My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, February 1, 2011

Wataniah & Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah, tamat sudah 2 minggu latihan Kursus Asas Perajurit Muda (Khas) Askar Wataniah di Kem Sg. Miang, Pekan, Pahang. Ini baru sesi pertama..sesi kedua bakal menyusul bulan Mei nanti.

Sememangnya satu pengalaman yang menarik, bagaimana su & kawan-kawan menjalani latihan ini, sama seperti peserta-peserta lain & dalam masa yang sama, masih mampu mencuri masa untuk meneruskan pengepaman susu buat anak tersayang. Itulah tanda kasih sayang paling tinggi dari kami semua buat anak2. Walaupun sesi mengepam terpaksa dikurangkan disebabkan kekangan masa, tapi alhamdulillah, hasil susu su masih seperti biasa.

Kat sini latihan kami bermula seawal 6.30 pagi. So  pumping session kami biasanya bermula sebelum subuh. Lepas senaman pagi, kami semua akan berkawad & seterusnya ke kelas Ilmu Medan Perang sampai pukul 12.30. (tp selalunyaa habis dah dekat pukul 1, kadang2 drag smpai pukul 1  lebih). Jadi time break itulah kami gunakan untuk makan, solat & mengepam sebelum kelas seterusnya pukul 2. (tapi kena kumpul awal sebab kami kena berkawad untuk ke kelas) Alhamdulillah, su tak pernah lagi terlambat dalam sebarang sesi kelas w/pun tanggungjawab su lebih drpd org lain, sbb su perlu mengepam. =) malah, su pernah jadi in charge lagi untuk platun su. Menyusu bukanlah halangan untuk su aktif kan??

Pernah sekali bilik su blackout. Risaukan keselamatan susu, su mintak tolong guys utk angkat deep freezer su, tumpangkan kat Dewan Makan. Alhamdulillah, pegawai & kawan2 kat sana memang supportive. Jap lagi su akan sharekan pengalaman su masa bawak balik ebm beku tu..Alhamdulillah, perjalanan hampir 12 jam, tapi susu kami selamat & masih beku.

So, untuk PTD-PTD yang bakal join DPA lepas ni, jangan risau ok..DPA & Wataniah bukanlah penghalang untuk kita terus menyusukan anak kita..Yang penting, azam & usaha.. =)

8 comments:

waniez said...

its an inspiration! ^_^

nur said...

akak kagum dgn semangat su...
yup, semangat dan azam mmg sgy penting :)

ayu said...

tahniah su....nnt ayu nak share entri su ni dlm blog ayu ye..

mummy-aulia' said...

TQ..silakan share..memang su harap sangat supaya org ramai, esp.PTD2 yg akan ke DPA baca citer2 su..supaya takde lagi kes yg sampai terpaksa stop BF anak hanya sbb DPA.sedih sangat bila ada kawan su yg cakap mcm tu..dia kata dia x tau yg masih blh BF masa DPA.sbb tu dia stop bf anak dia..

Momma Mia said...

TAHNIAH!!
Sangat gigih & kagum dgn Su..
Semoga dapat memberi inspirasi kepada ibu2 yg lain.

mummy-aulia' said...

momma mia: TQ.. yup, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain. =)

armouris said...

info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

FW said...

Stand A Chance to WiN a BRAND NEW MEDELA FREESTYLE when you join "MOTHER of THE YEAR" Contest!

Specially brought to you by Faheem's Wardrobe.

Inquiry?Email us at: Contest @FW

Related Posts with Thumbnails