My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, December 15, 2011

'Title' dalam penyusuan- Diploma, Degree, master, PhD

Semalam hati su agak tersentap. Sebenarnya su dah tahu lama tentang kewujudan gelaran-gelaran untuk menentukan kejayaan penyusuan yang dicipta oleh sesetengah orang. Setahu su, gelaran tu lebih kurang begini:

Diploma - berjaya eksklusif BF selama 6 bulan pertama
Ijazah - berjaya Fully BF(susu ibu semata-mata tanpa susu formula) selama setahun
Master- berjaya fully BF selama 18 bulan.
PhD- berjaya fully BF selama 2 tahun.

Su sebenarnya tak kisah dengan title-title ni.. Su tidaklah menyokong sangat, tapi tak juga membantah. Sebab su tahu, tujuan diadakan istilah2 ni adalah untuk mendorang ibu-ibu supaya lebih berusaha. Cuma semalam, su terbaca satu komen yang agak mengecilkan hati su.. kata ibu tu "hanya mereka yang betul-betul tabah je boleh berjaya fully bf sampai 2 tahun. Ada jugak yang tak berjaya, yang dah campur susu tepung, tapi still declare diri dia berjaya". Su memang betul2 terasa hati dengan komen ni. Iya, su mengaku, su salah seorang dari golongan yang dia katakan tu.. Memang su tak layak dapat title PhD tu, tapi itu tidak bermakna su gagal.

Persoalan su, bagaimana kita nak menilai tahap ketabahan seseorang? Bagaimana kita nak membandingkan usaha seseorang berbanding seseorang yang lain? Adakah hanya kerana kita berjaya fully BF hingga 2 tahun maka kita lebih cekal, lebih tabah & lebih kuat berusaha berbanding mereka yang tidak berjaya?

Terus terang, su memang gagal dalam misi menyusukan Aulia' sepenuhnya sehingga 2 tahun. Su memang kena akui kegagalan su tu. Tapi, itu tak bermakna usaha su kurang berbanding mereka yang berjaya. Itu tak bermakna mereka boleh melabel su sebagai "tidak tabah" atau "yang dah campur susu tepung, tapi still declare diri dia berjaya".  Mereka yang nak melabel orang lain begini,sedarlah bahawa perjalanan penyusuan setiap orang, setiap anak adalah berbeza. Mungkin perjalanan kita mudah, tapi mungkin perjalanan orang lain lebih sukar. Perjalanan su sukar, hanya mereka yang tengok & melaluinya je yang akan faham..dan su tahu su dah berusaha setakat kemampuan su. Jadi su kena terima yang Allah dah tentukan Aulia' boleh fully BF setakat 16 bulan je.

Aduh2.. sungguh emosi bunyi post su ni kan? Hmm..bukanlah su nak mendabik dada, membuktikan kesungguhan su dalam menyusukan aulia', tapi su terkilan dengan segelintir kita yang terlalu mudah melabel orang lain. Kita kena ingat, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jangan kita merasa hebat hanya kerana kita berjaya. Pada su, insyaAllah, pasti ada ganjaran yang Allah berikan atas usaha-usaha su ( dan mereka yang berkaitan) walaupun su tidak berjaya menyusukan aulia' sepenuhnya sehingga 2 tahun.

Usah dibanggakan dengan title2 itu, tapi berbanggalah dengan usaha yang kita lakukan, pengorbanan mulia seorang ibu demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Nikmatilah keseronokan, kebahagiaan menyusukan anak yang Allah kurniakan kepada kita. Usaha sehabis baik, & bersyukurlah atas rezeki Allah.

Sekian, luahan hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak kecil di usia 10 bulan selama 34 minggu demi tuntutan perkhidmatan.

Misi menjejaki 'Bakar-bakar' di UUM

Yeayyyy!!! Alhamdulillah, setelah sekian lama dok teringin nak makan 'bakar-bakar' ni, akhirnya Sabtu lepas kami berjaya jugak.. Happy sesangat!!

Zaman belajar kat UUM dulu, memang suka sangat makan bakar-bakar ni. Tapi tak boleh selalu, sebab agak mahal. Maklum lah, zaman student. mana ada duit sangat.. Lepas keluar UUM, memang dah x jumpa dah makanan camni kat tempat lain.. Bakar-bakar tu ada, very common, tapi pencicah macam tu memang tak jumpa.

Ok, layan gambar je lah..

p/s: tengok gambar menu tu.. Mana nak dapat harga camtu lagi dah sekarang kan? tapi kat UUM, masih harga tu lagi.. =)

Sekian, seronok sangat jalan2 dengan en.husband & aulia'. =)

Thursday, December 8, 2011

SBPA - antara intipati menarik.

Dasar Bekerja Dari Rumah


55. Sebagai satu komitmen menggalakkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya,
Kerajaan bersetuju memperkenalkan dasar bekerja dari rumah. Panduan pelaksanaan dasar ini
akan dikeluarkan secara berasingan.
-ada sumber cakap mungkin kita dibenarkan bekerja dari rumah maksimum 16 jam seminggu, tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan. Harap-harapnya kemudahan ini ditawarkan kepada semua penjawat awam (termasuk saya la kan..). 


DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan
memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan
pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi
pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi
masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.
-kalau tak salah, pegawai juga boleh memilih untuk bertukar kerjaya dengan memasuki sektor swasta(rasanya GLC & mana2 syarikat swasta pun boleh), & kemudiannya boleh memohon untuk masuk perkhidmatan awam semula. Tempoh perkhidmatan di swasta tetap akan dikira sebagai tempoh berkhidmat dengan kerajaan. Bagus jugak ni..


Umur Persaraan Paksa 60 Tahun


68. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa
adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56
tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur
persaraan paksa 60 tahun
- Yeay!!! I like..maksudnya boleh pilih lah, samada nak kekal atau nak pilih 60. As for me, haruslah aku nak kekal kat 56 tahun je.. hihiii...


itu je kot.. kalau nak baca lebih lanjut, boleh klik kat sini.
 Makluman Media
Pekeliling-umum

Kalendar cuti 2012



Kalendar Cuti 2012..

Jom, kita rancang percutian yang menggembirakan bersama keluarga / rakan-rakan..

