My Online Friends. TQ for following me =)

Saturday, January 15, 2011

Persediaan Untuk Ke Wataniah

Hari ni kami semua (yang lulus pemeriksaan kesihatan untuk masuk askar) dah dapat no.tentera masing-masing. Nombor su ialah 6216951. So apa feeling nak jadi askar ni?heheh..mixed feeling..semangat, tapi takut jugak mengenangkan latihannya nanti. Tapi apa pun su cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang tu. Yang penting, lepas habis wataniah 2 minggu, kami semua akan bercuti seminggu.HOORAYYYY!!

So apa persediaan su?setakat ni xde apa pun sebenarnya.hihi..yag penting, deep freezer su dah siap diangkat ke Kem Sungai Miang, Pahang oleh lori askar petang tadi. Brutal x? hehe...

actually kami ada 6 orang pumping mothers kat dalam batch DPA kali ni. So kami minta disediakan freezer, tp since kem ni masih baru, diorang tak dapat nak provide. So su mintak untuk bawak sendiri DF su. (alhamdulilah, ada juga hikmahnya stok susu su dah makin sikit.kalau masih byk mcm dulu, tak mungkinlah su blh bwk DF tu ke kem tu..).. Alhamdulillah, dibenarkan. Then request pulak supaya DF tu diangkut oleh lori askar sbb su xde transport yang sesuai. Alhamdulillah, sekali lagi dapat kebenaran tu.. Tak sangka kan, pihak askar sendiri pun very tolerate dalam hal ni.. Tengok, kita WAJIB berusaha. Samada dapat atau tidak, itu lain cerita. Yang penting kita dah jalankan usaha kita.

Siapa sangka, pihak UDPA & Askar sendiri boleh tolerate dengan keperluan kami, ibu-ibu menyusu. Alhamdulillah.. semoga kami masih dapat mengepam untuk anak2 tersayang sepanjang 2 minggu di sana kelak!

Wednesday, January 12, 2011

Mix Feeding=mix feeling!!

Di kala ini, su berada di rumah, membuat assignment sambil power pumping. Cuba untuk membuat stok sebanyak mungkin sebagai bekalan aulia' sepanjang ketiadaan su minggu hadapan.
Risau, memang su risau..
Sedih, jangan ditanya. Memang sedih memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

Minggu ni su berulang dari Putrajaya-INTAN setiap hari. Alhamdulillah, bersyukur & berterima kasih sangat atas pelepasan yg pihak UDPA berikan pada su. Seminggu ni lah waktu yang su ada untuk membuat sebanyak mungkin stok untuk bekalan aulia' sepanjang minggu hadapan.
Ye, minggu depan su akan mulakan latihan wataniah di Kem Sungai Miang, Pahang selama 2 minggu.
Stok susu kat rumah dah tinggal sikit sangat2. Kalau ikut pengiraan logik akal, memang takkan cukup untuk tampung keperluan aulia' selama seminggu. Tapi su mengharapkan keajaiban dan bantuan daripada Allah.
Sehingga kini, FM is still not an option for me. Soy milk maybe, kalau keadaan memaksa.

Hmm..mungkinkah hanya setakat ini rezeki aulia' untuk fully breastfeed???

Sunday, January 9, 2011

Anak lelaki menanggung najis?

Hari ni su nak berkongsi satu ilmu yang su sendiri baru je tahu pagi tadi masa menghadiri Bengkel Tiang Agama (bengkel ni dianjurkan oleh Exco Kerohanian DPA 2/2010 dan semua peserta wajib hadir).
Su rasa ramai yang tahu kan, kita boleh solat sambil mendukung anak. Tapi rasanya, tak ramai yang tahu yang sebenarnya, kita tidak boleh solat sambil mendukung anak lelaki yang belum berkhatan. Ini kerana  anak lelaki yang belum berkhatan dikira menanggung najis di badannya. Sama jugak kes sekiranya anak itu (lelaki mahupun perempuan) memakai pakaian atau lampin yang bernajis.
Memang betul, ada hadis yang mengatakan cucu Rasulullah naik ke atas Baginda sewaktu Baginda sedang sujud. namun, perkara itu tidak membatalkan solatt baginda kerana cucu2 Baginda itu sudah bersunat. Sebab amalan orang Arab memang mengkhatankan anak lelaki sejak bayi lagi..berbeza dengan amalan di Malaysia. Oleh itu, kalau nak solat dengan mendukung anak lelaki, pastikan anak itu sudak dikhatan.

Di sini su kongsikan satu artikel daripada ustaz zaharuddin.

"Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.


Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : " Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm). Pada hemat saya ini adalah kerana :-
a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )

Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal . Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )

Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)

Sekian
Ust Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/
Related Posts with Thumbnails