My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, November 23, 2010

Alhamdulillah..Thanks to team UDPA

Minggu lepas, su hantar permohonan secara rasmi ke Unit Diploma Pengurusan Awam (UDPA) untuk tubuhkan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu DPA bil.2/2010. Tujuannya untuk menjaga kebajikan peserta-peserta DPA 2/2010 yang masih bf baby. Antara yang su minta ialah pelepasan masa untuk mengepam setiap 3-4 jam sekali, pelepasan dari segi masa melawat (supaya suami boleh datang ambil stok susu anytime) & juga kelonggaran untuk pulang bermalam.

Tadi, ada majlis perasmian Askar Wataniah kat JPA. Su diwajibkan hadir (peserta-peserta DPA diwajibkan untuk jadi Perajurit Muda Askar Wataniah). Then, dapat sms daripada Ketua Program UDPA..dia nak jumpa su lepas majlis. Alhamdulillah, rasa lega sikit lepas jumpa dia tadi.. KP dah nyatakan persetujuan untuk memberikan pelepasan masa untuk mengepam. Tapi tak sempat bincang pasal permohonan-permohonan lain tu sebab dia ada hal. Cuma yang pasti, dia kata su tak perlu risau sebab UDPA memang ambil berat tentang keperluan ibu-ibu yang bf anak. =)

Lebih menggembirakan, kat UDPA sndiri ada pegawai wanita yang juga bf anak. Alhamdulillah..semoga dengan sokongan & bantuan yang ada, su akan tetap dapat meneruskan misi menyusukan aulia' sepenuhnya dengan susu badan sehingga dia berusia sekurang-kurangnya dua tahun..semoga susu-susu yang su tinggalkan untuk aulia' akan menjadi penghubung & pengerat kasih sayang antara kami, walaupun terpaksa berjauhan.

but one thing for sure, su akan rindukan sesi menyusukan aulia' terutamanya setiap kali balik dari kerja, dan setiap malam sebelum tidur. =(

4 comments:

Wawa said...

good work su. yang pentng kita cuba, kalau tak cua tanya mana kita nak dapat ya tak.

:)

semoga Allah memberkati usaha su dan mempermudahkan segalanya.

amirah said...

sedihnya su..takpe2..semoga semangat ni akan berterusan ye.

NuZuL said...

jgn sedih2 su, abes kursus dh sah jwtn, xyah pening pale mcm aku nih

mummy-aulia' said...

terima kasih semua.. =)

Related Posts with Thumbnails