Sebagai memenuhi tugasan kami untuk sambutan maulidur rasul..
hehe..1st time try buat pantun
Gembira sebab terpilih untuk dipamerkan.. =)
Duhai anak dengarkan kisah
Nabi pilihan sepanjang zaman
12 Rabiulawal Tahun Gajah
Lahirlah Muhammad rasul pilihan
Lahirnya yatim tiada ayah
Ibunya bernama Siti Aminah
Disusui oleh Halimatus Sa’adiah
Besarlah Baginda di pinggir Mekah
Sedari remaja telah terserlah
Sifat mulia dalam dirinya
Sentiasa jujur serta amanah
Digelar al-amin oleh semua
Bertemu Baginda dengan Khadijah
Usahawanita terkenal seluruh Mekah
Ditugaskan ke Syria bersama Maisarah
Membawa dagangan milik Khadijah
Dagangan Baginda beroleh keuntungan
Menjadi bukti kebijaksanaan & keperibadian
Sehingga Khadijah merasa berkenan
Bersatulah keduanya di alam perkahwinan
Perkahwinan mereka aman bahagia
Dikurniakan rezeki lima cahaya mata
Namun anak lelakinya hidup tak lama
Tingallah 3 puteri, lambang keluhuran cinta
Kesedihan terubat di Gua Hira’
Bersendirian Baginda mencari kebenaran
Datanglah Jibrail memeluk Baginda
Bacalah, wahai MUHAMMAD, kerana engkaulah Rasul Pilihan
Maka bermulalah dakwah Baginda
Khadijah yang setia, memberikan sokongan
Meski dicaci serta dihina
Kalam ALLAH tetap Baginda sampaikan
Nyawanya diancam, dakwahnya dihina
Memaksa Baginda untuk berhijrah
Bersama Abu Bakar, sahabat setia
Menujulah mereka ke Kota Madinah
Turunlah wahyu Maha Pencipta
Menyuruh Muslimin untuk berjihad
Demi Islam agama tercinta
Diserah jiwa raga untuk berkhidmat
Akhirnya Islam berjaya disebarkan
Muhajirin kembali, pulang ke Mekah
Khutbah terakhir Baginda sampaikan
Sempurnalah Islam agama terindah
Hampirlah sudah saat kewafatannya
Tak lekang di bibir, pesanan buat umatnya
Lambang kasih sayang yang tiada bandingannya
Kembalilah Baginda kepada Kekasihnya
Duhai anak demikianlah ceritanya
Kisah seorang pendidik umat
Besar jasanya, tinggi akhlaknya
Menjadi ikutan, contoh terhebat
Pesan rasulullah sematkan di dada
Al-quran & al-hadis menjadi pegangan
Ucapan selawat usah dilupa
Itulah sebagai tanda ingatan






3 comments:
nak komen sket..
(eleh, macam tere kan..)
sy baca mula2 macam pantun..
bila dah tengah2 tu lebih mcm puisi..
su buat sensorang ke dgn kawan2?
kalau saya, sy semak semula, penggunaan partikel 'lah', imbuhan 'di' mgkin boleh tukar ke 'ter'
pantun selalunya seronok dibaca..tetapi ada juga yg sayu, mcm pantun merindu..
kena tgk juga siapa yg akan baca..dewasa lain, kanak2 pun lain..
pernah baca tak puisi ttg Rasulullah saw oleh A.Samad Said..?
kesuluruhannya ok.you've got talent..(huahuahua..mcm terer)
eh, sy komen ni ikhlas tau, bukan nak kondem or cari kesalahan..kalau sy pun belum tentu dpt buat mcm su buat ni..
nice work mom..
caylah su, panjang tu pantunnye..kalo aku mau tonggang balik jdnye..kui3
rafiza: thanks for de comment
buat sorang2 je..dalam masa 1 hari je siapkan tu..hihiii..xpe, xkesah pun.saya mmg x pernah buat pantun pun..mmg tak pandai pun.hihiii..saja cuba2 jer..
nuzul:iye, cik adlina tu kata aku gigih ok!! dia buat pendek giler je..hehee..xpe, aku ikhlas buat smpena memperingati nabi. (plus, bleh gak share kat blog kan..hihii)
Post a Comment