Moga kita tetap sentiasa dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga walau sesibuk mana pun kita dalam melaksanakan tugasan harian..

Tuesday, December 6, 2011

Tarikh Pembayaran Gaji 2012

Hari ni Jabatan Akauntan Negara dah keluarkan surat pekeliling pasal tarikh & pembayaran gaji 2012.. Ada jugak bulan yang gap nye jauh2..macam antara bulan 1 ke bulan 2, dan juga dari bulan 8 ke bulan 9.

So jadual pembayaran gaji 2012 bagi penjawat awam ialah seperti berikut: (klik gambar untuk besarkan)


Wednesday, November 30, 2011

Kerja Adalah Norma Hidup, tapi Anak Adalah Tanggungjawab..

Hari ini saya selamat berkonvo..tapi bukan di IPT pun.. di Institut tadbiran Awam negara (INTAN) je..hihiii..Alhamdulillah, dengan rasminya su dah berjaya menghabiskan Diploma Pengurusan Awam INTAN dengan kepujian..

Alkisahnya, su konvo lambat. Sepatutnya su join DPA 1/2009, tapi kerana mengandung, maka su terpaksa diarahkan untuk tangguh kursus. Kemudian, su dipanggil untuk menghadiri DPA 1/2010 pada bulan Mac. Masa tu su masih cuti bersalin, belum pun cukup 40 hari. Memang langsung tak terfikir nak tinggalkan Aulia' masa tu.. Jadi, sekali lagi su terpaksa tangguh kursus.

Baru2 ni, masa raptai konvo, seorang lelaki daripada DPA 1/2009 bertanya, mengapa su tak pergi DPA 1/2010. Katanya, 40 hari tu dah ok lah..dah boleh pergi dah.. Hihi.. su katakan pada dia " xpelah, DPA bila-bila pun boleh buat. Tapi anak nak besar sekali tu jer.. Kalau terlepas, dah tak dapat dah.." dan yang menggembirakan su, kawan tu puji tindakan su. =) . Katanya, kalau isteri dia pun berfikiran seperti su, dia akan setuju. Sebab" kerja ini adalah norm(norma hidup), tapi anak adalah tanggungjawab."

Alhamdulillah, su tak pernah merasa kesal kerana tidak menghadiri DPA lebih awal. Sekurang2nya, dengan keputusan ini, su berjaya menyusukan Aulia' secara ekslusif selama 6 bulan, dan meneruskan penyusuan sepenuhnya sehingga aulia hampir satu tahun 6 bulan.

Banyak hikmahnya bila mana Allah menentukan su tidak dapat menghabiskan DPA 1/2009, tidak dapat menghadiri DPA 1/2010, dan sebaliknya berjaya menghabiskan DPA 2/2010. Syukur ya Allah, segala-galanya berlaku atas ketentuanMu. Segala-galanya berjalan mengikut aturanMu. Alhamdulillah..

Thursday, November 24, 2011

Bergaul dengan kanak-kanak cara Rasulullah

Bukan mudah menjadi ibu bapa dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini. Tapi su bersyukur & berterima kasih dengan teknologi yang ada, semakin mudah bagi kita untuk mempelajari "parenting skill" yang perlu. Kali ni su kongsikan video yang amat menarik & bermanfaat terutamanya buat ibu bapa. Luangkan masa anda untuk menonton, kerana ia amat berbaloi. =)

Sedikit tips: tumpukan pada point2 di minit 2:56,:14 dan 4:44. Kemudian, hafal & fahamkan doa yang diajar di minit 5:03.

Tuesday, November 22, 2011

Tragedi sewaktu Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

BeritaJakarta.com


Tengok kat link di atas. 2 orang penyokong Garuda Muda meninggal dunia, enam orang dikejarkan ke hospital & ramai lagi yang tercedera akibat sikap fanatik penyokong Indonesia.

Inilah salah satu hikmah sikap bersederhana yang dituntut oleh Islam. Jangan terlalu berlebih-lebihan walaupun konon-kononya itu sebagai tanda patriotik kita.

Alhamdulillah, pasukan Harimau Muda dan Garuda Muda sendiri bermain dengan baik. Malah penguasaan bola pun lebih dikuasai oleh pemain Garuda Muda. Cuma rezeki berpihak kepada pasukan Harimau Muda, berkat doa seluruh rakyat Malaysia.

Doa su sepanjang menyaksikan bola semalam : Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada pasukan Malaysia. Tunjukkanlah balasanMu kepada mereka yang bukan saja tidak menghormati, malah menghina tetamu."

Alhamdulillah, Malaysia menang. Setelah pelbagai kenangan pahit sepanjang sukan SEA 2011, kemenangan ini pastinya berjaya mengubat segala kepahitan & sakit hati yang terpendam. - Lagu Negaraku yang tidak dihormati (malah dihina), Jalur Gemilang yang tidak betul, provokasi penonton yang melampau, penganjur yang tidak mesra media (media Malaysia terutamanya) dan entah apa lagi yang terjadi sepanjang sukan SEA 2011 kali ni.



Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.


Monday, November 14, 2011

Kolam Renang Kanak-kanak kat Presint 9, Putrajaya

Alkisahnya Sabtu lepas (12/11/2011) kami sekeluarga pergi ke Dewan Komuniti Presint 9. Setelah seharian dok kat rumah, cadangnya nak bawak aulia' main-main kat playground berhampiran dewan tu (actually masih dalam kawasan yang sama pun). Maka, selepas Asar kami sekeluarga pun terus saja keluar. Langsung tak teringat nak bawa baju & diaper spare untuk aulia' pun. hihiii..

Aulia' ni takut air. Memang menjerit, menangis tak nak masuk air. Setakat mandi dalam baby tub tu ok lah..masuk pool memang dia tak nak. Tapi pada hari kejadian tu, tiba-tiba dia sendiri yang tarik tangan kami sambil tunjuk-tunjuk kat swimming pool sebelah playground tu..Aik.. dah berani ke anak aku ni?ki kiii..

nampak x? playground tu sebelah je dengan swimming pool ni..
Maka bermula dengan duduk rendam2 kaki je, akhirnya masa nak balik tu aulia' dah basah lenjun. Kesian dia..dah lah x de baju spare.(biasa su tinggalkan sepasang baju dia dalam kereta, tapi hari tu beg dia dah dibawa masuk dalam rumah la pulak..huhuuu).

