My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Hidup P.Ramlee..korang tau tak?

Alkesahnya weekend lepas su & suami tertengok cerita pasal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kat channel history astro.
Sangat membuka mata su & suami.
Selama ni kami sangkakan hidup arwah senang, kami sangkakan arwah memang sentiasa on top dalam career sebagai artis.
Tapi rupanya sangkaan tu sama sekali salah..
Dalam masa 2 tahun sebelum arwah pergi, hidup arwah sangat susah.. Arwah pernah di'boo' sewaktu membuat persembahan.. Kesian sangat.. semuanya sebab arwah masih nak mempertahankan aliran muziknya sedangkan pada masa tu muzik dari barat lebih digemari oleh orang kita..
Dalam tempoh tu, arwah buat macam-macam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.. sampaikan arwah bukak kedai & sewakan meja kedai tu untuk orang main mahjong. Hasil sewa tu la yg arwah guna untuk tampung belanja keluarga.
Malah masa arwah meninggal pun, keluarga arwah tak ada duit untuk tanggung kos pengebumian.. Semua urusan tu ditanggung oleh sahabat arwah, H.M Shah kalau tak silap su.. Tapi masa pengebumian tu, beratus-ratus orang datang. Su cakap dengan husband su, ini baru betul-betul membuktikan betapa manusia ni selalu tak menghargai orang yang ada depan mata sehinggalah orang tu dah tak ada, baru kita menyesal & terkenang-kenang.
Siapa sangka, rupa-rupanya allahyarhan tan sri P. Ramlee meninggalkan dunia ni dalam keadaan sedih, sebagai bintang yang sudah hilang sinarnya.. 
Al-fatihah untuk allahyarham Tan Sri P.Ramlee

5 comments:

waniez said...

ye ke cm2?lo..sedih la pulak dgrnye..huhu,xde ke persatuan anak seni ke yg dtg mmbntu.isk2..

puterihannan said...

hubby sy sgt suka membaca n dia la yg jadi buku bergerak sy... hubby penah ckp yg di akhir carrier arwah, mmg tak berapa maju tak silap sy siri do re mi tu filem terakhir sblm karier arwah jatuh. sbb tu kalu tgk siri do re mi, meriah lawaknya tak sama mcm siri bujang lapok.

Adlina Husaini said...

ish kesiannya penghujung hidup dia macam tu

mummy-aulia' said...

yep, mmg sgt kesian kan..masa tu wartawan2 lgsung x ssupport, malah lg memburuk2kan dia..bgs tgk channel history ni..blaja pasal sejarah

ibudhani said...

sayu nye hati bace......

Related Posts with Thumbnails