My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, February 23, 2011

Malaysian Breastfeeding Peer Councelor- sesi latihan untuk 2011

Makluman ini diambil daripada facebook Malaysian Breastfeeding Peer Councelor.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Bagi pihak pengurusan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), saya ingin mewar-warkan bengkel latihan MBfPC untuk tahun 2011. Tarikh bagi bengkel latihan yang telah ditetapkan untuk sepanjang tahun 2011 adalah seperti berikut: [sila rujuk gambar yang disertakan]

Untuk makluman semua, bengkel ini biasanya dijalankan selama 3 hari berturut-turut. Walaubagaimanapun, untuk kawasan tengah(selangor dan WP) bengkel akan diadakan selama 4 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad selama 2 minggu berturut-turut.

Walaubagaimana pun, maklumat mengenai lokasi, yuran penyertaan dan lain-lain makluman akan diumumkan melalui e-mail jemputan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.
Bagi yang berminat untuk menyertai program-program latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

-MBfPC- Admin Team



3 comments:

~IZZAH~ said...

thanks su sebab berkongsi. nak tanya sesiapa pun boleh join ke bengkel ni? berminat ni

Awek Komunis said...

Hai Su,saya bru lpas melahirkan anak ke-2 pd 11/03/11 yg lpas & bminat utk fully b/feeding tp pd hr ke-3 bru susu sya kluar & mertua sya telah mberi susu formula utk mngelakkan bayi mnangis klaparan walaupun pd asalnya niat sya utk fully b/feeding. & skrg anak sya minum susu badan & formula. Bgaiamana sya boleh join bengkel nie di JB sbb sya ttp bhasrat utk mberi susu badan sepenuhnya walaupun sudah mula bkerja.

mummy-aulia' said...

hai awek komunis..
sesiapa pun boleh join..just hantarkan emel kat address yang saya nyatakan di atas tu..nanti permohonan you akan dijawab oleh pihak admin program tersebut..
gud luck & all de best!

Related Posts with Thumbnails