My Online Friends. TQ for following me =)

Sunday, June 26, 2011

Panduan Buat Ibu-Ibu Menyusu Yang Perlu Menghadiri Kursus


Kebelakangan ini saya perhatikan semakin ramai ibu-ibu di KIM yang menghantar post berhubung bagaimana untuk meneruskan PSI sewaktu berkursus. Ada juga yang menghadapi masalah penghasilan susu merudum sekembalinya daripada kursus. Sebagai seorang ibu menyusu yang masih berkursus sepenuh masa (sekarang di Sabah, meninggalkan anak tersayang di semenanjung selama 2 minggu), saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bersama ibu-ibu sekalian. Untuk pengetahuan, saya telah berkursus semenjak 27/11/2010 dan masih berbaki lagi tiga minggu sebelum menamatkan kursus ini.

Persediaan Sebelum Mula Berkursus
Kebiasaannya ibu-ibu menyusu yang bekerja memang akan membuat stok untuk bekalan anak sepanjang waktu bekerja. Bagaimanapun, buat ibu-ibu yang akan menghadiri kursus, kita perlu menyediakan stok yang banyak sedari awal. Biasanya kita dapat notis awal berhubung kursus yang perlu dihadiri. Atau paling tidak pun, kita sendiri boleh agak bila kita akan dikehendaki untuk berkursus. Jadi, buat anggaran sendiri, berapa stok yang anak anda perlukan sepanjang ketiadaan anda. Sebagai contoh:
            Menyusu 3 jam sekali = 1 hari 8 kali menyusu
            1 sesi 4 oz, 4oz x 8kali = 32oz sehari (atau 8 pek x 4oz susu sehari)
            Kalau kursus 2 minggu, stok yang diperlukan ialah:
             14 x 8 pek of 4z ebm = 112 pek susu.
Jadi, bila dah tahu berapa stok yang perlu ditinggalkan, anda buat lah pengiraan sendiri berapa oz atau pek yang perlu anda dapat simpan setiap hari. Mungkin untuk sementara waktu anda perlu memberikan hanya 1 fresh stok buat anak anda sebagai bekalnya. (maksud saya, gunakan stok lama secara maksimum & simpan hasil perahan terbaru untuk dijadikan stok masa berkursus kelak).
            Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan pihak urusetia kursus dan maklumkan tentang keperluan anda sebagai seorang ibu yang menyusu. Ambil maklum kemudahan yang disediakan @ tidak disediakan dan cari alternatif sekiranya ada masalah. Anda boleh dapatkan maklumat awal tentang tempat kursus tersebut supaya anda boleh merancang di mana untuk mengepam, di mana untuk menyimpan susu dan sebagainya. Dapatkan juga nasihat / pandangan kawan-kawan yang pernah menghadiri kursus yang sama / kursus lain sebelum ini. Sekiranya tempat berkursus tidak terlalu jauh dari tempat tinggal anda, mungkin anda boleh berbincang dengan suami/ ahli keluarga untuk membawa bayi berjumpa anda setiap hari atau selang 2-3 hari atau seminggu sekali (yang mana bersesuaian) supaya baby tidak nipple confuse dan juga supaya baby masih dapat merasa fresh breast milk.

Sewaktu Berkursus
Memang sedih meninggalkan anak yang masih menyusu badan sepenuhnya kan? Ibu yang tidak menyusu pun merasa sedih berjauhan dengan anak, apatah lagi kita yang menyusukan. Tapi jangan terlalu diikutkan rasa sedih itu. Fikir positif & tenangkan hati anda. Pam secara konsisten (selang  2-4 jam). Biasaya jadual kursus sama sahaja, jadi cari masa yang anda boleh gunakan untuk mengepam. (biasanya waktu break). Mungkin anda akan perlu bergesa-gesa, kejar masa dan tidak sempat untuk berehat. Namun ingatlah yang itu semua adalah pengorbanan anda, tanda kasih sayang anda buat anak tersayang. Pengorbanan itu pastinya berbaloi. Kalau boleh, minta tolong kawan unutk tapaukan makanan buat anda sekiranya anda tidak berkesempatan untuk makan. Jangan lupa bawa cooler bag untuk menyimpan hasil perahan anda. Saya cadangkan juga supaya anda bawa pam manual atau bateri. Just in case kalau tiada kemudahan plug point di tempat mengepam itu.
Sekiranya ada masa anda tidak dapat mengepam mengikut jadual, pastikan anda masih mengepam 6-8 kali sehari. Buat power pumping seandainya berkesempatan. Percayalah cakap saya, kalau anda culas mengepam, penghasilan susu anda pasti akan berkurang. Percayalah, kerana saya pernah mengalaminya!. Cubalah sedaya upaya agar anda tetap dapat mengepam seperti biasa. Kalau perlu PIP (pump in public) pun, lakukanlah. Atau sekurang-kurangnya, pergi ke tandas sebentar dan buang sedikit susu anda. Jangan dibiarkan sehingga bengkak & susu meleleh. Bukan sahaja boleh menyebabkan susu berkurang, malah anda juga mungkin akan mengalami kesakitan yang amat akibat susu yang tersumbat.