Gambar dari jauh. Aulia' & baba sedang menuju ke arah air pancut.hihii..masa ni kering lagi.seluar je basah sikit
hi hii..geramnya dengan air ni baba...

Wooo!

yang mcm khemah putih kat depan tu lah foodcourt presint 9. 

tengok..ramai kan, orang kat sini?

tiap weekend memang ramai mak bapak bawak anak-anak datang sini..

Hihi..so pas ni kena selalu bawak aulia' main pool untuk develop water confidence.. Ada rezeki, boleh antar aulia' belajar berenang.. =)

Sekian..


Wednesday, November 9, 2011

Bagaimana Untuk Menghasilkan Susu Yang Lebih Berlemak

Su ada terbaca beberapa komplen / luahan hati ibu-ibu yang mengatakan susu mereka kelihatan cair. Ada yang menyarankan pengambilan vitamin untuk memekatkan susu. Ada yang kata kalau tak makan dan hanya minum air je, susu akan cair.

Tapi itu semua auta je.. Yang sebenarnya, hasil kajian mendapati pemakanan si ibu hanya ada sedikit pengaruh terhadap kualiti susu yang dihasilkan. Testimoni yang mengatakan susu mereka kelihatan "pekat" dengan pengambilan vitamin sebenarnya tidak tepat. Perubahan warna pada susu adalah disebabkan oleh pengambilan vitamin B, yang menyebabkan susu kelihatan kekuningan. Begiu juga sesetengah sayuran akan menyebabkan susu kelihatan agak kehijauan. Tetapi itu tidak bermakna susu itu lebih berkualiti.

Sedikit petikan daripada Dr. Nadrah Ariffin (IBCLC).  " Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza."

So, macam mana nak hasilkan susu yang lebih berlemak (lebih pekat)?. Jawapannya ialah, anda perlu kerap mengosongkan payudara!! Ye, makin kerap payudara dikosongkan (menyusukan bayi/perah/pam), maka makin pekat susu yang terhasil. Ini kerana payudara yang lebih "kosong" menghasilkan lebih banyak lemak berbanding payudara yang telah "penuh" (bengkak). Boleh refer rajah yang su ambil dari website kellymom.com di link ini : 

What affects the amount of fat or calories in mom's milk?


*FULL
Breast
 = LOWER
Fat
Content
&SLOWER
Milk
Production
*EMPTY
Breast
 = HIGHER
Fat
Content
&FASTER
Milk
Production

Ok, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.. Semoga bermanfaat!


Entry Suka Suki

Dah lama sangat tak berblog. Aktiviti blog-walking pun dah jarang buat sekarang ni.. Dok sibuk kerja & bagi free consultation (chewahhhh) kat ibu-ibu di Kumpulan Ibu Menyusu (Group facebook). Kadang-kadang malas jugak nak jawab soalan-soalan yang sama berulang kali, tapi bila tak ada orang yang jawab, rasa kesian pulak kat ibu yang bertanya tu.. Tak pelah..harap2 penglibatan su kat situ ada jugak memberi manfaat kepada orang lain & diri su sendiri.


Baru-baru ni su ada kongsikan satu kenyataan di facebook su. Bunyinya begini : 


Ada orang yang tahu, tapi berdiam diri kerana tidak mahu dikata menongkah arus. Ada pula yang lebih berani, yang lebih bertanggungjawab, sanggup mengambil risiko semata-mata untuk memberi tahu. Mungkin ada yang akan membenci, mungkin ada yang akan terasa hati, tapi bukankah kebenaran itu perlu dinyatakan?~~itulah beza orang yang mencari ilmu hanya utk diri sendiri dengan orang yang mencari ilmu untuk kepentingan sejagat~~.


Mungkin ada yang tak faham motif su. Sebenarnya, su tujukan kata-kata tu kepada semua yang terlibat dalam penyusuan susu ibu. Tak kiralah sebagai ibu, atau peer councelor, mahupun kaunselor laktasi. Ini adalah lanjutan daripada entry oleh Dr. Nadrah Arifin di facebook beliau berkenaan keperluan supplemen kepada ibu menyusu. Kenyataan Dr. Nadrah ni pun dah banyak dikongsikan di blog2 mahupun forum2. Sesiapa yang nak membaca, boleh tengok di link di bawah ini. Bacalah, sangat bermanfaat untuk kita semua.



Semoga Allah membuka hati kita semua untuk menerima kebenaran & untuk menyebarkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Dr. Nadrah Ariffin.

Wednesday, October 19, 2011

Kenapa semua orang abaikan budak yang kena langgar tu???

Sejak pertama kali tengok berita budak kena langgar 2x dan dibiarkan oleh orang yang lalu lalang, memang hati su ni tertanya-tanya sangat, kenapa semua orang buat tak tau je kat budak tu.. Su memang sangat-sangat tak boleh terima apa yang diorang buat. Su rasa tak logik sebagai manusia, diorang langsung tak terdetik untuk tolong budak tu..

Then semalam, masa sembang2 dengan kawan kat ofis ni yang berbangsa Cina, dia pun bagitahu lah kat kitorang yang kat China memang macam tu. Sebab kalau diorang tolong, diorang pulak yang akan dipersalahkan. Tapi sayangnya masa sembang2 tu agak terhad.Jadi su tak tahu apa kisah sebenarnya.

Maka hari ni su terjumpalah 2 link ini yang bagi su, jelas menerangkan kenapa 18 orang yang lalu tu sanggup buat tak tahu je kat budak kecik tu. sedih sangat-sangat..Budak tu lebih kurang baya Aulia' je..

Tapi, pandangan su sendiri, kesalahan utama adalah pada ibu bapa budak tu. Diorang cuai. Biarkan anak sekecil tu merewang sorang-sorang. kalau su, su memang takkan lepaskan tangan aulia'. Dia budak kecik, tak faham lagi erti bahaya.

