My Online Friends. TQ for following me =)

Saturday, May 21, 2011

Susu Formula untuk Aulia'

Yer, luluh hati bila akhirnya kami terpaksa juga memilih susu formula untuk aulia'.
susu su dah tak mampu untuk menampung keperluan Aulia'.
Tambahan lagi modul penempatan kampung yang dijadualkan di sabah, sememangnya su dah tak ada jalan untuk mencukupkan stok susu aulia' sepanjang su kat sana nanti.

So sekarang tengah study susu yang sesuai untuk aulia'. I won't use de word 'terbaik' sebab su tau, hanya susu ibu yang terbaik untuk setiap anak. Jujurnya, su agak terpengaruh dengan iklan susu Anmum essential yang tanpa gula tambahan tu. But then, bila su baca & baca lagi, actually gula ni juga penting untuk tenaga anak2. plus, cara pengiraan kat semakgula.com tu pun macam tak berapa betul sebab bukan semua carbo tu adalah gula. lagipun, untuk anak-anak yang sedang aktif macam aulia', gula tu akan terbakar sebagai tenaga. Jadi, ada pendapat yang mengatakan takpe kalau ada sedikit gula dalam susu tepung anak-anak ni.

2nd susu yang ada dalam fikiran su sekarang is Enfagrow A+. Based on review, ramai yang kata susu ni bagus..anak cerdik, tulang kuat. (bab anak cerdik tu su tak berapa setuju sebab for me, it depends on didikan kita sendiri, bukan dekat susu apa yang anak kita minum.)

Yang ketiga, susu soya. Tapi aulia' ada ekzema (enherited from her baba, not bcos of my milk ok!).  takut kalau bagi susu soya nanti kulit dia akan jadi makin sensitif pulak.. adoyaiii..pening kepala nak memilih susu formula ni..

Tapi encik suami kata, tak kesahlah susu apapun..mcm yg su pernah dengar dr seorang paed, susu formula apa pun sama ja.asalkan sesuai untuk anak kita, ok lah tu. tak kesahlah kandungan dha ke, omega ke, segala AA tu tapi kalau tak boleh diserap oleh anak kita, takde faedahnya jugak..(lagipun segala nutrien tambahan tu melibatkan perubahan pada komposisi susu lembu tu sendiri, which means it is not natural). husband kata, tak perlulah beli susu mahal konon2nya kita dah pilih yang terbaik untuk anak sedangkan kita sendiri tahu, itu hanya untuk penyedap hati sendiri. (huhuuu..memang betul pun..uwaaaaaa)

Nampaknya kena cuba one by one..susu apalah yang sesuai untuk aulia' agaknya yer...

Aulia', maafkan mummy sayang..mummy dah tak mampu membekalkan susu terbaik untuk aulia'.

mode: sedih sangat

Tuesday, May 17, 2011

Perjalanan penyusuanku - mungkinkah bakal berakhir?

1stly mintak maaf sebab dah lama mengabaikan blog ini..
dah lama juga tak blogwalking & meninggalkan komen kat blog kawan2..
Sebenarnya su baru balik dari menjalani modul wataniah kat kem RAMD ke-14 di Gemas.
Kali ni, cabaran untuk terus bf makin mencabar..

Masuk minggu ke-2, 2 hari latihan panduarah, 3 hari 2 malam latihan medan.
selama tu, su tak dapat perah macam biasa..
akibatnya, susu dah semakin berkurangan.
daripada 8-11 oz satu sesi, sekarang ni cuma 1-3 oz saje.
to make it even worse, nipple crack pulak bila balik umah akibat gigitan aulia'.huhuuuu..

lagi 2/3 minggu, insyaAllah su akan ke sabah pulak untuk jalani modul Kajian Lapangan (Penempatan Kampung)
duduk rumah orang, kampung plak tu, kat sabah lak tu, haruslah su tak dapat bawak DF yang dah byk berjasa tu.
stok kat rumah pun dah takde..rasanya stok tu cukup untuk 1 hari je kot.

HMM..hati sedih, fikiran berkecamuk.
Moga cuti seminggu ini (walaupun masih jugak perlu siapkan asaimen 10ms) akan mampu memberikan ketenangan yang su perlukan sekarang.
& semoga Allah memberikan hidayah kepada su & en.hubby..aminnn
Related Posts with Thumbnails