My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, October 22, 2010

Kesilapan Awal Yang Menjejaskan Proses Penyusuan Susu Ibu (PSI)

Dah lama rasanya tak berkongsi tentang PSI. Perkongsian kali ni bukanlah dalam bentuk formal atau hasil rujukan mana-mana buku, tapi lebih kepada apa yang su pelajari daripada pengalaman su, & juga daripada pembacaan.
      Antara kesilapan yang biasa ibu-ibu lakukan di awal-awal kelahiran bayi ialah memberikan bayi susu formula dan sekaligus memperkenalkan bayi dengan penggunaan botol & puting tiruan.Ada beberapa kesan negatif yang boleh menjejaskan proses PSI daripada situasi ini, iaitu:
1) proses penghasilan susu akan terjejas
2) meningkatkan risiko masalah keliru puting (nipple confused) pada bayi

1) Proses penghasilan susu akan terjejas
Ramai ibu sedia maklum, konsep asas dalam PSI ialah demand vs supply. Konsep ini menekankan bahawa penghasilan susu ibu adalah sangat bergantung kepada permintaan terhadap susu ibu itu sendiri. Ini bererti, setiap kali bayi menyusu secara terus dengan ibu (direct bf), permintaan itu terhasil. Begitu juga apabila ibu mengepam susu, permintaan turut akan terhasil. Namun, ibu-ibu perlu ingat bahawa hisapan daripada bayi adalah rangsangan yang terbaik untuk menghasilkan susu. Oleh itu, sekiranya ibu memberikan susu formula kepada bayi, maka bayi akan kurang menghisap puting ibu & permintaan untuk menghasilkan lebih susu akan berkurangan. Lama kelamaan, jika ini dibiarkan berterusan, susu ibu akan menjadi semakin sedikit. Bila susu makin sikit, ibu pun makin risau, maka semakin sikit lagi lah susu yang dapat dikeluarkan.
Su sertakan 2 link yang relevan dengan topik ini.. Sila baca di sini dan di sini.

2) meningkatkan risiko masalah keliru puting (nipple confused) pada bayi
Pakar laktasi mencadangkan supaya bayi tidak diperkenalkan dengan sebarang puting tiruan (puting botol, pacifier) sehinggalah bayi tersebut berusia sekurang-kurangnya 4 minggu. Sebab dalam masa 4 minggu, biasanya bayi sudah boleh menghisap dengan betul & tiada lagi masalah 'poor latching' atau pelekapan yang tidak betul. Dalam masa 4 minggu ini, sekiranya ibu tidak dapat menyusukan bayi secara terus, seeloknya adalah disarankan agar susu ibu diberi menggunakan sudu/cawan/syringe. Sekiranya bayi diperkenalkan terlalu awal dengan puting tiruan, dikhuatiri bayi akan menolak puting ibu. Ini kerana hisapan melalui botol adalah lebih mudah kerana bayi tidak perlu membuka mulut dengan luas & alirannya juga adalah lebih mudah. Pendapat peribadi su, su menggunakan puting yang lebih besar & leper di hujungnya supaya aulia' tetap perlu membuka mulut luas2 sewaktu menghisap botol bagi mengelakkan keliru puting. Refer di entry ini mengenai masalah keliru puting dan cara mengatasinya.

Kedua-dua masalah di atas adalah sangat signifikan. Ramai ibu yang gagal menyusukan anak akibat daripada 2 masalah tersebut. Oleh itu, su harap agar entry ini dapat membantu bakal-bakal ibu supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Ingat, minggu-minggu pertama kelahiran, perut bayi masih terlalu kecil & tidak memerlukan susu yang banyak. Semoga kita semua berjaya menyusukan anak-anak kita! =)

HAPPY BREASTFEEDING!!

6 comments:

az said...

sangat setuju dgn pandangan ini. rasa syg sgt bila dgr kwn2 yg baru bersalin 3-4 hari dah beri baby botol/FM.

mummy-aulia' said...

betul tu az.ramai yg bg alasan susu sikit.tp sbnrnya dorg xtau cmne nk tentukan samada susu cukup atau x. nnt nak buat entry pasal ni.(tggu ada mood dulu..hehee)sayang kan, kesilapan yg sikit ni blh menjejaskan keseluruhan peluang ibu untuk menyusukan anak selama 2 tahun

ibudhani said...

sy pn setuju...

perut bb br lahir besar mane la sgt..kalo kata susu ibu x cukup..

bb nangis kdg2 bkn susu xckp.. mgkin sbb lain....

bile bb dh diajar susu botol dr awal bb akan mls nk DF kan!!...

sbb isap botol lebih mudah, cpt je keluar susu.. bile dh jd mcm ni bb pn refused DF.

kesilapn mcm ni kdg buat PSI x bjaya, kan?

mummy-aulia' said...

ibudhani~ye, very true indeed! kesilapan mcm ni la yg selalu buat PSI x berjaya.sebab tu, kita kena belajar pasal PSI ni since mengandung lagi.supaya kita tak buat kesilapan2 camni..

ayu said...

su, kadang2 tu faktor sekeliling pun mempengaruhi juga..cth terdekat, mcm kakak ipar ayu baru je bersalin lps raya baru2 ni..ni anak ke3 la..dua2 anak dia mmg tak fully bf, klu bf pun tak sampai sebulan + mix ngan fm..so, bila dia tgk ayu fully bf danial, dia nak try la..n dia pun ada gak refer ngan org lain juga....tapi ye la...nak dijadikan cerita bila mak mentua ayu yg jaga, biasa la..org tua kan..tak cukup susu la...baby nangis lapar la..bla..bla.bla..last2 campur juga ngan susu tepung..aduhai..sebenarnya ayu mmg dalam dilema...ikutkan cerita + bg semangat pada kawan2 lagi senang kan daripada ahli keluarga sendiri..

mummy-aulia' said...

mm..tu pun antara barriers dlm menjayakan PSI gak.environment & org sekeliling yg x menyokong. mcm su, PIL ada gak bunyi2 ckp anak su lapar, sbb tu nangis.tp dorg xlah smpai desak su.dah su senyap je, dorg pun diam je la.hehe..tp situasi su lain, xsama ngan kakak ipar ayu..sian dia yer..

Related Posts with Thumbnails