My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, September 22, 2010

Lelaki Romantik atau Lelaki Bertanggungjawab??

Semalam baca satu artikel kat Utusan Malaysia.
Komen daripada 2 orang pembaca tentang keluhan seorang wanita terhadap suaminya yang tidak romantik.
Su sangat terkesan dengan ayat terakhir kat artikel tu.. "lelaki romantik atau lelaki bertanggungjawab yang anda mahu??"

Suami su tergolong dalam golongan lelaki yang tidak romantik. Tapi alhamdulillah, dia bertanggungjawab.
Masa mengandung, su tak dapat rasa sangat perhatian dari dia sebab masa tu dia bekerja di Johor. Tapi sesekali dia balik, apa yg su nak mesti dapat. Su sakit belakang, dia urutkan. Di akhir2 pregnancy, dia dapat tukar ke Putrajaya. Jadinya di rumah, dia lah yang masak (walaupun sangat simple). Tiap2 malam b4 tidur, dia bacakan doa utk su & baby. Masa dah hampir bersalin, dia buatkan minyak selusuh untuk su. Baca sendiri doa & ayat2 Quran (refer majalah).

Masa dalam pantang, su duduk dengan mak. Rumah mak dekat je..jadi husband pun duduk situ jugak dengan su & baby. Tiap2 pagi b4 pegi kerja dia akan masakkan air & sediakan air mandian untuk su. Masa dia cuti seminggu tu, waktu makan pun dia yang suapkan. Minum pun dia buatkan. Air milo yang dia buat masa su dalam pantang tu lah air milo tersedap yang su pernah rasa.. =) Malam2, dia yang tolong tukarkan lampin aulia'. Lepas su BF aulia', dia yang burpkan. Kami sama-sama ada tugas masing2, w'pun esoknya husband su bekerja, sedangkan su masih bercuti. Kami sama-sama berjaga bila aulia' meragam malam2.

Sekarang, bila su dah kerja, husband pulak sentiasa tolong dalam buat kerja-kerja rumah. W/pun dia suka sgt 'landing' baju dia kt atas sofa (su dah tak larat nk bebel dah psl ni) tp kat rumah tu memang dia lah yg basuh baju, sidai baju, uruskan botol2 & aksesori aulia'. Kalau su masak, dia mesti tolong. Ye, suami su ringan tulang dalam mmbantu su buat kerja rumah.

So, kesimpulannya, su bersykur dikurniakan suami yang bertanggungjawab (walaupun dia agak kasar & tak romantik). Takpelah, su pun ada kekurangan..Yang penting, dlam rumahtangga kena ada toleransi, tolak ansur.Mudah-mudahan rumahtangga kami aman damai, bahagia selama-lamanya. Aminn

1 comment:

waniez said...

mimimimi...hihihi...so suwit!hehe..xsabar nih..keh2..nk tgk true colours seorg llki.

Related Posts with Thumbnails