My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, February 23, 2011

Malaysian Breastfeeding Peer Councelor- sesi latihan untuk 2011

Makluman ini diambil daripada facebook Malaysian Breastfeeding Peer Councelor.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Bagi pihak pengurusan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), saya ingin mewar-warkan bengkel latihan MBfPC untuk tahun 2011. Tarikh bagi bengkel latihan yang telah ditetapkan untuk sepanjang tahun 2011 adalah seperti berikut: [sila rujuk gambar yang disertakan]

Untuk makluman semua, bengkel ini biasanya dijalankan selama 3 hari berturut-turut. Walaubagaimanapun, untuk kawasan tengah(selangor dan WP) bengkel akan diadakan selama 4 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad selama 2 minggu berturut-turut.

Walaubagaimana pun, maklumat mengenai lokasi, yuran penyertaan dan lain-lain makluman akan diumumkan melalui e-mail jemputan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.
Bagi yang berminat untuk menyertai program-program latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

-MBfPC- Admin Team



Friday, February 18, 2011

SGM 2/2011 (27/2/2011) - Preparing for Birth & Breastfeeding


Salam semua.. susuibu.com & MBfPC akan menganjurkan SGM ke2 utk tahun 2011 ini seperti butiran berikut:

tarikh : 27.02.2011
tempat: Taman Tasik Cempaka, Bangi
masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
topik : Preparing for Birth & Breastfeeding (sangat2 sesuai untuk bakal2 ibu!)

Topik akan dibincangkan secara berkumpulan dengan dibantu oleh moderator. Sesiapa yang berminat, bolehlah berhubung dengan pihak penganjur.. SUSUIBU.COM Perjumpaan ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya, boleh bawa anak, bapak, bibik, etc.


Bersama-sama kita menimba ilmu penyusuan dan memperkembangkan penyusuan susu ibu di Malaysia....

Thursday, February 17, 2011

LACTATIONAL AMENORRHEA METHOD & HARI INI DALAM SEJARAH

Lactational Amenorrhea Method (LAM) ialah satu kaedah perancangan kehamilan secara semulajadi. Menurut Wikipedia, The lactational amenorrhea method (LAM) is a method of avoiding pregnancies which is based on the natural postnatal infertility that occurs when a woman is amenorrheic and fully breastfeeding. If not combined with chemicals or devices, LAM may be considered natural family planning.

For women who meet the criteria (listed below), LAM is 98% - 99.5% effective during the first six months postpartum.[1]

  • Breastfeeding must be the infant's only (or almost only) source of nutrition. Feeding formula, pumping instead of nursing[2], and feeding solids all reduce the effectiveness of LAM.
  • The infant must breastfeed at least every four hours during the day and at least every six hours at night.
  • The infant must be less than six months old.
  • The mother must not have had a period after 56 days post-partum (when determining fertility, bleeding prior to 56 days post-partum can be ignored).

Kenpa tiba-tiba citer pasal LAM ni? Hihi..setelah 23 bulan being an amenorrheic woman, akhirnya hari ni bendera merah su dah menunjukkan dirinya..Hehe…

Maybe sebab aulia' pun dah kurang direct feed sekarang ni..as stated above, kalau seseorang ibu tu hanya direct feed, menstrual cycle dia akan lebih lambat untuk kembali. So memandangkan dah makin kurang direct feed sekarang ni, agaknya sebab tu lah period pun dah datang..

Oh, by the way,yesterday was my birthday.27th birthday (Oh, saya sudah semakin tua..hihiii) .. Semoga seiring dengan pertambahan usia ni, ilmu & amal su juga akan bertambah.. aminnn


 

HAVE A NICE DAY KAWAN-KAWAN..

Wednesday, February 16, 2011

Aktiviti Maulidur Rasul : 2 - perarakan maulidur rasul

Sempena Maulidur Rasul, warga kuarters INTAN, Surau Al-Raudhah & peserta-peserta DPA Intan Bukit  Kiara telah bekerjasama untuk menganjurkan sebuah majlis.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan sidang A (sidang su sendiri) telah terpilih sebagai kontinjen terbaik. Hehe..sungguh tak disangka-sangka..

Sedikit gambar semasa majlis berlangsung..

bersama Ketua Program, Program Pembangunan Profesional


bergambar bersama sepanduk
 SALAM MAULIDUR RASUL!!

