My Online Friends. TQ for following me =)

Saturday, September 25, 2010

Masalah Penyusuan : Keliru Puting (nipple confuse)

Bayi anda keliru puting tak? Su rasa masalah keliru puting ni merupakan satu masalah yang agak 'common' di kalangan bayi yang menyusu badan. Su sendiri pernah mengalami masalah ni. (refer kat sini). So kali ni su nak kongsikan secara ringkas mengenai masalah ini. Mudah-mudahan boleh membantu kawan-kawan..

Apa itu keliru puting?
-keliru puting ialah satu situasi di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier).

Punca keliru puting?
- keliru puting terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. (kerana itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus (direct feeding).

Tanda-tanda bayi keliru puting?
- Tanda utama ialah bayi akan mengamuk & menolak apabila disusukan secara direct dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana aliran susu yang lebih cepat berbanding sekiranya menyusu secara direct. (susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' & ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar & marah kerana susu lambat keluar)

Cara mengatasi masalah ini?
-  Daripada pengalaman su, cara yang paling berkesan ialah skin to skin contact. Ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju. (pakaikan diaper saja pada bayi). Letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia menghidu bau badan anda & bermain-main dgn badan anda). Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.
-susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.
-offer breast pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah (read: bb dah la lapar, hisap2 puting pun susu tak keluar2 jugak.sbb tu lah dia marah).
- sentiasa direct feeding anak anda setiap kali anda berada dengannya. Minimumkan peggunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Ingat, penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjakin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.

HAPPY BREASTFEEDING!!

3 comments:

armouris said...

info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

Zainurul Haffiza said...

terima kasih share info

mummy-aulia' said...

sama-sama.. semoga ada yang mendapat manfaat daripada penrkongsian ini. =)

Related Posts with Thumbnails