan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.
Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.


Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”
Rasulullah s.a.w meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.” 
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari kiamat. Barangsiapa menahan buruk perilakunya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan  meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Qur’an pada bulan-bulan yang lain” (HR Ibnu Huzaimah)

Monday, August 8, 2011

Peraduan Susu Ibu : Anugerah Terindah

Peringatan : Ini adalah entry untuk join contest daripada orang yang tidak pandai bermadah. ^_^
(untuk join contest, sila klik sini. hadiah best ok..)

26 Januari 2010, tarikh yang amat bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, perjuanganku melahirkan benih cinta ku dan suami dipermudahkan oleh Allah. Saat pertama kali melihat wajahnya, pertama kali memegangnya di pangkuan ku, dan pertama kali menyusukannya, aku rasakan satu getaran yang sungguh indah di hati ini. Betapa indahnya detik-detik itu, hingga tanpa ku sedari, air mataku menitik sewaktu pertama kali menyusukan puteri permata hatiku. Bukan tangisan kesakitan, sebaliknya tangisan syukur, tangisan bahagia. Sejak saat itu, aku tekad, aku akan terus menyusukan puteri ku ini dengan susu ibu.


Perjalananku dalam meneruskan penyusuan susu ibu buat Irdina Aulia' binti Muhammad Fauzan tidaklah mudah. Sedari awal lagi aku tahu, sampai masanya aku perlu meninggalkan Aulia' bagi memenuhi keperluan kerjaya ku - aku perlu mengikuti kursus selama 7 bulan bagi tujuan pengesahan jawatan. Aku sedar, ini akan menjadi masalah terbesar ku dalam perjuangan ku ini. Lantaran itu, sedari awal aku telah membuat persediaan. Aku berusaha sedaya upaya untuk menyediakan stok yang mencukupi buat puteriku. Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kami. Stok susu ku melimpah ruah, hinggakan beberapa kali aku terpaksa membuang stok-stok lama kerana kekangan ruang penyimpanan. Malah, aku juga punya 2 orang anak susuan.^_^.  Untuk 6 bulan pertama, aku berjaya menyusukan Aulia' hanya dengan susu ibu sepenuhnya.

Sewaktu Aulia' berusia 10 bulan, bermulalah kehidupan baru buat kami. Aku mendaftar untuk kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Waktu itu, stok yang ku tinggalkan penuh sebuah deep freezer, ruangan freezer peti sejuk ku, dan beberapa ketul lagi ku tumpangkan di freezer rumah ibu ku. Namun kesilapan ku dan suami, kami 'layankan' saja perangai Aulia' yang tidak suka makan dan lebih banyak minum susu. Bayangkan, suamiku memaklumkan yang Aulia' minum 14x4oz susu setiap hari! Akhirnya, stok yang banyak itu pun tidak mencukupi buat Aulia'.

Maka dengan hati yang berat, bermula Jun 2011, aku terpaksa memberikan susu formula buat Aulia'. Memang aku sedih, tapi aku percaya, aku telah melakukan segala yang terdaya. Kata suamiku, apa lagi yang tidak aku lakukan. Sejak November 2010 hingga Jun 2011, aku telah berusaha. Walau sibuk menjalani kursus yang padat dengan kelas, aktiviti fizikal & penganjuran majlis, namun aku tetap mengepam. Ke hulu ke hilir aku sentiasa membawa peralatan mengepamku. Walau menghadiri modul Wataniah di kem baru yang tiada kemudahan peti ais, aku tetap mengepam. Malah, aku sanggup memohon kebenaran daripada pihak tentera untuk membawa deep freezer ku sendiri  ke kem. Dengan deep freezer itu juga, 4 lagi ibu lain turut dapat menyimpan stok susu mereka sepanjang mengikuti modul tersebut. Alhamdulillah..

stok seminggu di kem wataniah.

Suami ku juga memberikan sumbangan yang amat besar. Sepanjang ketiadaanku, dia lah yang menguruskan hal-hal berkaitan susu Aulia'. Dialah yang berjaga di malam hari, memanaskan susu, menyusukan Aulia', menidurkan Aulia', menyiapkan baju & bekalan susu ke taska..sewaktu stok susu ku semakin berkurangan, dialah yang mengambil inisiatif untuk membuat sendiri jus kurma buat Aulia', agar Aulia' tidak perlu meminum susu formula.