Tuesday, February 15, 2011

Aktiviti Sempena Maulidur Rasul - 1) karya kreatif

Pantun ni hasil karya su sendiri..
Sebagai memenuhi tugasan kami untuk sambutan maulidur rasul..
hehe..1st time try buat pantun
Gembira sebab terpilih untuk dipamerkan.. =)

Duhai anak dengarkan kisah
Nabi pilihan sepanjang zaman
12 Rabiulawal Tahun Gajah
Lahirlah Muhammad rasul pilihan

Lahirnya yatim tiada ayah
Ibunya bernama Siti Aminah
Disusui oleh Halimatus Sa’adiah
Besarlah Baginda di pinggir Mekah

Sedari remaja telah terserlah
Sifat mulia dalam dirinya
Sentiasa jujur serta amanah
Digelar al-amin oleh semua

Bertemu Baginda dengan Khadijah
Usahawanita terkenal seluruh Mekah
Ditugaskan ke Syria bersama Maisarah
Membawa dagangan milik Khadijah

Dagangan Baginda beroleh keuntungan
Menjadi bukti kebijaksanaan & keperibadian
Sehingga Khadijah merasa berkenan
Bersatulah keduanya di alam perkahwinan

Perkahwinan mereka aman bahagia
Dikurniakan rezeki lima cahaya mata
Namun anak lelakinya hidup tak lama
Tingallah 3 puteri, lambang keluhuran cinta

Kesedihan terubat di Gua Hira’
Bersendirian Baginda mencari kebenaran
Datanglah Jibrail memeluk Baginda
Bacalah, wahai MUHAMMAD, kerana engkaulah Rasul Pilihan

Maka bermulalah dakwah Baginda
Khadijah yang setia, memberikan sokongan
Meski dicaci serta dihina
Kalam ALLAH tetap Baginda sampaikan

Nyawanya diancam, dakwahnya dihina
Memaksa Baginda untuk berhijrah
Bersama Abu Bakar, sahabat setia
Menujulah mereka ke Kota Madinah

Turunlah wahyu Maha Pencipta
Menyuruh Muslimin untuk berjihad
Demi Islam agama tercinta
Diserah jiwa raga untuk berkhidmat

Akhirnya Islam berjaya disebarkan
Muhajirin kembali, pulang ke Mekah
Khutbah terakhir Baginda sampaikan
Sempurnalah Islam agama terindah

Hampirlah sudah saat kewafatannya
Tak lekang di bibir, pesanan buat umatnya
Lambang kasih sayang yang tiada bandingannya
Kembalilah Baginda kepada Kekasihnya

Duhai anak demikianlah ceritanya
Kisah seorang pendidik umat
Besar jasanya, tinggi akhlaknya
Menjadi ikutan, contoh terhebat

Pesan rasulullah sematkan di dada
Al-quran & al-hadis menjadi pegangan
Ucapan selawat usah dilupa
Itulah sebagai tanda ingatan

Friday, February 11, 2011

Buku Log hasil perahan susu - korang ada tak?

Tadi chatting dengan kak haslina, salah seorang PC & juga ajk Persatuan Penasihat & Pakar Laktasi Malaysia.. Kak Haslina ni memang seorang yang sentiasa bersemangat..setiap kali cakap/ chatting dengan dia, komfem ada je input baru yang su dapat.

Kali ni kak has cadangkan su buat buku log, catatkan sesi pengepaman sepanjang su berkursus ni. Catatkan pukul berapa, dekat mana, dapat berapa oz..pastu lagi elok kalau boleh ambik gambar diri sendiri dengan hasil perahan & breastpump dekat tempat mengepam tu..(x payah amik gambar masa mengepam, kang ternampak apa yang tak patut plak..hihiii) 

Ermm..bila difikirkan, cadangan yang baik jugak kan? rasa sayang pulak sbb su tak pernah buat camtu..sepanjang kursus ni, su dah pernah pam kat kelas, kat dalam bas, kat dalam khemah, kat dalam konti (bilik yg control sound system) pun pernah..bukan semua orang ada pengalaman camtu kan..kata kak has, gambar2 tu boleh dijadikan kenangan, tunjukkan kat anak bila dia dah besar, & juga sebagai pembakar semangat utk diri sendiri & juga orang lain.

