My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, October 27, 2010

Posisi Menyusu Yang Betul

Posisi menyusu yang selesa bagi ibu dan bayi adalah salah satu aspek penting dalam menentukan kejayaan PSI. Ini kerana tanpa posisi yang betul, ibu & bayi tidak akan merasa selesa & sekaligus mengganggu emosi ibu & bayi. Selain itu, posisi menyusu yang tidak betul juga mungkin akan menyebabkan lekapan (latching) yang salah. Lekapan yang tidak betul boleh mencederakan puting ibu dan membawa kepada payudara membengkak, jangkitan kuman, saluran susu tersumbat & mastitis. Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan bayi menolak untuk disusukan secara direct.

Beberapa posisi menyusu yang disyorkan :

Sebenarnya posisi yang betul bergantung kepada keselesaan kita. Tapi ada beberapa perkara yang ibu-ibu kene perhatikan untuk memastikan posisi tersebut betul. Antaranya :
1)ibu tidak merasa sebarang kesakitan sewaktu menyusu. Kalau rasa sakit, berhenti menyusu dan cuba betulkan posisi anda.
2)pastikan sebahagian besar aerola(tompok hitam pada puting) berada di dalam mulut bayi dan dagu bayi bersentuh dengan payudara
3)pastikan badan bayi rapat dengan badan anda. (jangan terlalu membongkok. Ini akan menyebabkan ibu merasa sakit belakang & tidak selesa)
4)Lihat bayi anda menyusu. Anda sepatutnya boleh melihat bayi menghisap beberapa kali & berhenti untuk menelan sebelum menghisap kembali. Dengarkan bunyi menelan tersebut. Di awal-awal penyusuan, bayi mungkin akan menghisap dengan laju. Tapi setelah beberapa minit, bayi akan merasa lebih selesa dan hisapan tersebut akan menjadi lebih perlahan.

Ingat, breastfeeding tidak sepatutnya menyebabkan kesakitan pada ibu. Berikan anda & bayi masa untuk mendapat posisi yang paling selesa. Sekiranya bayi menolak untuk disusukan, cuba ubah posisi anda. Selain itu, sekiranya anda memilih untuk menyusukan anak sambil baring, pastikan hidung bayi tidak tertutup dan bayi boleh bernafas dengan selesa.

Enjoy Breastfeeding!!

p/s: aulia' sekarang suka menyusu sambil tertonggeng-tonggeng. heheh..kelakar tengok dia goyang2 bontot masa nyusu. kadang tu dia time dia dok isap kosong je, su geletek2 dia..boleh pulak dia gelak tp still tak lepas cik N tu.hihiii..macam2 anak2 ni kan..seronok tgk keletah dia

3 comments:

ayu said...

bila baby makin besar, macam2 perangai diaorg menyusu kan..skrg ni klu keluar tak leh dah nak guna nursing cover..hbs ditarik2nya..hehe..

mummy-aulia' said...

a'ah ayu.. itulah yg mencuit hati..kdg2 mencabar kesabaran..tambah gi kalo dpn org kan..

♥CeR!TeR@ CiNtA f@!sha♥ said...

as salam, thanks dear sebb sharing dis info...like3

Related Posts with Thumbnails