Lepas baca apa yg tertulis kat 2 website tu, cuma satu je yang terlintas di hati & fikiran su. Mudah-mudahan budaya/amalan macam ni takkan berlaku di Malaysia. Moga kita terus menjadi warganegara yang saling membantu dan yang paling penting, semoga kita terus menghayati ajaran Islam supaya saling mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain.

Mmm..ini adalah link2 berkaitan:

-kejadian sebenar kat sini
-komen orang2 China sendiri kat sini.

Sedikit komen2 dari website tu yang su nak copy paste kat sini:

-With regards to this incident, we first cannot blame the driver, who makes a living with his physical labor. We cannot close our eyes and demand that he bear too much responsibility, as he didn’t mean to hit someone either, and it was definitely very difficult to have noticed [the child], and afterward he was conflicted too, only he was afraid of bearing the burden of compensation and that’s why he chose to run away. I can sympathize with him. After all, running away means still having a life to live while not running might mean his life is completely ruined. Though running away means his conscience is to be condemned, how important is one’s conscience for the rabble where simply getting enough to eat is already a major accomplishment? Not betraying one’s conscience in reality is a kind of spiritual luxury.
The people who passed by are also not worthy of being blamed. To conclude that they are cold-blooded for turning a blind eye is a bit arbitrary. If it were a small cat or a small dog struggling on the ground, I think they would definitely give their attention, even kneel down to investigate the injuries, maybe even carrying them home to nurse them back to health. But when it is a child, everyone pretends they don’t see, it is always like this, almost without exception. This is not about whether or not a person is cold-blooded or not cold-blooded, but it is definitely about there being a very serious problem in society. These days, it is better to be less involved than more involved. Getting involved may very well mean getting majorly screwed. There are really too many of these kind of precedents, and everyone has silently evolved from these observations. No one is more qualified than anyone else to criticize.

The China Daily reported incidents in January in which elderly men who fell in the street were left alone because people did not want to get involved.
It cited an earlier case in which a man, Peng Yu, who helped an injured elderly lady to hospital was then found by a court to be liable for some of her medical costs.

Friday, October 14, 2011

Dagang Susu Ibu di Internet??



Siapa yang mengucap panjang bila baca ayat yang sedikit tu? Haruslah memang ramai kan? Kalau tengok komen pembaca kat gambar yang diambil daripda facebook berita harian, macam2 komen ada..Ada yang kata dunia akhir zaman, manusia sanggup buat apa saja demi duit. Hmmm...


Untuk makluman semua, laman facebook Human Milk for Human Baby - Malaysia  tidak menjual susu ibu. Su ambil kenyataan di laman ini 

HM4HB - Malaysia is saddened to learn about an article written about us today in Berita Harian which was not researched thoroughly. 

HM4HB TIDAK MEMPERDAGANGKAN SUSU IBU.

Itu adalah bercanggah sama sekali dengan prinsip kami dan Hukum Penyusuan Islam. Ibu-ibu di sini mempunyai susu badan berlebihan maka daripada melihat susu berharga itu dibuang, kami berusaha mencari anak susuan. Kami sangat kesal dengan penerbitan artikel ini."

Wartawan yang menulis artikel ini terang-terangan merujuk kepada laman HM4HB, tapi mereka langsung tidak mengambil inisiatif untuk menebual admin page tersebut. Yang lebih memalukan, jelas menampakkan keMALASAN wartawan tersebut bilamana terma EBM diertikan sebagai EXTRA BREAST MILK!!! sedangkan ia adalah singkatan untuk EXPRESSED Breast Milk (susu ibu yang telah diperah). Sangat sengal ok, wartawan ni!!!

Su memang marah, sebab su pun seorang ibu susuan. Su marah, sebab artikel ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat kita. Su harap, sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, silalah pergi kt laman facebook tersebut & teliti dahulu segala maklumat di situ sebelum anda membuat kesimpulan.

BERITA HARIAN, ANDA PATUT MERASA MALU DI ATAS KEJADIAN INI & MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN YANG DIBUAT!!


Thursday, October 6, 2011

Komen Artis pasal hudud


Tengok kat facebook seorang rakan hari ni... Adoiii laa...dah xdak orang lain ka wartawan ni nak pi tanya pasal hudud? Sedih...

Paling "bijak pandai" jawapan Enot.. Enot, hukum Allah ni sesuai pada bila-bila masa dan ketika. Risau pulak membaca komen dia tu.. Dia sedar ke tak yang dia dah melekehkan hukum Allah??

Moh tengok reaksi artis kita yang saya selalu follow di facebook :

Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal.- Wardina Safiyyah

Moral of de story : tanyalah hanya pada yang AHLI kalau nak dapatkan jawapan yang bernas.

Wednesday, October 5, 2011

Untuk Ibu-ibu yang baru melahirkan

Hmm..sebenarnya su agak kecewa dengan pemikiran segelintir ibu-ibu yang sering merasa tak yakin dengan diri sendiri dan rezeki yang Allah tentukan. Su tak faham, kenapa persoalan 'susu aku cukup ke nii' selalu sangat difikirkan, terutamanya di awal kelahiran. Bila baby kerap menyusu, dikatanya tak puas menyusu. Bila ditanya kenapa, katanya "kalau bagi susu formula, elok je dia tidur lama". Hmm... Bila baby kerap nangis, pun dikatanya sebab baby lapar, tak cukup susu. Adoiii..

Ibu-ibu, susu ibu ini Allah ciptakan sangat cantik..Khasiatnya berubah-ubah mengikut peringkat umur bayi. Begitu juga kuantitnya. Di awal kelahiran, perut bayi hanya sebesar biji kacang. Maka, kuantiti susu juga tidak perlu terlalu banyak. Kolostrum di awal kelahiran memang tidak keluar banyak, tapi ianya amat berkhasiat untuk bayi. Khasiatnya bukan setakat untuk waktu itu sahaja, malah ia memberikan perlindungan sepanjang hayat kepada anak itu. Susu ibu ini sifatnya mudah dihadam, Allah jadikan sesuai dengan kemampuan sistem penghadaman bayi. Sebab itu, bayi cepat lapar & kerap menyusu. Susu formula lebih sukar dihadam, sebab itu bayi kenyang lebih lama.Tapi kesian kat perut kecil itu..penat, bersusah payah menghadam susu di waktu tidurnya. Kalaulah dia boleh mengadu kepada kita, pasti dia akan bagitahu..