Just nak survey, ada tak kawan2 yg simpan gambar2 relating to penyusuan susu ibu? insyaAllah, lepas ni su akan cuba usahakan mcm kak has cadangkan tu.. oh, btw, kak has ni memang ada byk gambar2 pasal BF.. su sharekan sikit yer..


Tuesday, February 8, 2011

Fresh Milk vs UHT Milk

Oh, su sangat tak senang hatii...
need to clarify my statement about giving fresh milk to my aulia' in my last entry
Yup, memang betul yang su dah bagi susu lain kat aulia'.
but my bad, rupa2nya yang su bagi tu bukan fresh milk!! itu adalah UHT milk..
Nasib baik lah su tergerak hati nak buat research pasal jenis2 susu ni..

there are breastmilk, fresh milk, UHT milk, formula milk, skimmed milk, etc..


Tapi yang paling baik ialah breast milk..
ada bezanya antara fresh milk dengan jenis2 susu yang lain..
senang je nak membezakannya..
check dekat ingredient..klau fresh milk, ingredient dia hanyalah fresh milk/cow's milk saja.. 100% cow's milk!!
there shouldn't be 'milk solids', 'milk solids non-fat', 'milk fat', 'milk powder', 'skimmed milk' or any other word/additives in the ingredient list apart from 'fresh milk' or 'milk' (cow).

UHT Milk pula adalah singkatan untuk Ultra High Temperature processing milk. since ia diproses menggunakan suhu yang tinggi, ada antara nutrien dalam susu tersebut yang termusnah. sebab tu, fresh milk is better dari segi nutrisinya..

so lepas ni, bila masa memerlukan lagi (bila stok x cukup), su akan beli fresh milk saja.no more UHT Milk for aulia'.

Monday, February 7, 2011

Contact Details Malaysian Breastfeeding Peer Councelors (MBfPC)

Salam semua..
Mungkin ada yang tahu, su adalah salah seorang PC yang berdaftar di bawah kawasan selatan..
Kami, PC-PC telah dilatih untuk memberikan sokongan & galakan kepada semua golongan masyarakat berhubung penyusuan susu ibu, terutamanya kepada para ibu sendiri (& juga bapa). Bagi su sendiri, salah satu cara su berkongsi dengan orang ramai adalah melalui blog & facebook. Alhamdulillah, su selalu mendapat soalan2 yang dikemukakan ke mesej FB, terutamanya daripada kawan2 su. Su berbesar hati setiap kali mendapat soalan2 tentang BF. bagi su, ini menunjukkan yang kesedaran mengenai kepentingan BF dah semakin meningkat.

So kat sini su nak share link details contact PC-PC di seluruh malaysia. Ada nama, no.fon, emel.. Sekiranya ada sebarang masalah berhubungu Penyusuan Susu IBU, bolehlah hubungi mereka ye..

http://malaysianbfpc.org/images/MBfPC-Contact.pdf

Sunday, February 6, 2011

Perkembangan terkini Aulia' @ 12 bulan

Yep, aulia' dah pun berusia setahun pada 26/1/2011 yang lalu. Masa tu su masih dalam latihan wataniah, tak dapat nak raikan dengan aulia'. Memang sedih sangat, tapi agak terubat bila kawan2 Platun 2 nyanyikan lagu & bacakan doa untuk aulia'. Thank you kawan-kawan.. =)

Sekarang ni aulia' dah boleh jalan, dah boleh jalan laju tau..siap lari-lari anak lagi bila orang nak kejar dia..heheh.. Gigi pun dah tambah lagi 1 dua minggu lepas. So sekarang dah ada 7 batang gigi, 4 atas & 3 bawah. Dah makin kuat menggigit..Hadoiii!! ni lah part yang paling x best sekali..SAKITTT!!!

Berat aulia' 7.6kg je.. Memang kecik slim je macam mummy dia jugak..hihiii..tapi setakat ni berat dia still naik setiap bulan & tak pernah turun.. so kira ok lah..Dia dah makan & minum macam-macam dah sekarang ni..Nasi pun dah tak makan nasik lembik..dia makan nasi yang sama dengan orang lain.. Malah, aulia' lagi suka makan nasi kepal yang ketul-ketul tu..hihiii..air pulak, su dah start kenalkan aulia' dengan air lain macam milo (buat cair je, + dengan fresh milk @ susu ibu) & fresh milk. (terutamanya susu kids) dalam kuantiti yang terhad (bukan setiap hari). Tapi air2 ni bukanlah untuk menggantikan susu ibu, sebaliknya cuma untuk memperkenalkan aulia' dengan rasa minuman & makanan lain. Aulia' pun dah setahun, perut dia dah ready untuk terima makanan & minuman lain.. Sebelum su start bagi aulia' air ni pun su dah tanya pendapat kaunselor2 di MBfPC, iaitu Dr. Ning & juga Puan Kamariah.

