My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, September 24, 2010

Berita Harian Online | Bayi tiga bulan maut tercekik susu

Berita Harian Online | Bayi tiga bulan maut tercekik susu

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada jam 8 pagi sebelum pergi kerja.
"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.
Mohd Fairuz berkata, Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Katanya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.

Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi.

Fairuz berkata, beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.

"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh yang turut mengunjungi keluarga mangsa hari ini berkata, pihak bertanggungjawab perlu bertindak tegas dalam perkara tersebut dengan memastikan semua pengasuh sama ada di rumah atau Taska diberikan latihan sepatutnya supaya kejadian sama tidak berulang.

Aduh..tak habis2 kes yang sama kat putrajaya ni..
Sekarang ni su hantar Aulia' kat nursery..
Semoga anak kita semua dilindungi daripada segala malapetaka..
AMINNNN

3 comments:

amirah said...

ishhh..takutnya..nauzubillah..moga tak trjadi pd anak kita

mummy-aulia' said...

moga tak terjadi pada anak2 kita & anak2 semua orang.. xdapat bayangkan hancurnya hati seorang ibu/ayah bile kehilangan anak.

Zainurul Haffiza said...

ajal ditangan tuhan

Related Posts with Thumbnails