My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, October 19, 2010

Bila si manja kami demam

Inilah sebabnya blog ni bersawang selama 2 minggu.
Alkisahnya, aulia' demam panas.
Dia start demam petang Isnin (4/10/10), tapi masih lasak lagi.

Selasa (5/10/10) pagi, su & husband bawak dia gi klinik.
Then satu hari dok rumah, pakai cool fever. Suhu pun ok la..x cecah 38 lagi..


Malam tu, dalam pukul 3.30 aulia' terjaga nak nyusu..Masa su bf kan dia, 2-3 kali dia tersentak. Macam terkejut, tapi terkejut yang amat sangat. Pastu dia nangis..su dah x sedap hati..kejutkan suami, & amik suhu aulia'.
Ok je..dalam 37.6 kalau x silap su masa tu. Sambil amik suhu tu su still bf aulia' lagi. Tiba-tiba dia terkejut lagi. Then dia nangis.
Ya Allah, tak leh su nak cerita macam mana tangisan dia tu. Lain sangat2. Bila dah senyap, dia kaku. Kepala, tangan, kaki langsung tak bergerak. Panggil pun dah xde respond. Ya Allah...su betul2 panik masa tu.
Su baca segala macam ayat yang su teringat masa tu.. and lastly, aulia' muntah. Terus su ajak suami gi Hospital.
Sampai hospital dalam pukul 4.15 pagi. Doktor cek, & kata maybe aulia' kena sawan, tapi simptom2 tu x macam sawan yang biasa. Mula2 dok kat observation bay, tapi pastu pindah ke wad kanak-kanak. Sedih tengok aulia' kena cucuk untuk masukkan air dalam badan dia.

Kami dok kat hospital tu dua hari 1 malam. Alhamdulillah, aulia' cuma demam biasa. Sekarang dia dah sembuh, tapi masih selesama sikit-sikit. Pengalaman 1st time aulia' demam panas, memang betul2 mencuakkan & merisaukan su..
Thanks kepada adik tersayang, Siti Naquiah & kawan2nya (hana, tikah, lela) & kepada kawan-kawan suami (ina, su, kak ziana, wani) yang datang melawat Aulia' dan hadiahkan teddy bear kat dia.. =)


Ya Allah, Kau jauhkanlah anakku daripada sebarang penyakit & malapetaka. Berikanlah dia kesihatan yang baik, panjangkanlah umurnya & jadikanlah dia anak yang solehah..aminn

6 comments:

Adlina Husaini said...

amin...

*aisy pun demam selsema batuk bagai..mula2 nak kena warded tapi bed penuh la pulak..

skang ni tak berapa nak makan..risau tgk si tecik aku tu makin kecik.

tingat mak hang teguq,"awat bf makin haluih niii"

cik puan akish said...

ala aulia demam kah....cepat bek yah sayang....:)

mummy-aulia' said...

ina~aku baca, budak yg tgh demam mmg x mau makan.kita jgn paksa dia mkn.boleh galakkan dia utk mkn, tp jgn paksa.yg penting bg minum air banyak2..xpe, lps baik demam nnt bg mkn byk2..hihiii

weh, ok pa haluih..baru padan dgn aulia'.aulia' pun haluih jugak..hihii

cik puan akish~ TQ dear..aulia' dah x demam.just selesema ckit2..

miss_hunt said...

wah..terharunye nama kite di state kan..hikhik..da lame sgt nk tgk aulia' tp xbksmpatan..at last dpt tgk kt hspital pulak..btw,syukur aulia' da sihat..tringin sgt2 nk nk ade ank buah,jd tumpang kasih kat baby aulia' jela yer..hehehe

NUANISA said...

sianya, salam perkenalan. aulia' ada protection insuran and medical card tak? kalau ada senang boleh gi ke pakar kanak-kanak bila masuk spital insuran tanggung semua kos. anak kami start 9 bulan asyik kene mcm-mcm penyakit termasuk sakit mulut kaki dan tangan. sekarang kami sgt care berkenaan kanak-kanak yang sgt fragile dan mudah kene penyakit.

mummy-aulia' said...

salam perkenalan nuanisa..
aulia' ada takaful with medical card. tp hosp.putrajaya plg dekat dgn umah.so mmg itu je la yg kami tringat bila dia dmm pns tgh2 mlm camtu..huhuuu..xpelah, kami puas hati dgn servis gomen hospital tu..hihiii..but still, bleh claim utk elaun dok wad =)

Related Posts with Thumbnails