My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, February 11, 2011

Buku Log hasil perahan susu - korang ada tak?

Tadi chatting dengan kak haslina, salah seorang PC & juga ajk Persatuan Penasihat & Pakar Laktasi Malaysia.. Kak Haslina ni memang seorang yang sentiasa bersemangat..setiap kali cakap/ chatting dengan dia, komfem ada je input baru yang su dapat.

Kali ni kak has cadangkan su buat buku log, catatkan sesi pengepaman sepanjang su berkursus ni. Catatkan pukul berapa, dekat mana, dapat berapa oz..pastu lagi elok kalau boleh ambik gambar diri sendiri dengan hasil perahan & breastpump dekat tempat mengepam tu..(x payah amik gambar masa mengepam, kang ternampak apa yang tak patut plak..hihiii) 

Ermm..bila difikirkan, cadangan yang baik jugak kan? rasa sayang pulak sbb su tak pernah buat camtu..sepanjang kursus ni, su dah pernah pam kat kelas, kat dalam bas, kat dalam khemah, kat dalam konti (bilik yg control sound system) pun pernah..bukan semua orang ada pengalaman camtu kan..kata kak has, gambar2 tu boleh dijadikan kenangan, tunjukkan kat anak bila dia dah besar, & juga sebagai pembakar semangat utk diri sendiri & juga orang lain.

Just nak survey, ada tak kawan2 yg simpan gambar2 relating to penyusuan susu ibu? insyaAllah, lepas ni su akan cuba usahakan mcm kak has cadangkan tu.. oh, btw, kak has ni memang ada byk gambar2 pasal BF.. su sharekan sikit yer..


2 comments:

rafiza said...

suhali,
you are really strong, I don't think I can do what you have done in struggling to BF your aulia'..

kalau ada rezeki sy ke dpa after your session, insyaAllah Ahmad Ibrahim akan seusia aulia' ketika Su ke DPA hari tu..

even now, ebm setiap hari yg dapat dikumpul hanya 12oz di pejabat dan dlm lingkungan 6 oz di rumah..dh cuba pelbagai cara untuk up supply, tapi tekanan yang melanda hidup sy tak dapat tepis..

kebetulan pula, hari tu freezer tak tutup rapat, hilang hampir 150oz ebm sy cair..

sy tak tahu dr mana sy nak dapat kekuatan, even everyday sy duk support org lain, tp sy sendiri kadang2 demotivated..

even kalau su yakinkan bahawa su boleh buat means sy pun boleh buat, sy akan tetap rasa tak berdaya..sy tak tahu mcmmana nak cari punca kekuatan..

ntahla, sy tahu, sy tak patu bersikap mcm ni..tp..just to let you know that you are really strong, bertuah aulia' dpt ibu spt su..

mummy-aulia' said...

rafiza: sedih pulak baca komen awak ni. tp bg saya, semua org ada kekuatan tu.kita tak tau selagi kita tak diuji.anak2 lah punca kekuatan utama kita..dan tak lupa juga, doa & keyakinan kita pada Allah.. macam mana oun, hasilnya tetap Allah yang tentukan. sebab tu bila terpaksa topap dengan fresh milk baru2 ni, saya boleh kontrol emosi wpun hakikatnya memang terkilan..sebab sy tahu, saya dah berusaha setakat yg termampu.

rafiza jgn risau..dekat DPA ni, kita dapat byk sokongan. PP pun ada yg bf jugak (masa dia dpa dulu pun dia bf anak dia).dia mmg byk membantu.pastu kawan2 pn menyokong. sy dtg cni, br sy tau yg rupa2nya lelaki pun ramai yg tahu psl bf ni.ramai yg selalu btanya & ambil tahu ttg ibu2 menyusu ni.saya yakin rafiza pun boleh buat mcm sy, maybe even better..

BTW, saya tak rasa yg sy struggling utk teruskan bf aulia'.situation here is not dat hard.cuma kita kena pandai manage masa, & kena ada inisiatif & usaha..itu je..de rest, doa & mohon byk2 pd Allah..

Related Posts with Thumbnails