My Online Friends. TQ for following me =)

Sunday, February 6, 2011

Perkembangan terkini Aulia' @ 12 bulan

Yep, aulia' dah pun berusia setahun pada 26/1/2011 yang lalu. Masa tu su masih dalam latihan wataniah, tak dapat nak raikan dengan aulia'. Memang sedih sangat, tapi agak terubat bila kawan2 Platun 2 nyanyikan lagu & bacakan doa untuk aulia'. Thank you kawan-kawan.. =)

Sekarang ni aulia' dah boleh jalan, dah boleh jalan laju tau..siap lari-lari anak lagi bila orang nak kejar dia..heheh.. Gigi pun dah tambah lagi 1 dua minggu lepas. So sekarang dah ada 7 batang gigi, 4 atas & 3 bawah. Dah makin kuat menggigit..Hadoiii!! ni lah part yang paling x best sekali..SAKITTT!!!

Berat aulia' 7.6kg je.. Memang kecik slim je macam mummy dia jugak..hihiii..tapi setakat ni berat dia still naik setiap bulan & tak pernah turun.. so kira ok lah..Dia dah makan & minum macam-macam dah sekarang ni..Nasi pun dah tak makan nasik lembik..dia makan nasi yang sama dengan orang lain.. Malah, aulia' lagi suka makan nasi kepal yang ketul-ketul tu..hihiii..air pulak, su dah start kenalkan aulia' dengan air lain macam milo (buat cair je, + dengan fresh milk @ susu ibu) & fresh milk. (terutamanya susu kids) dalam kuantiti yang terhad (bukan setiap hari). Tapi air2 ni bukanlah untuk menggantikan susu ibu, sebaliknya cuma untuk memperkenalkan aulia' dengan rasa minuman & makanan lain. Aulia' pun dah setahun, perut dia dah ready untuk terima makanan & minuman lain.. Sebelum su start bagi aulia' air ni pun su dah tanya pendapat kaunselor2 di MBfPC, iaitu Dr. Ning & juga Puan Kamariah.

Haaa..1 lagi benda yang aulia' dah pandai..bila kita sebut je miau (kucing) terus dia pandang luar, hulurkan tangan & buat bunyi mcm panggil kucing.hehe..

birthday girl dgn kek yang ditempah maktok

few days b4 birthday.datang visit mummy kat pekan

budak kicik yg makan bersepah-sepah..hihii

3 comments:

Intan Azmira said...

just for your info: air milo x elok diberikan pada kanak2 usia 7tahun ke bawah..milo panas n akan matikan zat besi dlm badan..kebanyakkan kanak2 yg minom milo, badan dia halus...ni ada yg doctor consult kat intan every month...

ayu said...

happy birthday aulia...
semoga sentiasa dipanjangkan umur n dimurahi rezeki selalu...

mummy-aulia' said...

intan : TQ for ur info..tp doktotr yg su consult kata dh blh bg..tp xpelah..better safe than sorry kan..pasni xnak bg milo dah la..thanks yer..

ayu: terima kasih..aminnn

Related Posts with Thumbnails