Kini, pada usia menghampiri 19 bulan, Aulia' masih menyusu susu ibu walaupun tidak lagi sepenuhnya. Aku juga telah tamat kursus pada 15 Julai yang lalu. Sehingga kini, aku masih berusaha gigih untuk kembali menyimpan stok buat Aulia'. Aku masih berharap agar aku akan dapat kembali menyusukan Aulia' sepenuhnya dengan susu ku. Perjalanan ku bukan mudah, aku telah melalui 'zaman kegemilangan' sekali pam dapat 3 botol, aku juga pernah mengalami 'zaman kemerosotan' sekali pam hanya 1.5 oz. Namun aku tidak sesekali akan menyerah. Malah, Aulia' tidak akan ku berikan susu formula sekiranya aku ada bersamanya. Kerana bagi ku, saat-saat menyusukan Aulia' di pangkuanku adalah saat terindah yang aku rasakan sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, atas anugerahMu yang tidak ternilai ini. Aku benar-benar merasa bahagia. ^_^

Suhaili binti Mohamad Zahidi
Putrajaya



Nursing in Public - suatu kesalahan?

Tahniah kat ibu-ibu yang menyertai program KLCC Breastfeeding Flash Mob pada 7 Ogos 2011 yang lalu. Saya tak join, sebab saya tak tahu. Program ini tidak begitu dihebahkan. Rasanya kalau dihebahkan, pasti lebih ramai lagi yang akan join. Daripada apa yang su baca, program ini sebenarnya bermula disebabkan rasa tidak puas hati segolongan ibu menyusu yang pernah dihalang daripada menyusukan anak mereka di SURAU KLCC. SURAU ye..bukan di restoran atau di bangku-bangku duduk. Logik tak? <geleng kepala>


Su setuju sangat dengan apa yang mereka cuba sampaikan. Kecewa, sebab su sendiri menjadi mangsa di pejabat ini. Su dinasihatkan untuk menukar bilik, hanya kerana rakan sebilik su mengadu yang dia merasa tidak selesa bila su mengepam di dalam bilik kami. Sedangkan dia duduk membelakangkan su, dia tak nampak su pun. cuma dia dengar bunyi pam su saja. Itupun su cover dengan pashmina yang tebal &besar, duduk menghadap dinding, membelakangkan pintu.  Dia pun dah kahwin, dah ada anak. Tak pasti lah su samada isteri dia menyusukan anak atau tidak. Tapi bagi su, dia patut lebih memahami.

Tapi tak mengapa, ada hikmahnya su bertukar bilik. Su pun lebih selesa untuk mengepam.  Cuma apa yang su ingin sampaikan ialah, MENYUSU adalah FITRAH. Asalkan AURAT si ibu TERJAGA, mengapa orang lain harus merasa TERGANGGU/TIDAK SELESA dengan pemandangan itu? fikirkan, si ibu itu kah yang bersalah, atau ANDA, yang berfikiran bukan-bukan? Kotor sangatkah pemikiran anda sehinggakan pemandangan seorang wanita menyusukan anak pun boleh membuatkan anda berfikir yang 'luar biasa'?

Fikir-fikirkan, dan selamat berpuasa! ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Setelah 2 minggu DPA berakhir

Sapu sikit sawang-sawang yang dah mula mengotorkan rumah saya ini...hihiiii
Dah 2 minggu habis kursus DPA, tapi sekarang baru ada kesempatan (& mood) untuk menaip. (Baik amik kesempatan ni before start diberi tugasan kan..hihiii)

Status penyusuan setakat ini: masih lagi mengepam & menyusu seperti biasa, namun masih dalam proses untuk mengumpul stok semula untuk kembali menyusu sepenuhnya. Setakat hari ini, su masih memerlukan bantuan daripada Dutch Lady 123 Aulia'. Hari ini mula kehidupan di pejabat seperti biasa, harap2nya dengan kembalinya su kepada jadual pejabat yang biasa, maka jadual mengepam juga dapat kembali seperti dahulu. Aminnn...

Status pekerjaan: balik daripada DPA, su dah diberi penempatan (posting) baru. Dah tak jadi warga Kementerian Kewangan lagi. Terkilan jugak, sebab sebelum ke DPA hari tu su & kawan-kawan pembimbing susu ibu (PC) di MOF dah pun memulakan langkah untuk mewujudkan Kumpulan Sokongan ibu-ibu Menyusu di MOF. Harap-harap kawan-kawan di sana akan meneruskan usaha tersebut. kalau tak pun secara rasmi, secara tak rasmi pun boleh. Sayang sangat, sebab komuniti ibu menyusu di ofis lama su memang dah semakin bertambah. Oh, lupa pulak.sekarang su dah jadi warga JPM. Agensi mana??? hehe..biarlah rahsia.. Tapi masih lagi di Putrajaya.

Ok, nampaknya su dah dapat tugasan pertama di sini..hehe..insyaAllah, su akan meneruskan penulisan di blog ini bila ada masa terluang lain kali.. (selalu rasa malas, tapi setiap kali ada orang bagitahu dia dapat manfaat daripada blog su, setiap kali itu semangat tu datang semula..insyaAllah..)

Oh, Selamat menyambut Ramadhan. Sama-sama kita merebut segala ganjarannya ya.. ^_^
Related Posts with Thumbnails