Ibu-ibu, ada banyak sebab kenapa anak kita kerap menangis. Bukan semata-mata sebab lapar. Mungkin lampinnya basah@ kotor, mungkin dia kesejukan@kepanasan, mungkin dia tidak selesa. Ibu-ibu, dunia bayi sewaktu di dalam kandungan kita sangat berbeza dengan dunia yang baru dikenalinya. Maka, bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Sebab itu, ada bayi yang asyik mengempeng je dengan ibunya. Kerana dia merasa takut dengan dunia barunya.. dan hanya dengan dakapan erat ibu lah yang boleh memberi keselesaan pada anak.


Ibu-ibu, masa saya baru melahirkan Aulia', saya langsung tak pernah fikir samada susu saya cukup atau tak. masa tu, saya tak pernah fikir pun ada ke susu untuk anak aku ni... Yang saya tahu, setiap kali Aulia' nak menyusu, saya akan bagi. Saya ingat lagi, mak saya pernah tanya ' hang rasa x susu dok keluar?'. Saya jawab 'tak rasa apa-apa pun mak'. Pastu mak kata, kalau susu keluar, kita boleh rasa. masa tu saya memang tak rasa apa-apa, tapi saya yakin, susu saya memang ada. Rupa-rupanya apa yang mak saya maksudkan tu adalah Let Down Reflex (LDR). Saya pun tak ingat bila pertama kali saya rasa LDR ni.

Aulia' pun kuat menangis masa dalam pantang. Dia pernah menangis sepanjang malam. Nenek suami saya siap cadangkan supaya kisarkan beras & buat bubur untuk Aulia' makan. Masa tu memang ada yang suruh su bagi makan, tapi su yakin yang Aulia' menangis bukan sebab susu.

Jadi, ibu-ibu supermommies sekalian, berbaik sangka lah dengan Allah, dan yakinlah dengan diri anda. Dalam masa yang sama, beri masa kepada bayi anda..beri peluang untuk dia merasa kasih sayang ibunya..Teruskan usaha, teruskan menyusu/memerah/mengepam susu dan banyakkan berdoa, serta bersabar. Seandainya anda tidak tahu apa perlu dibuat, jangan terus memilih untuk memberikan susu formula..jumpa doktor pro breastfeeding/pakar laktasi/kaunselor laktasi or even kawan2 yang ada pengalaman. Gali dulu ilmu bayi & penyusuan ibu, usahakan dulu, dan sekiranya memang sudah ditakdirkan setakat itu rezeki anda & bayi, maka sekurang-kurang anda tahu, anda telah mencuba yang terbaik.

Semoga semua bayi berpeluang merasa nikmat susu ibu, & semoga semua ibu berpeluang merasai keindahan penyusuan susu ibu.

Tuesday, October 4, 2011

Extended Breastfeeding

Pernah dengar tentang extended breastfeeding? Kalau untuk masyarakat Malaysia (lebih tepatnya Melayu/ Islam kot) extended breastfeeding ni bila kita menyusu anak sehingga lebih daripada 2 tahun.


Aulia' sayang tu dah setahun lapan bulan..tapi su rasa masih belum bersedia nak bercerai susu (wean off) dengan dia. Hehe..mak nya yang tak bersedia, anak agaknya ok je.. Minggu lepas Aulia' buat perangai, dia tak nak menyusu, menangis tengah2 malam.. Geram la jugak masa tu.. Bagi susu dia tak nak.. huhuuu.. Masa tu lah su sedar yang su belum bersedia nak bercerai susu dengan aulia'. Su masih nak dia terus ajak su masuk bilik sebaik saja nampak muka su depan pintu waktu balik ofis.. Su masih nak usik2, geletek dia, ajar dia itu ini sambil su menyusukan dia.. Su masih nak rasa semua tu.. (am I being selfish here?? hmm.. )


Ok lah, su nak kongsikan satu komen di post ini. Komen tu daripada Asiah Abdul Jalil, yang diambil daripada kak Fid.. Kata kak Fid 


  "tanggung jawab seorang ibu ialah menjaga perkembangan anaknya, bukan setakat fizikal, malah emosi. So kalau nak paksa budak tu wean off padahal dia belum bersedia hingga dia rasa macam ibu dia dah tak mau kat dia lagi dan sibuk nak cari baby ganti hingga menjejaskan perasaan si anak, maka tak perlulah nak paksa-paksa buat macam-macam trick bodohkan anak supaya dia benci menyusu. Macam kata Along, pi letak kopi la, jadam la, nak perbodohkan anak. Kalau dia tak mau wean off, beri dia peluang lagi, bukannya si ibu akan menderita kesengsaraan pun."

Hoho.. I like... Ok, ini pula beberapa pendapat mengenai penyusuan susu ibu melebihi 2 tahun.

  • kapten hafiz Firdaus, majalah Pa&Ma Mei 2011: tempoh dua tahun yang disebut dalam al-Quran (al-Baqarah, ayat 233) ialat tempoh OPTIMUMUM. Ia bukan tempoh minimum mahupun maksimum.
  • Utusan Online, 26 Mac 2010 : Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia. Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal  nutrien untuk membesar kepada bayi.Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
Secara peribadi, su bercadang nak berhenti menyusukan Aulia' selepas dia berusia 2 tahun. Tapi proses tu biarlah berlaku secara semulajadi.. Su harap Su tak sampai ke tahap perlu buat macam2 taktik just untuk wean off Aulia'. Biarlah dia berhenti dengan kehendak dia sendiri. Harap-harap macam tu lah..





Monday, October 3, 2011

Pantun Susu Ibu



Sesiapa yang pergi Hospital Teluk Intan, bolehlah membaca pantun di atas tu..

p/s: masih menyayangi dunia penyusuan susu ibu. =)

Tuesday, August 16, 2011

Ikhlaskan hati


Ada seseorang pernah kata kat su, kalau segala amal baiknya perlu diberitahu/dinampakkan kepada orang lain, tidakkah itu bererti dia tidak ikhlas dalam beramal?tidakkah itu bererti dia mencari pujian orang dalam beramal? Mm.. pada su, garis yang memisahkan antara ikhlas dan tidak terlalu halus. Kadang-kadang terasa ingin berkongsi ilmu yang baru diperoleh, tapi bimbang pula dikata nak menunjuk baik. Ada kala ingin nak membuat amal, tetapi bimbang dituduh ingin mencari pujian / kekaguman orang. Sesekali, ingin berkongsu kegembiraan dengan ramai orang, tapi bimbang pula dikata menunjuk-nunjuk.


Tapi sebenarnya, hebahan itu adakalanya (seringkali juga, sebenarnya) mampu menjadi teladan buat orang lain. Malah, ia juga mungkin mampu mendorong orang lain untuk melakukan kebaikan. Sebagai contoh, seorang bapa/suami yang bangun bersolat malam secara senyap2 kerana takut dikatakan menunjuk baik. Sedangkan hakikatnya perkara itu boleh menjadi teladan kepada isteri & anak-anaknya. Malah, kita sendiri memang dituntut untuk turut mengajak ahli keluarga dalam beribadah. Afterall, bukankah isteri & anak-anak itu adalah di bawah tanggungjawab suami/ayah?


Jadi sebenarnya, ia berbalik kepada niat kita sendiri. Tiada siapa yang boleh menilai keikhlasan kita, melainkan kita & pemilik segala rahsia; Allah S.W.T. Dia saja yang maha mengetahui. 


'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Su petik dari laman iluvislam.com


Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.


Semoga semua amal kita diterima Allah.. semoga kita semua terhindar daripada perasaan riyak yang hanya akan membuatkan segala amalan kita menjadi sia-sia. Sama-sama lah kita bermuhasabah diri.


Selamat berbuka. =)








Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN


Lately ni su suka tengok facebook Wardina Safiyyah. Suka membaca post beliau di wall, cara beliau menjawab komen &; juga notes yang dikongsikan. Su kagum dengan kejayaan Wardina mendidik anaknya. 

Oh, by the way, Coretan ini su petik dari notes di laman facebook Wardina Safiyyah. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada coretan sister anfaal ini..

Terima Kasih atas email ni sister Anfaal....


Dari Abu Hurairah radhiyaAlllahu ‘anhu, bahawa suatu ketika Nabi sallaAllhu ‘alaihi wasallam memberi khabar gembira kepada para sahabatnya seraya bersabda;
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah mewajibkan untuk berpuasa. Di bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; sejahat-jahat syaithan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalangi dari mendapatkan kebaikan (pahala) malam itu; bererti dia telah terhalangi untuk mendapatkan kebaikan yang banyak” (HR. Ahmad dan An-Nasa’ie disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam khutbah Baginda yang panjang sempena menyambut Ramadhan, RasululuLlah s.a.w bersabda antara lainnya;

“Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu...
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu keranaa itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab seruan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.
Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.


Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”
Rasulullah s.a.w meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.” 
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari kiamat. Barangsiapa menahan buruk perilakunya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan  meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Qur’an pada bulan-bulan yang lain” (HR Ibnu Huzaimah)

Monday, August 8, 2011

Peraduan Susu Ibu : Anugerah Terindah

Peringatan : Ini adalah entry untuk join contest daripada orang yang tidak pandai bermadah. ^_^
(untuk join contest, sila klik sini. hadiah best ok..)

26 Januari 2010, tarikh yang amat bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, perjuanganku melahirkan benih cinta ku dan suami dipermudahkan oleh Allah. Saat pertama kali melihat wajahnya, pertama kali memegangnya di pangkuan ku, dan pertama kali menyusukannya, aku rasakan satu getaran yang sungguh indah di hati ini. Betapa indahnya detik-detik itu, hingga tanpa ku sedari, air mataku menitik sewaktu pertama kali menyusukan puteri permata hatiku. Bukan tangisan kesakitan, sebaliknya tangisan syukur, tangisan bahagia. Sejak saat itu, aku tekad, aku akan terus menyusukan puteri ku ini dengan susu ibu.


Perjalananku dalam meneruskan penyusuan susu ibu buat Irdina Aulia' binti Muhammad Fauzan tidaklah mudah. Sedari awal lagi aku tahu, sampai masanya aku perlu meninggalkan Aulia' bagi memenuhi keperluan kerjaya ku - aku perlu mengikuti kursus selama 7 bulan bagi tujuan pengesahan jawatan. Aku sedar, ini akan menjadi masalah terbesar ku dalam perjuangan ku ini. Lantaran itu, sedari awal aku telah membuat persediaan. Aku berusaha sedaya upaya untuk menyediakan stok yang mencukupi buat puteriku. Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kami. Stok susu ku melimpah ruah, hinggakan beberapa kali aku terpaksa membuang stok-stok lama kerana kekangan ruang penyimpanan. Malah, aku juga punya 2 orang anak susuan.^_^.  Untuk 6 bulan pertama, aku berjaya menyusukan Aulia' hanya dengan susu ibu sepenuhnya.

Sewaktu Aulia' berusia 10 bulan, bermulalah kehidupan baru buat kami. Aku mendaftar untuk kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Waktu itu, stok yang ku tinggalkan penuh sebuah deep freezer, ruangan freezer peti sejuk ku, dan beberapa ketul lagi ku tumpangkan di freezer rumah ibu ku. Namun kesilapan ku dan suami, kami 'layankan' saja perangai Aulia' yang tidak suka makan dan lebih banyak minum susu. Bayangkan, suamiku memaklumkan yang Aulia' minum 14x4oz susu setiap hari! Akhirnya, stok yang banyak itu pun tidak mencukupi buat Aulia'.

Maka dengan hati yang berat, bermula Jun 2011, aku terpaksa memberikan susu formula buat Aulia'. Memang aku sedih, tapi aku percaya, aku telah melakukan segala yang terdaya. Kata suamiku, apa lagi yang tidak aku lakukan. Sejak November 2010 hingga Jun 2011, aku telah berusaha. Walau sibuk menjalani kursus yang padat dengan kelas, aktiviti fizikal & penganjuran majlis, namun aku tetap mengepam. Ke hulu ke hilir aku sentiasa membawa peralatan mengepamku. Walau menghadiri modul Wataniah di kem baru yang tiada kemudahan peti ais, aku tetap mengepam. Malah, aku sanggup memohon kebenaran daripada pihak tentera untuk membawa deep freezer ku sendiri  ke kem. Dengan deep freezer itu juga, 4 lagi ibu lain turut dapat menyimpan stok susu mereka sepanjang mengikuti modul tersebut. Alhamdulillah..

stok seminggu di kem wataniah.

Suami ku juga memberikan sumbangan yang amat besar. Sepanjang ketiadaanku, dia lah yang menguruskan hal-hal berkaitan susu Aulia'. Dialah yang berjaga di malam hari, memanaskan susu, menyusukan Aulia', menidurkan Aulia', menyiapkan baju & bekalan susu ke taska..sewaktu stok susu ku semakin berkurangan, dialah yang mengambil inisiatif untuk membuat sendiri jus kurma buat Aulia', agar Aulia' tidak perlu meminum susu formula.

Kini, pada usia menghampiri 19 bulan, Aulia' masih menyusu susu ibu walaupun tidak lagi sepenuhnya. Aku juga telah tamat kursus pada 15 Julai yang lalu. Sehingga kini, aku masih berusaha gigih untuk kembali menyimpan stok buat Aulia'. Aku masih berharap agar aku akan dapat kembali menyusukan Aulia' sepenuhnya dengan susu ku. Perjalanan ku bukan mudah, aku telah melalui 'zaman kegemilangan' sekali pam dapat 3 botol, aku juga pernah mengalami 'zaman kemerosotan' sekali pam hanya 1.5 oz. Namun aku tidak sesekali akan menyerah. Malah, Aulia' tidak akan ku berikan susu formula sekiranya aku ada bersamanya. Kerana bagi ku, saat-saat menyusukan Aulia' di pangkuanku adalah saat terindah yang aku rasakan sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, atas anugerahMu yang tidak ternilai ini. Aku benar-benar merasa bahagia. ^_^

Suhaili binti Mohamad Zahidi
Putrajaya



Nursing in Public - suatu kesalahan?

Tahniah kat ibu-ibu yang menyertai program KLCC Breastfeeding Flash Mob pada 7 Ogos 2011 yang lalu. Saya tak join, sebab saya tak tahu. Program ini tidak begitu dihebahkan. Rasanya kalau dihebahkan, pasti lebih ramai lagi yang akan join. Daripada apa yang su baca, program ini sebenarnya bermula disebabkan rasa tidak puas hati segolongan ibu menyusu yang pernah dihalang daripada menyusukan anak mereka di SURAU KLCC. SURAU ye..bukan di restoran atau di bangku-bangku duduk. Logik tak? <geleng kepala>


Su setuju sangat dengan apa yang mereka cuba sampaikan. Kecewa, sebab su sendiri menjadi mangsa di pejabat ini. Su dinasihatkan untuk menukar bilik, hanya kerana rakan sebilik su mengadu yang dia merasa tidak selesa bila su mengepam di dalam bilik kami. Sedangkan dia duduk membelakangkan su, dia tak nampak su pun. cuma dia dengar bunyi pam su saja. Itupun su cover dengan pashmina yang tebal &besar, duduk menghadap dinding, membelakangkan pintu.  Dia pun dah kahwin, dah ada anak. Tak pasti lah su samada isteri dia menyusukan anak atau tidak. Tapi bagi su, dia patut lebih memahami.

Tapi tak mengapa, ada hikmahnya su bertukar bilik. Su pun lebih selesa untuk mengepam.  Cuma apa yang su ingin sampaikan ialah, MENYUSU adalah FITRAH. Asalkan AURAT si ibu TERJAGA, mengapa orang lain harus merasa TERGANGGU/TIDAK SELESA dengan pemandangan itu? fikirkan, si ibu itu kah yang bersalah, atau ANDA, yang berfikiran bukan-bukan? Kotor sangatkah pemikiran anda sehinggakan pemandangan seorang wanita menyusukan anak pun boleh membuatkan anda berfikir yang 'luar biasa'?

Fikir-fikirkan, dan selamat berpuasa! ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Setelah 2 minggu DPA berakhir

Sapu sikit sawang-sawang yang dah mula mengotorkan rumah saya ini...hihiiii
Dah 2 minggu habis kursus DPA, tapi sekarang baru ada kesempatan (& mood) untuk menaip. (Baik amik kesempatan ni before start diberi tugasan kan..hihiii)

Status penyusuan setakat ini: masih lagi mengepam & menyusu seperti biasa, namun masih dalam proses untuk mengumpul stok semula untuk kembali menyusu sepenuhnya. Setakat hari ini, su masih memerlukan bantuan daripada Dutch Lady 123 Aulia'. Hari ini mula kehidupan di pejabat seperti biasa, harap2nya dengan kembalinya su kepada jadual pejabat yang biasa, maka jadual mengepam juga dapat kembali seperti dahulu. Aminnn...

Status pekerjaan: balik daripada DPA, su dah diberi penempatan (posting) baru. Dah tak jadi warga Kementerian Kewangan lagi. Terkilan jugak, sebab sebelum ke DPA hari tu su & kawan-kawan pembimbing susu ibu (PC) di MOF dah pun memulakan langkah untuk mewujudkan Kumpulan Sokongan ibu-ibu Menyusu di MOF. Harap-harap kawan-kawan di sana akan meneruskan usaha tersebut. kalau tak pun secara rasmi, secara tak rasmi pun boleh. Sayang sangat, sebab komuniti ibu menyusu di ofis lama su memang dah semakin bertambah. Oh, lupa pulak.sekarang su dah jadi warga JPM. Agensi mana??? hehe..biarlah rahsia.. Tapi masih lagi di Putrajaya.

Ok, nampaknya su dah dapat tugasan pertama di sini..hehe..insyaAllah, su akan meneruskan penulisan di blog ini bila ada masa terluang lain kali.. (selalu rasa malas, tapi setiap kali ada orang bagitahu dia dapat manfaat daripada blog su, setiap kali itu semangat tu datang semula..insyaAllah..)

