My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, April 19, 2011

Tolonglah..kasihani anak-anak kami

kali ni nak bercerita tentang topik yang agak berbeza..
isu mengenai perokok
su tak benci perokok
tapi su benci perokok yang merokok di tempat yang dilarang, perokok yang merokok di tempat orang ramai, perokok yang langsung tak rasa bersalah menghisap rokok dan menghembuskan asapnya kepada orang lain, termasuk bayi/anak-anak kecil


paling su benci golongan yang merokok ambil selamba je dukung anak.
pernah su jumpa, merokok depan anak2, kat retoran. aduhaaiii..tak sayang anak ke??
Kat restoran/gerai makan, walaupun tak ditampal stiker "DILARANG MEROKOK", restoran/gerai makan sememangnya adalah tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. meraka yang mengingkari arahan ini boleh dikenakan tindakan.

Su memohon kepada semua pembaca blog su, tegurlah suami/saudara-mara/kawan/boyfriend anda supaya sedar akan bahayanya asap rokok yang dihembuskan itu, terutamanya untuk bayi/ kanak-kanak yang masih lemah ketahanan tubuhnya. Kalau dah habis makan, nak merokok, pergilah ke tempat lain.Jangan jadi seorang yang pentingkan diri sendiri.

"Mengikut banyak penyelidikan, asap yang dihirup oleh perokok pasif(mereka yg tidak merokok, tetapi terpaksa menyedut asap rokok) mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda kimia berbahaya berbanding yang disedut perokok aktif."


Sayangilah anak-anak kita. merekalah yang bakal mewarisi negara ini kelak..

Sekian, terima kasih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails