My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, April 21, 2011

Yeay!! Alhamdulillah..Terima kasih Tuan


Alhamdulillah, dapat pelepasan untuk balik setiap hari starting semalam..Nak buat stok susu untuk aulia' sebagai bekalan sepanjang su ke wataniah 1 - 15 mei nanti.

Satu lagi usaha yang boleh dilakukan oleh bakal peserta DPA yang menyusukan anak..
Tips daripada su, jangan malu atau takut untuk meminta pelepasan.
InsyaAllah, pihak UDPA sekarang amat memahami keperluan ibu-ibu menyusu dan boleh bertoleransi dengan kita.
Cuma pastikan, kita ada memberi sumbangan dalam aktiviti-aktiviti DPA supaya kita sendiri pun tak rasa segan bila nak minta pelepasan tu.
Doakan su dapat buat stok yang mencukupi untuk aulia' yer..

Terima kasih..

mode: happy..hihii

Tuesday, April 19, 2011

Tolonglah..kasihani anak-anak kami

kali ni nak bercerita tentang topik yang agak berbeza..
isu mengenai perokok
su tak benci perokok
tapi su benci perokok yang merokok di tempat yang dilarang, perokok yang merokok di tempat orang ramai, perokok yang langsung tak rasa bersalah menghisap rokok dan menghembuskan asapnya kepada orang lain, termasuk bayi/anak-anak kecil


paling su benci golongan yang merokok ambil selamba je dukung anak.
pernah su jumpa, merokok depan anak2, kat retoran. aduhaaiii..tak sayang anak ke??
Kat restoran/gerai makan, walaupun tak ditampal stiker "DILARANG MEROKOK", restoran/gerai makan sememangnya adalah tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. meraka yang mengingkari arahan ini boleh dikenakan tindakan.

Su memohon kepada semua pembaca blog su, tegurlah suami/saudara-mara/kawan/boyfriend anda supaya sedar akan bahayanya asap rokok yang dihembuskan itu, terutamanya untuk bayi/ kanak-kanak yang masih lemah ketahanan tubuhnya. Kalau dah habis makan, nak merokok, pergilah ke tempat lain.Jangan jadi seorang yang pentingkan diri sendiri.

"Mengikut banyak penyelidikan, asap yang dihirup oleh perokok pasif(mereka yg tidak merokok, tetapi terpaksa menyedut asap rokok) mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda kimia berbahaya berbanding yang disedut perokok aktif."


Sayangilah anak-anak kita. merekalah yang bakal mewarisi negara ini kelak..

Sekian, terima kasih.

Monday, April 18, 2011

FB Fan Page - Kami Benci Dipertontokan EBM Bertimbun2

minggu ni rata-rata blog ibu-ibu menyusu bercerita mengenai kewujudan page Kami Benci Dipertontonkan EBM Bertimbun2 kat FB.
Su pun agak terkejut sebenarnya..
tak sangka sebegitu sekali bencinya golongan2 ini melihat gambar2 EBM ibu2 menyusu
bagi su sendiri, su pun ada berkongsi gambar EBM walaupun tak lah banyak mana
dan bagi su jugak, sangat tidak adil untuk orang lain menuduh ibu2 ini riak.
itu adalah urusan dia dengan Tuhan..hanya dia & Tuhannya yang tahu apa niat sebenar dia
cuma pendapat peribadi su, kalau anda tak suka tengok gambar2 itu, jangan tengok.

su sendiri pernah ada masa yg su tak suka tengok EBM org lain yg penuh DF
masa tu su rasa demotivated, rasa su lemah sbb tak mampu maintain stok byk mcm tu
tp takdelah su membenci dorang.cumanya su takkan bukak blog2 tu.
itu saja..
sebaliknya su banyak baca blog ibu2 yang turut mengalami kesusahan, yang mendapat ujian dalam perjalanan penyusuan, yang pernah alami naik turun dalam perjuangannya.
daripada situ, su membina kembali semangat su, menguatkan semula azam su

jadi buat mereka yang membenci melihat gambar EBM berkepuk2 tu, su rasa apa yang patut anda buat ialah positifkan diri anda, buka hati anda untuk melihat yang baik di sebalik semua tu. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN. kalau kita fikir baik, baiklah ia.tapi kalau fikir negatif, negatif la jadinya. kalau tak suka tengok gambar EBM tu, jgn tengok. fikirkanlah, kalau anda tak suka, tak semestinya orang lain pun tak suka.malah, ramai yang berterima kasih dan menganggap gambar2 itu sebagai pendorong utk mereka lbh berusaha. dan kepada ibu2 yang suka post gambar EBM (termasuk su jugak), marilah kita sama2 memastikan niat kita betul dan ikhlas.kalau niat kita betul, maka jangan dipedulkan kata2 orang lain.kita takkan mampu memuaskan hati semua orang.ambillah yang positif, supaya sifat positif itu akan meresap ke dalam diri kita.

HAPPY BREASTFEEDING!! (",)

Virus M melanda

Huhuuuu...
baru minggu ke-20 DPA
Dah semakin malas + demotivated nak mengepam
pam setakat untuk hilangkan bengkak je
kesian aulia'

Entahla..sejak kebelakangan ni su betul2 rasa penat
Badan penat, otak penat
maybe sebab assignment banyak kot (lega dah siap antar tadi)
Tambah pulak sekarang dah start training kaw2 untuk 2nd siri wataniah bulan 5 nanti
crawling, side roll, pumping etc etc hari Selasa lepas, sampai hari ni tangan su sakit yg teramat
nk angkat tangan pun sakit

Wataniah kali ni insyaAllah kat Gemas
harap2nya Su xperlu bawak DF lagi kali ni..
harap2nya dorang boleh sediakan freezer untuk kami kali ni
kalau tak, kena lah su buat surat lagi skali untuk mintak bawak DF.huhuuu

ADOII!!! BERSABARLAH SUHAILI.BERTAHANLAH.
INGAT AULIA'.. INGAT GANJARAN ALLAH


huhuuuu..

Monday, April 11, 2011

Anugerah Allah-dia insan istimewa

 Ini ialah Aliah, adik angkat su sewaktu su menjalani modul Community Social Responsibilty di Pusat Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP). Kagum melihat ketabahan aliah..walau pun fizikalnya tidak sesempurna kita, namun anugerah Allah padanya juga amat besar. Tengoklah hasil kerja aliah kat bawah ni.sangat cantik kan??


Insaf melihat keadaan adik-adik di sini.. insyaAllah, kak su akan berkunjung lagi ke sana..

Tuesday, April 5, 2011

Mencari babysitter untuk Aulia'

Su nak carik babysitter untuk Aulia' (1 tahun 3 bulan), girl, still breastfeed

Dah tawar hati dengan nursery dia sekarang ni..
Kesian Aulia'..sampai sekarang dia belum dapat jodoh dengan pengasuh yang bukan setakat jaga dia untuk duit, tapi sebab betul2 sayangkan budak-budak..
Kawan2, kalau ada tau pengasuh yang baik area Putrajaya ni tolong inform su yer..
Related Posts with Thumbnails