Oh, Selamat menyambut Ramadhan. Sama-sama kita merebut segala ganjarannya ya.. ^_^

Sunday, June 26, 2011

Panduan Buat Ibu-Ibu Menyusu Yang Perlu Menghadiri Kursus


Kebelakangan ini saya perhatikan semakin ramai ibu-ibu di KIM yang menghantar post berhubung bagaimana untuk meneruskan PSI sewaktu berkursus. Ada juga yang menghadapi masalah penghasilan susu merudum sekembalinya daripada kursus. Sebagai seorang ibu menyusu yang masih berkursus sepenuh masa (sekarang di Sabah, meninggalkan anak tersayang di semenanjung selama 2 minggu), saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bersama ibu-ibu sekalian. Untuk pengetahuan, saya telah berkursus semenjak 27/11/2010 dan masih berbaki lagi tiga minggu sebelum menamatkan kursus ini.

Persediaan Sebelum Mula Berkursus
Kebiasaannya ibu-ibu menyusu yang bekerja memang akan membuat stok untuk bekalan anak sepanjang waktu bekerja. Bagaimanapun, buat ibu-ibu yang akan menghadiri kursus, kita perlu menyediakan stok yang banyak sedari awal. Biasanya kita dapat notis awal berhubung kursus yang perlu dihadiri. Atau paling tidak pun, kita sendiri boleh agak bila kita akan dikehendaki untuk berkursus. Jadi, buat anggaran sendiri, berapa stok yang anak anda perlukan sepanjang ketiadaan anda. Sebagai contoh:
            Menyusu 3 jam sekali = 1 hari 8 kali menyusu
            1 sesi 4 oz, 4oz x 8kali = 32oz sehari (atau 8 pek x 4oz susu sehari)
            Kalau kursus 2 minggu, stok yang diperlukan ialah:
             14 x 8 pek of 4z ebm = 112 pek susu.
Jadi, bila dah tahu berapa stok yang perlu ditinggalkan, anda buat lah pengiraan sendiri berapa oz atau pek yang perlu anda dapat simpan setiap hari. Mungkin untuk sementara waktu anda perlu memberikan hanya 1 fresh stok buat anak anda sebagai bekalnya. (maksud saya, gunakan stok lama secara maksimum & simpan hasil perahan terbaru untuk dijadikan stok masa berkursus kelak).
            Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan pihak urusetia kursus dan maklumkan tentang keperluan anda sebagai seorang ibu yang menyusu. Ambil maklum kemudahan yang disediakan @ tidak disediakan dan cari alternatif sekiranya ada masalah. Anda boleh dapatkan maklumat awal tentang tempat kursus tersebut supaya anda boleh merancang di mana untuk mengepam, di mana untuk menyimpan susu dan sebagainya. Dapatkan juga nasihat / pandangan kawan-kawan yang pernah menghadiri kursus yang sama / kursus lain sebelum ini. Sekiranya tempat berkursus tidak terlalu jauh dari tempat tinggal anda, mungkin anda boleh berbincang dengan suami/ ahli keluarga untuk membawa bayi berjumpa anda setiap hari atau selang 2-3 hari atau seminggu sekali (yang mana bersesuaian) supaya baby tidak nipple confuse dan juga supaya baby masih dapat merasa fresh breast milk.

Sewaktu Berkursus
Memang sedih meninggalkan anak yang masih menyusu badan sepenuhnya kan? Ibu yang tidak menyusu pun merasa sedih berjauhan dengan anak, apatah lagi kita yang menyusukan. Tapi jangan terlalu diikutkan rasa sedih itu. Fikir positif & tenangkan hati anda. Pam secara konsisten (selang  2-4 jam). Biasaya jadual kursus sama sahaja, jadi cari masa yang anda boleh gunakan untuk mengepam. (biasanya waktu break). Mungkin anda akan perlu bergesa-gesa, kejar masa dan tidak sempat untuk berehat. Namun ingatlah yang itu semua adalah pengorbanan anda, tanda kasih sayang anda buat anak tersayang. Pengorbanan itu pastinya berbaloi. Kalau boleh, minta tolong kawan unutk tapaukan makanan buat anda sekiranya anda tidak berkesempatan untuk makan. Jangan lupa bawa cooler bag untuk menyimpan hasil perahan anda. Saya cadangkan juga supaya anda bawa pam manual atau bateri. Just in case kalau tiada kemudahan plug point di tempat mengepam itu.
Sekiranya ada masa anda tidak dapat mengepam mengikut jadual, pastikan anda masih mengepam 6-8 kali sehari. Buat power pumping seandainya berkesempatan. Percayalah cakap saya, kalau anda culas mengepam, penghasilan susu anda pasti akan berkurang. Percayalah, kerana saya pernah mengalaminya!. Cubalah sedaya upaya agar anda tetap dapat mengepam seperti biasa. Kalau perlu PIP (pump in public) pun, lakukanlah. Atau sekurang-kurangnya, pergi ke tandas sebentar dan buang sedikit susu anda. Jangan dibiarkan sehingga bengkak & susu meleleh. Bukan sahaja boleh menyebabkan susu berkurang, malah anda juga mungkin akan mengalami kesakitan yang amat akibat susu yang tersumbat.

Selepas Berkursus
Yeay!! Seronoknya dapat jumpa anak semula kan? Gunakan masa ini dengan sebaiknya. Kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding). Sekiranya anak anda menolak untuk disusukan secara terus, mungkin dia sedang keliru puting. Usahakan agar dia mahu menyusu semula. Kerapkan sentuhan kulit ke kulit & pujuklah anak anda untuk menyusu. Jangan terlalu tertekan, berikan masa buat anda dan juga anak anda.
            Kesimpulannya, sebagai ibu menyusu yang bekerjaya, sememangnya cabaran itu akan sentiasa ada. Persiapkan mental & emosi anda untuk menghadapi cabaran ini. Sekiranya kita bersedia, insyaAllah kita pasti mampu menghadapi segala ujian mendatang. Lakukan persiapan awal dan sentiasa lah berfikiran positif. Saya yakin, kita semua mampu melakukannya. Yakinlah bahawa setiap usaha & keperitan yang kita rasai, ada ganjaran yang telah dijanjikan buat kita.
HAPPY BREASTFEEDING!!
Related Posts with Thumbnails