My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, November 25, 2010

Last Day at Office

Bersiaran dari ofis buat kali terakhir..
Sebenarnya su cuti hari ni..tapi datang jugak ofis untuk setelkan few things & packing barang..barang2 peribadi kenalah bawak balik kan..maklumlah, nak tinggal ofis bukannya sekejap..33 minggu tu..komfem ada orang lain yang akan duduk kat desk su ni..

So kawan-kawan, lepas ni nantikan entry su dari INTAN & kem latihan askar wataniah ye..insyaAllah, su akan kongsikan pengalaman su meneruskan penyusuan susu ibu walaupun berkursus & terpaksa berjauhan dengan anak. Moga-moga pengalaman su nanti bermanfaat untuk orang lain..

Su mohon juga sokongan & doa dari kawan-kawan semua, semoga su terus bersemangat untuk memperjuangkan penyusuan susu ibu buat aulia' tersayang.. Kalau ada entry lemah semangat tu, tolonglah api-apikan semula su ni yer..hehe..

Ok..time to go home..Babai

Wednesday, November 24, 2010

Aulia' dan solid food

Su susah hati sebenarnya ni..
Sampai sekarang, aulia' masih minum 8botol x 4oz susu sepanjang masa dia kat nursery (8pg-5ptg)
Walaupun dah berusia 10 bulan, aulia' masih lebih banyak comsume susu dari makan solid food.
Bubur nasi yang su buat pun jarang sangat dia habiskan.
Biasanya memang makan 2-3 suap je.

Dulu su memang tak bagi aulia' makan biskut bayi, roti & any instant food terutamanya nestum.
tapi sekarang ni su terpaksa bagi dia makan biskut bayi & roti sebab dia tak nak makan nasi.
Kadang-kadang sangat je dia berselera makan nasi.
Roti ok jugaklah. Boleh habis separuh keping sekali makan..itupun su cicah dulu dengan air bagi lembut sikit.

Su perasan yang aulia' ni macam malas nak mengunyah. Dia selalu nak telan terus. Sebab tu sampai sekarang pun su still tak berani nak bagi dia makan nasi lembik. Dia selalu macam nak terlekat je kalau su bagi nasi yang berketul sikit. Dah tu, sekarang ni pandai pulak jolok tekak sendiri. macam manalah makanan tu nak masuk perut. Tengah-tengah makan, dia masukkan jari dalam mulut. Adoiiiiiii...geram betul!!kadang rasa nak marah je dengan aulia' ni..

Susah hati ni..kesian kat aulia'. Harap-harap bila su takde nanti, aulia' boleh belajar untuk makan lebih banyak.su takut dia x cukup zat kalau masih bergantung kat susu je sebab lepas ni sesekali je aulia' akan dapat fresh breastmilk. Poor my baby.. huk huk =(

Tuesday, November 23, 2010

Tag : Istilah / Bahasa dengan Anak

Terjumpa tag dari Lynd kat blog ayu & lea..
Su nak jawab jugak..hihiii..boleh ye lynd..

1. Private Part
Boy -xpernah sebut lagi..hihiii.tp rasanya bird kot
Gurl --nama baby-punye..cth: aulia' punye
2. Punggung- montot
3.Buang Air Besar- berak/beyak
4. Buang Air Kecil- kencing
5. Pukul- babab
6. Tido- tido
7. Breast Feeding- susu
8. Makan- makan

Overall, su banyak cakap direct je dgn alia'. entahla..macam x pandai nak guna word2 lain..cuma untuk pukul je kot su sebut babab. Rasa pukul tu macam kasar sangat je..

Alhamdulillah..Thanks to team UDPA

Minggu lepas, su hantar permohonan secara rasmi ke Unit Diploma Pengurusan Awam (UDPA) untuk tubuhkan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu DPA bil.2/2010. Tujuannya untuk menjaga kebajikan peserta-peserta DPA 2/2010 yang masih bf baby. Antara yang su minta ialah pelepasan masa untuk mengepam setiap 3-4 jam sekali, pelepasan dari segi masa melawat (supaya suami boleh datang ambil stok susu anytime) & juga kelonggaran untuk pulang bermalam.

Tadi, ada majlis perasmian Askar Wataniah kat JPA. Su diwajibkan hadir (peserta-peserta DPA diwajibkan untuk jadi Perajurit Muda Askar Wataniah). Then, dapat sms daripada Ketua Program UDPA..dia nak jumpa su lepas majlis. Alhamdulillah, rasa lega sikit lepas jumpa dia tadi.. KP dah nyatakan persetujuan untuk memberikan pelepasan masa untuk mengepam. Tapi tak sempat bincang pasal permohonan-permohonan lain tu sebab dia ada hal. Cuma yang pasti, dia kata su tak perlu risau sebab UDPA memang ambil berat tentang keperluan ibu-ibu yang bf anak. =)

Lebih menggembirakan, kat UDPA sndiri ada pegawai wanita yang juga bf anak. Alhamdulillah..semoga dengan sokongan & bantuan yang ada, su akan tetap dapat meneruskan misi menyusukan aulia' sepenuhnya dengan susu badan sehingga dia berusia sekurang-kurangnya dua tahun..semoga susu-susu yang su tinggalkan untuk aulia' akan menjadi penghubung & pengerat kasih sayang antara kami, walaupun terpaksa berjauhan.

but one thing for sure, su akan rindukan sesi menyusukan aulia' terutamanya setiap kali balik dari kerja, dan setiap malam sebelum tidur. =(

Monday, November 22, 2010

Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1


Ye, saya memang peminat cerita Harry Potter..Hehe..
Su baca semua novel dia daripada yg 1st sampailah yang last ni..
Bila tengok je promo cerita ni keluar kat TV, terus su ajak en.husband untuk pi tengok..
& akhirnya, sabtu malam yang lepas kami dapat tengok cerita ni..my review??

