My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, October 27, 2010

Resepi Bubur Nasi + Sup Ayam untuk Aulia'

Aulia' dah 9 bulan. Tapi dia saaaaaaaangaaaaattttt (sila baca dengan 6 harkat ye..hik hik) susah nak makan.
Dah macam-macam su try, tapi tak jalan jugak.
Cikgu kat nursery pun mengadu aulia' tak nak makan.
Kalau makan pun, sikit je.Pastu dia muntahkan balik.Aiyooo

Weekend hari tu try resepi baru. Alhamdulillah, aulia' makan banyak. (Banyak la dibandingkan dengan kebiasaan. But still sikit kalau nk banding dengan baby lain seusia dia.huhuuu)
So ini lah resepinya..

1)Mula-mula masak nasi macam biasa.
2)Pastu buat sup ayam. Caranya :
- letak minyak sikit, then tumis bawang & sedikit cengkih
-masukkan halia sikit, & masukkan air secukupnya.
-pastu masukkan ayam, tutup periuk.
-biar sampai ayam tu lembut (su biar dalam masa sejam la jugak.lagi lama lagi sedap..)
-masukkan carrot & kentang yang telah dipotong, biar sampai lembut
-sebelum tutup api, masukkan daun sup & daun bawang

3) Racik isi ayam, asingkan cengkih, pastu blendkan sup tu dengan nasi.

Selamat mencuba!! =)

p/s: sup & bubur ni sangat sedap walaupun tanpa garam & perasa tambahan. Su sendiri pun suka..heheee

6 comments:

farah said...

resepi mcm resepi utk org besor...siap dgn herba2 lg tue....tp kalu dah anak nk mkn cr mcm tu..bg jela...

mummy-aulia' said...

farah, herba-herba tu la perasanya..baby kan tak blh mkn garam, gula & perasa tiruan. So kita gunakan perasa semulajadi la..hehehh.
p/s: halia bagus tau.buang angin..so baby tak la kembung..

Anonymous said...

Is there anymore information you can give on this subject. It answers a lot of my questions but there is still more info I need. I will drop you an email if I can find it. Never mind I will just use the contact form. Hopefully you can help me further.

- Robson

Nasra said...

Hi,tx for e recepi.ank I ni skrg susah nk mkn.bile try recepi ni dia suke sgttttt!

Nasra said...

Hi,tx for e recepi.ank I ni skrg susah nk mkn.bile try recepi ni dia suke sgttttt!

Syamimi Fazril said...

Tq untuk resipi yea . Ank sy demam . Bila sy buat cm ni selera sikit dia makan .

Related Posts with Thumbnails