Program MBfPC kali ini akan menemui komuniti setempat selama 3 hari dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Fiesta Kajang anjuran Majlis Perbadanan Kajang (MPKJ). Kami akan berada di Dataran Prima Saujana Kajang, bersebelahan McDonalds. Berbeza di Karnival Sihat yang berlangsung selama 1 hari sahaja, program MBfPC di FK kali ini akan berlangsung selama 3 hari, dan pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang 3 hari tersebut.
Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 3 hari tersebut adalah seperti pameran poster dan risalah mengenai Penyusuan Ibu, kuiz, tayangan video mengenai penyusuan, pertandingan mewarna dan yang paling penting adalah khidmat bimbingan dan sokongan dari para Peer Counselor yang hadir pada hari tersebut. Ini adalah sebagai salah satu usahan para PC's untuk memperkenalkan fungsi dan kewujudan mereka sebagai Malaysian Breastfeeding Peer Counselors didalam masyarakat.
Selain itu, pada 1 Ogos 2010, akan diadakan Sambutan Hari Susu Ibu 2010. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:
- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers
Para ibu-ibu yang lain juga dijemput hadir ke booth kami di Fiesta Kajang itu untuk bersama-sama memeriahkan acara di sana :)
p/s:insyaAllah su akan berada di sini pada hari sabtu, 30/7/2010. & kalau berkesempatan, su juga akan ada pada 1/8/2010.Jom, jumpa di sana ya..














