My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, January 12, 2011

Mix Feeding=mix feeling!!

Di kala ini, su berada di rumah, membuat assignment sambil power pumping. Cuba untuk membuat stok sebanyak mungkin sebagai bekalan aulia' sepanjang ketiadaan su minggu hadapan.
Risau, memang su risau..
Sedih, jangan ditanya. Memang sedih memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

Minggu ni su berulang dari Putrajaya-INTAN setiap hari. Alhamdulillah, bersyukur & berterima kasih sangat atas pelepasan yg pihak UDPA berikan pada su. Seminggu ni lah waktu yang su ada untuk membuat sebanyak mungkin stok untuk bekalan aulia' sepanjang minggu hadapan.
Ye, minggu depan su akan mulakan latihan wataniah di Kem Sungai Miang, Pahang selama 2 minggu.
Stok susu kat rumah dah tinggal sikit sangat2. Kalau ikut pengiraan logik akal, memang takkan cukup untuk tampung keperluan aulia' selama seminggu. Tapi su mengharapkan keajaiban dan bantuan daripada Allah.
Sehingga kini, FM is still not an option for me. Soy milk maybe, kalau keadaan memaksa.

Hmm..mungkinkah hanya setakat ini rezeki aulia' untuk fully breastfeed???

3 comments:

KasehKu said...

Teruskan usaha.
InsyaAllah, Dia akan permudahkan.
Mungkin memerlukan usaha yang xtra.
Pumping tengah malam mungkin.

nur said...

Kagum dengan semangat Su...
Insya Allah, semoga dipermudahkan oleh Nya :)

ayu said...

insyaallah akan berlaku keajaiban nanti..su jgn tensen2 ye...doakan susu akan sentiasa meriah nanti...

Related Posts with Thumbnails