Well, su rasa movie kali ni adalah antara yang terbest kot. Hehe.. Banyak saspen & scene yg membuatkan jantang berlari laju..(esp.untuk orang yang mudah terkejut macam su ni...)
Yang paling su suka, bila menonton cerita ni, su boleh teringat dengan novel yang su dah baca beberapa tahun lalu.. (rasanya tahun 2007 kot novel tu kan??)
Su rasa banyak scene dalam novel tu yg dapat difilemkan dengan baik dalam filem ni.. Terutamanya scene Dobby mati..yes, itu adalah antara scene yang su paling suka. Masa baca novel tu dulu pun su menangis masa part ni, & masa tengok cerita tu pun su sebak sangat masa babak kematian Dobby ni.. Kesian dobby.. huk huk..Dobby adalah antara my feveret watak ok..sangat kiut
Memang idea yang bijak bila Novel ni dipecahkan kepada 2 part.. So lepas ni, haruslah su tunggu part 2 pulak kan..

p/s: lepas tengok cerita ni, su teringin sangat nak baca balik novel tu. Tapi sayangnya, su takde novel tu. Ingat lagi, dulu su baca online..hihi..kebetulan masa tu kat ofis lama (time keje private dulu), kerja pun tengah tak banyak. So su dok mengadap dengan HP je dari pagi sampai ke petang..Kawan su siap print lagi.hihiii..
 

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Hidup P.Ramlee..korang tau tak?

Alkesahnya weekend lepas su & suami tertengok cerita pasal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kat channel history astro.
Sangat membuka mata su & suami.
Selama ni kami sangkakan hidup arwah senang, kami sangkakan arwah memang sentiasa on top dalam career sebagai artis.
Tapi rupanya sangkaan tu sama sekali salah..
Dalam masa 2 tahun sebelum arwah pergi, hidup arwah sangat susah.. Arwah pernah di'boo' sewaktu membuat persembahan.. Kesian sangat.. semuanya sebab arwah masih nak mempertahankan aliran muziknya sedangkan pada masa tu muzik dari barat lebih digemari oleh orang kita..
Dalam tempoh tu, arwah buat macam-macam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.. sampaikan arwah bukak kedai & sewakan meja kedai tu untuk orang main mahjong. Hasil sewa tu la yg arwah guna untuk tampung belanja keluarga.
Malah masa arwah meninggal pun, keluarga arwah tak ada duit untuk tanggung kos pengebumian.. Semua urusan tu ditanggung oleh sahabat arwah, H.M Shah kalau tak silap su.. Tapi masa pengebumian tu, beratus-ratus orang datang. Su cakap dengan husband su, ini baru betul-betul membuktikan betapa manusia ni selalu tak menghargai orang yang ada depan mata sehinggalah orang tu dah tak ada, baru kita menyesal & terkenang-kenang.
Siapa sangka, rupa-rupanya allahyarhan tan sri P. Ramlee meninggalkan dunia ni dalam keadaan sedih, sebagai bintang yang sudah hilang sinarnya.. 
Al-fatihah untuk allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Monday, November 8, 2010

Kelab Susuibu Penang

Tengok emel tadi..
Kawan-kawan Breastfeeding Peer Councelor (PC) su dari Utara (Penang) baru je tubuhkan Kelab Susuibu Penang.
So su tolong buat hebahan yer..
Siapa-siapa yang dok kat area utara, bolehlah contact diorang ni kalau ada masalah tentang penyusuan susu ibu..



Thursday, November 4, 2010

Ronda-ronda di Petang Hari

Yeay!!

Saya dah ada tricycle (eh, tp mummy sy kata beskal la..ihikss)
Tapi kaki saya pendek lagi..x sampai nk kayuh..
tapi mummy saya kata xpe..beskal ni ada handle special..
maktok, maklang, baba, tok ayah, sume org blh tolak handle tu & bawak saya jalan2..
yeay!! seronoknya jalan2 di petang hari dengan beskal saya..
Syukran mummy..thank you baba..
I LOVE U..MMMMuahhhhhh

Hihiiii

Akhirnya..

Akhirnya, surat yang ditunggu-tunggu dah sampai

Tarikh yang selama ini menjadi tanda tanya dah pun terjawab..
Su akan berkursus secara sepenuh masa di INTAN Bukit Kiara (& lokasi2 lain untuk modul luar) mulai 29/11/2010 hingga 15/7/2011.. 33 minggu..
Mood sekarang : bercampur baur..paling dominan, perasaan sedih.
Tak dapat nak bayangkan macam mana su tanpa aulia' dan aulia' tanpa su.
Dapat ke su teruskan PSI smpai aulia' berumur 2 tahun..
Cukup kuat ke su untuk pump at least 8 kali sehari.
Boleh ke su sesuaikan jadual pump dengan jadual kursus nanti..
Kalau pun su dapat pump, tapi adakah akan mencukupi untuk menampung keperluan aulia' selama su takde nanti..
Malam-malam, macam mana agaknya husband atau mak su nak pujuk aulia' bila dia terjaga nak nenen..
Agaknya aulia' akan tercari-cari tak mummy dia ni bila dia bangun tidur & petang2 bila baba blk kerja..
Bercampur baur..serabut bila memikirkan pasal kursus ni..

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku. Bantulah aku agar aku akan dapat terus menyusukan aulia' dengan susuku walaupun aku terpaksa berjauhan dengannya..Berikanlah kami kekuatan menempuhi ujianMu ini ya Allah..
Related Posts with Thumbnails