Selepas Berkursus
Yeay!! Seronoknya dapat jumpa anak semula kan? Gunakan masa ini dengan sebaiknya. Kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding). Sekiranya anak anda menolak untuk disusukan secara terus, mungkin dia sedang keliru puting. Usahakan agar dia mahu menyusu semula. Kerapkan sentuhan kulit ke kulit & pujuklah anak anda untuk menyusu. Jangan terlalu tertekan, berikan masa buat anda dan juga anak anda.
            Kesimpulannya, sebagai ibu menyusu yang bekerjaya, sememangnya cabaran itu akan sentiasa ada. Persiapkan mental & emosi anda untuk menghadapi cabaran ini. Sekiranya kita bersedia, insyaAllah kita pasti mampu menghadapi segala ujian mendatang. Lakukan persiapan awal dan sentiasa lah berfikiran positif. Saya yakin, kita semua mampu melakukannya. Yakinlah bahawa setiap usaha & keperitan yang kita rasai, ada ganjaran yang telah dijanjikan buat kita.
HAPPY BREASTFEEDING!!

Wednesday, June 15, 2011

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali

Dalam kami menghadapi segala suka duka sepanjang kursus Diploma Pengurusan Awam bil2/2010 yang berbaki sebulan saja lagi, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. 

Salah seorang sahabat su telah kehilangan suami yang tersayang, secara tiba-tiba, tanpa sebarang penyakit, mahupun petanda. Tak dapat su bayangkan perasaan dia. Tapi dia sangat tabah.Kawan-kawan yang pergi melawat, semuanya menyatakan kekaguman melihat ketabahan dia. Su tak pergi, su tak sanggup berdepan dengan dia, melihat anak kecilnya yang masih belum mengerti akan erti kehilangan. terbayang-bayang di fikiran su macam mana agaknya kalau aulia' yang berada di tempat anak tu. aulia' yang sangat rapat dengan baba dia, yang setiap hari berlari2 sambil ketawa setiap kali menyambut baba dia pulang dari kerja. ya Allah..besarnya dugaanMu buat sahabat ku ini..Su cuma pandang dia dari jauh, tapi hati su dah sebak. Masa tu hati terasa nak sangat pergi peluk dia, tapi su tau, su pasti akan menangis kalau su buat macam tu.

Kejadian ini  benar2 membuka mata su. Bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa kita, entah kita bersedia @ tidak masa tu..sambil drive pun nyawa boleh terhenti, jika itu yang telah Allah tentukan buat kita. semoga kita semua diberikan petunjuk & hidayah Nya, agar kita semua mendapat husnul khatimah. Moga kematian kita kelak, bukan dalam keadaan sedang melakukan maksiat, bukan dalam keadaan berhutang solat/puasa dengan Allah dan bukan dalam keadaan yang mengaibkan. 

Buat kawan-kawan pembaca blog su, su pohon sedekahkanlah al-fatihah buat arwah suami kawan su itu. dan hulurkanlah secebis doa buat kawan su, Hawa Liyana Hashim dan anaknya Qisya agar mereka sekeluarga akan terus tabah dalam menghadapi ujian yang telah Allah tentukan untuk mereka.

al-fatihah..

Related Posts with Thumbnails