Haaa..1 lagi benda yang aulia' dah pandai..bila kita sebut je miau (kucing) terus dia pandang luar, hulurkan tangan & buat bunyi mcm panggil kucing.hehe..

birthday girl dgn kek yang ditempah maktok

few days b4 birthday.datang visit mummy kat pekan

budak kicik yg makan bersepah-sepah..hihii

Tuesday, February 1, 2011

11 jam dalam perjalanan- boleh ke EBM survive?

YES!! Jawapannya sememangnya boleh.. Balik dari kem wataniah, su & kawan2 masukkan susu kami dalam kotak polisterin (yang org selalu gune buat letak dadih/ air tin sejuk kt pasar malam). Alhamdulillah, susu kami masih beku setibanya di INTAN walaupun perjalanan mengambil masa lebih daripada 11 jam!!
 Su sharekan caranya ok..

1.lapisan paling bawah, taburkan ais. (dalam kes ni, kami bekukan air dalam plastik aiskrim tu, & susun asikrim2 tu sbg 1st layer)
2. masukkan susu
3.lapisan ke3, masukkan chillers seberapa banyak yang ada
4. masukkan susu sampai habis
5. Taburkan ais & garam

proses 1-3


selesai, sebelum ditabur garam & ditutup & di'seal' dengan maskin tape

sampai di INTAN. susu2, sila pulang kpd pemilik asalmu..

hasil perahan seminggu..26x7oz + 5x4oz
alhamdulillah..

Wataniah & Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah, tamat sudah 2 minggu latihan Kursus Asas Perajurit Muda (Khas) Askar Wataniah di Kem Sg. Miang, Pekan, Pahang. Ini baru sesi pertama..sesi kedua bakal menyusul bulan Mei nanti.

Sememangnya satu pengalaman yang menarik, bagaimana su & kawan-kawan menjalani latihan ini, sama seperti peserta-peserta lain & dalam masa yang sama, masih mampu mencuri masa untuk meneruskan pengepaman susu buat anak tersayang. Itulah tanda kasih sayang paling tinggi dari kami semua buat anak2. Walaupun sesi mengepam terpaksa dikurangkan disebabkan kekangan masa, tapi alhamdulillah, hasil susu su masih seperti biasa.

Kat sini latihan kami bermula seawal 6.30 pagi. So  pumping session kami biasanya bermula sebelum subuh. Lepas senaman pagi, kami semua akan berkawad & seterusnya ke kelas Ilmu Medan Perang sampai pukul 12.30. (tp selalunyaa habis dah dekat pukul 1, kadang2 drag smpai pukul 1  lebih). Jadi time break itulah kami gunakan untuk makan, solat & mengepam sebelum kelas seterusnya pukul 2. (tapi kena kumpul awal sebab kami kena berkawad untuk ke kelas) Alhamdulillah, su tak pernah lagi terlambat dalam sebarang sesi kelas w/pun tanggungjawab su lebih drpd org lain, sbb su perlu mengepam. =) malah, su pernah jadi in charge lagi untuk platun su. Menyusu bukanlah halangan untuk su aktif kan??

Pernah sekali bilik su blackout. Risaukan keselamatan susu, su mintak tolong guys utk angkat deep freezer su, tumpangkan kat Dewan Makan. Alhamdulillah, pegawai & kawan2 kat sana memang supportive. Jap lagi su akan sharekan pengalaman su masa bawak balik ebm beku tu..Alhamdulillah, perjalanan hampir 12 jam, tapi susu kami selamat & masih beku.

So, untuk PTD-PTD yang bakal join DPA lepas ni, jangan risau ok..DPA & Wataniah bukanlah penghalang untuk kita terus menyusukan anak kita..Yang penting, azam & usaha.. =)
Related Posts with Thumbnails