My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, December 29, 2010

RSAT Sungai Buloh

Bersiaran dari Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Sungai Buloh..
Kami semua kena buat medical check-up untuk pastikan tahap kesihata sebelum start jalani latihan wataniah 2 minggu lagi.
Sempat lagi su promote BF kat pegawai yg cek su tadi..hihii..
Alhamdulillah, kesihatan su baik..
HB yg selalu rendah masa mengandung dulu pun dah OK sekarang..
So insyaAllah, mudah-mudahan su akan dapat jalani latihan & seterusnya direkrut sebagai Perajurit  Muda Wataniah. (prebet je sebenarnya).

Orait..semua orang tengah study untuk exam Jumaat ni..
Nak buat assignment lagi..
Untuk su, tambah lagi kena buat slide show untuk talk jumaat nanti..
hihi..welcome to DPA su..!!

Thursday, December 23, 2010

Penyusuan Susu Ibu - Mengapa & Bagaimana Menjayakannya.

Itu adalah tajuk yang su pilih untuk ceramah minggu depan. Siapa penceramahnya?
SUHAILI BINTI MOHAMAD ZAHIDI!!
Ye, saya lah tu..hihiii..
Ada kawan yang minta sue bagi talk pasal BF untuk sesi HELWA bersama peserta2 wanita DPA bil.2/2010. Dia siap submit paper untuk dapatlan kelulusan urusetia kursus. So kelulusan pun dah dapat, & insyaAllah next week su akan sampaikan ceramah tersebut. Pengalaman pertama ni..cuak jugak sebenarnya..hihiii...
Su nak share antara isi kandungan dalam ceramah su nnt. Kalu ada cadangan penamabahbaikan, tolong inform su yer..

1- mengapa BF - tuntutan agama/fitrah manusia (ayat2 Quran)
                        - manfaat BM pada ibu & bayi (komposisi BM vs FM)
2-bagaimana susu terhasil
  -masa pregnant
 - lepas bersalin (kolostrum-gambar & khasiatnya)
 -hormon2 terlibat & anatomy breast
 - konsep demand vs supply

3-Bagaimana meneruskan PSI setelah bekerja
 - dapatkan ilmu & sokongan kawan2, forum, mbfpc, sgm
- sediakan peralatan yg diperlukan - pam, cooler bag, chiller, storage (u akan selitkan jugak gambar/video teknik marmet)
-jadual pengepaman di ofis & direct bf di rumah

4- Perkara-perkara yang boleh menggagalkan PSI
- poor latching/holding position
-campur FM-baby less suck, less stimulation
-bottle feed too soon-seeloknya tunggu sampai sebulan b4 perkenalkan dengan botol utk elakkan nipple confuse
-kurang ilmu, kurang yakin
-kurang sokongan

5-penutup (breastmilk=bestmilk)

Su bercadang nak tunjukkan nursing accessories such as nursing blouse & tshirt, tp kenaa tengok sempat atau pun tidak since masa yg diberi cuma sejam saja..kalau tak sempat, maybe just tunjuk gambar je kot.

Any opinion?ok tak ek? harap2 su boleh deliver dengan baik nnt.. =)

Friday, December 17, 2010

DPA-2nd report (Minggu Modul Pengurusan Pejabat)

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia.(heheh..terikut2 plak dgn emcee tadi)

Minggu ni masuklah minggu ke-4 su berDPA. Modul minggu ni secara keseluruhannya menyentuh mengenai penulisan surat, memo, kertas cadangan, minit bebas, penyediaan kajian kes, pengurusan pelanggan dan pengurusan fail & rekod. Kelas memang macam biasa, jadi port unntuk melelapkan mata. hehe...sedaya upaya cuba untuk buka mata, tapi ada waktunya tersungkur juga.

Tapi modul ni bagus sebenarnya.. Banyak benda baru yang su pelajari..Dapat pulak melawat ke Jabatan Arkib Negara, memang pengalaman yang menarik..Su dapat tengok macam mana diorang membaik pulih dokumen-dokumen lama dan juga menyimpan rekod2 kerajaan. Bila dah ada kelas, of kos lah ada assignment yang nak kena buat, kerja kumpulan yang perlu dibentangkan..pendek kata life sekarang sebijik macam zaman kat U dulu, tapi lebih pack lagi. Siang kelas, petang sukan/kelas al-quran, malam pulak aktiviti kerohanian. Sukan bukan sikit-skit ye kawan2..senaman yang mencabar..PT10, pumping, sit up 5 cara, scorpion, pijak langit, squat jump, dan banyak lagi..adehhh..kalaulah su boleh uploadkan video kami buat senaman ni, agaknya ada yang kensel plan nak jadi PTD..heheh..

So, kalau ada kalangan pembaca ni yang dok cai info tentang PTD / DPA, inilah rutin harian sepanjang 7bulan berDPA. =)

Thursday, December 9, 2010

DPA 2/2010 - 1st report

Buat kawan-kawan yang masih belum tahu, su sekarang sedang berkursus selama 33 minggu di INTAN, Bukit Kiara. Kursus Diploma Pengurusan Awam, yang merupakan kursus wajib untuk pengesahan dalam jawatan su. Kursus ni is a full time kursus, which means su tingal di INTAN dan hanya boleh balik pada hujung minggu yang dibenarkan sahaja. Sekarang dah masuk minggu ke-2, dan kami masih belum dibenarkan balik (insyaAllah weekend ni kot)

Actually su tegah mengepam ni..hehe..sambil buat entry..dah lama sangat tak update blog ni.. InsyaAllah lepas ni su akan kongsikan pengalaman su meneruskan bf, walaupun terpaksa meninggalkan anak.

Last week minggu yang penuh dengan aktiviti fizikal. Kami dibawa ke Bukit Cerakah, dan tidur di dalam khemah yang dipasang sendiri. Nasib baik senang je memasangnya! hehe..
Sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, su & kawan2 pumping mothers yang lain terpaksa pump & dump susu yang diperah. Memang sayang & sedih..tapi kami terpaksa sebab persekitaran yang tak bersih & juga ketiadaan fasiliti. Maklumlah, duduk dalam hutan. Pumping schedule pun tak menentu. Akibatnya, susu su mmg obviously dah berkurang sekarang ni. Jadi terpaksalah su mencuri masa untuk mengepam setiap 3 - 4 jam. Rasanya semua peserta & urusetua dah tau kot yang su ni pumping mother. Heret je cooler bag tu pegi mana-mana pun.hehe..

Thanks to encik husband yang sanggup bersusah payah datang ke Intan ni setiap 2/3 hari sekali, semata-mata untuk memastikan aulia' masih terus mahu direct breastfeed dengan su & untuk mengambil stok. Tadi sia datang, su dapat bagi 20 ketul x 4oz susu, hasil perahan dari hari ahad malam sampailah petang tadi.. Alhamdulillah..moga apa yang Allah kurniakan pada su mencukupi untuk menampung keperluan aulia'.

Orait..su nak tidur. Esok 6.30 pagi dah kene berkumpul untuk acara senaman pagi.. Nanti gambar akan menyusul bila ada extra time ok..

Sekian..
Related Posts with Thumbnails