Salam semua.. melalui pembacaan, su dapati ramai ibu yang keliru bagaimana untuk menentukan samaada anaknya mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Ramai ibu yang merasa kurang yakin dengan kuantiti susu yang mereka hasilkan sehingga terpaksa memberikan susu formula kepada anak tersayang. Oleh itu, su nak kongsikan secara ringkas, tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi.
1. Sekurang-kurangnya 6 lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan 2- 5 kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
2. Pastikan najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
3.berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
4.Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.
5.Tidurnya nyenyak, bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.
Penerangan untuk point 1 :
Pastikan ia telah membasahi sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan air kencingnya berwarna kuning pucat, bermula sekitar hari ke 3 atau ke 4 selepas kelahiran. Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari (mungkin sekali selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu yang pertama). Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi anda sekurang-kurangnya membuang air besar sebanyak 2 kali sehari. Kemudian meningkat kepada sekurang-kurangnya 5 kali sehari apabila berusia 1- 4 minggu. Semakin meningkat usia bayi semakin kurang ia membuang air besar dan kadangkala tidak membuang langsung untuk beberapa hari. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula.
Ibu-ibu, bayi yang menyusu susu ibu memang akan menyusu dengan lebih kerap berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula. Ini kerana sifat susu ibu yang lebih mudah dihadam membuatkan bayi lebih cepat merasa lapar. Oleh itu, jangan risau kalau anak anda tidurnya tidak lama & kerap menyusu. (menyusu selang 1 1/2 jam dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan). Ya, mungkin ada ibu yang merasa penat & tak sanggup menghadapi situasi seperti ini. tapi ingat, susu anda lah yang terbaik untuk si kecil anda. Buat pilihan yang tepat yer..
Anak lelaki lebih rapat dengan mak?
5 hours ago










