My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, April 18, 2011

FB Fan Page - Kami Benci Dipertontokan EBM Bertimbun2

minggu ni rata-rata blog ibu-ibu menyusu bercerita mengenai kewujudan page Kami Benci Dipertontonkan EBM Bertimbun2 kat FB.
Su pun agak terkejut sebenarnya..
tak sangka sebegitu sekali bencinya golongan2 ini melihat gambar2 EBM ibu2 menyusu
bagi su sendiri, su pun ada berkongsi gambar EBM walaupun tak lah banyak mana
dan bagi su jugak, sangat tidak adil untuk orang lain menuduh ibu2 ini riak.
itu adalah urusan dia dengan Tuhan..hanya dia & Tuhannya yang tahu apa niat sebenar dia
cuma pendapat peribadi su, kalau anda tak suka tengok gambar2 itu, jangan tengok.

su sendiri pernah ada masa yg su tak suka tengok EBM org lain yg penuh DF
masa tu su rasa demotivated, rasa su lemah sbb tak mampu maintain stok byk mcm tu
tp takdelah su membenci dorang.cumanya su takkan bukak blog2 tu.
itu saja..
sebaliknya su banyak baca blog ibu2 yang turut mengalami kesusahan, yang mendapat ujian dalam perjalanan penyusuan, yang pernah alami naik turun dalam perjuangannya.
daripada situ, su membina kembali semangat su, menguatkan semula azam su

jadi buat mereka yang membenci melihat gambar EBM berkepuk2 tu, su rasa apa yang patut anda buat ialah positifkan diri anda, buka hati anda untuk melihat yang baik di sebalik semua tu. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN. kalau kita fikir baik, baiklah ia.tapi kalau fikir negatif, negatif la jadinya. kalau tak suka tengok gambar EBM tu, jgn tengok. fikirkanlah, kalau anda tak suka, tak semestinya orang lain pun tak suka.malah, ramai yang berterima kasih dan menganggap gambar2 itu sebagai pendorong utk mereka lbh berusaha. dan kepada ibu2 yang suka post gambar EBM (termasuk su jugak), marilah kita sama2 memastikan niat kita betul dan ikhlas.kalau niat kita betul, maka jangan dipedulkan kata2 orang lain.kita takkan mampu memuaskan hati semua orang.ambillah yang positif, supaya sifat positif itu akan meresap ke dalam diri kita.

HAPPY BREASTFEEDING!! (",)

4 comments:

umialya said...

mula2 tu geram gak bila baca kisah ini tapi akhirnya cuba ambil yang positif aje..

mgkn ader sbb2 naper mereka wujudkan page ini di FB..

tak payah nak kusutkan fikiran kita nak fikir hal2 yg remeh temeh ini.. apa yg pntg, anak2 mendapat yg terbaik drp ibunya..

Atie Kamal said...

Terserahlah pada mereka utk berkata apa...yg penting NIAT kita. Bukan mudah melalui perjalanan menyusukan anak ni...tak semudah selak then sumbat. Bila ada gambar2 EBM ni lah yg buat saya lebih bersemangat dan gigih berusaha. Dosa dan Pahala biarlah ALLAH yang tentukan...

nur said...

huhuhu, mcm mana org ni... kita yg amik yg positif aje laa :)

tp bg akak, time susu merudum, suka buka blog ibu yg byk stok ebm... just to motivate myself :)

mummy-aulia' said...

umialya: betul tu..kena sentiasa berfikiran positif

atie:memang x semudah tu untuk menyusukan anak dgn BM.ada naik turunnya..terpulang kpd ibu sendiri samada nk menyerah kalah @ teruskan perjuangan

kak nur:hihiii..tu lah, sbb tu su kata sumernya depends on kita.maing2 ada cara sendiri.kita tau kelemahan & kekuatan kita, so pandai2lah nilaikan sndiri.xperlulah smpai nk mghukum org lain hanya sbb kita tak suka/tersinggung dgn stok dorg yg byk berbanding kita.

Related Posts with Thumbnails