My Online Friends. TQ for following me =)

Saturday, September 25, 2010

Taska anak anda-berdaftar atau tidak??

Su baru saja tukarkan aulia' ke taska..sebelum ni su hantar aulia' ke rumah pengasuh, tapi ada kes yang membuatkan su nekad keluarkan aulia' dari situ & terus hantar ke taska.
Masa su tengah cari taska, banyak sangat taska yang su jumpa  kat area presint 9 ni sahaja. Yang su survey ada 5.tak termasuk dengan yang su tak sempat survey. Tapi bila su cek kat website Jabatan Kebajikan Masyarakat, sikit sangat taska kat Putrajaya ni yang berdaftar dengan JKM. Ada satu taska yang besar & caj sangat mahal pun rupa-rupanya tak berdaftar.
Taska aulia' pun takde dalam list. So su call JKM untuk double cek. JKM Putrajaya boleh dihubungi di talian 03-88901672. Rupa-rupanya taska tu dalam proses untuk kelulusan HQ JKM d KL. Tapi dia dah dapat kelulusan Jabatan Bomba & penyelamat berhubung aspek keselamatn. Cuma mungkin ada masalah dari segi documentation yang menyebabkan pernohonan tu pending lagi. Alhamdulillah, sekurang2nya persekitaran di taska tu selamat, & ada pihak yang akan memantau taska tu.

So ibu-ibu sekalian, anda boleh cek status taska anak2 anda di sini : senarai taska berdaftar
atau boleh call sendiri ke talian 03-26165600.

p/s: ibu2, apa yang su lakukan ini cuma sedikit usaha yang boleh su lakukan demi keselamatan aulia'. walau bagaimanapun, kita kena sentiasa ingat yang dalam apa keadaan sekali pun, yang menjaga anak2 kita adalah ALLAH yang MAHA BERKUASA, YANG MAHA MELINDUNGI. Oleh itu, walau apa pun pilihan kita (taska, babysitter, orang gaji, nenek di kampung, hatta berenti kerja untuk jaga anak sendiri pun), kita mesti sentiasa memohon kepada Allah supaya melindungi anak2 kita.

2 comments:

cik puan akish said...

betol2..tp kekadang...yg berdaftar pon careless juge...atoiii:(

mummy-aulia' said...

betul..sbb tu, lepas kita dah berusaha mencari yg terbaik, kita berdoa & tawakal lah pd Allah. careless tu mmg sikap manusia, termasuk kita sendiri.

Related Posts with Thumbnails