My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, September 28, 2010

Honey & Botulism

Su pernah baca yang bayi di bawah umur setahun tidak boleh diberikan madu. Tapi su juga banyak membaca pengalaman ibu-ibu yang mengatakan madu baik untuk melegakan batuk bayi.. Terpulanglah kepada ibu-ibu untuk membuat pilihan. Di bawah su kongsikan artikel mengenai botulism, iaitu sejenis penyakit yang boleh disebabkan oleh madu.

Rujukan dari SINI

Botulism

What is botulism?

Botulism is a severe type of food poisoning. It occurs when you eat food that contains a poison produced by a type of bacteria called Clostridium botulinum.
Botulism can be a fatal disease. The poison produced by the bacteria can damage important nerves of the body and cause paralysis. If botulism is not treated promptly, breathing can stop, causing death.

How does it occur?

Botulism occurs when the poison produced by Clostridium botulinum bacteria is eaten. It may happen when you eat food that has not been canned or preserved properly.
Botulism can also occur in wounds, but this is rare. It happens when the bacteria grow in a wound.
If babies under the age of 1 year are given honey, they can get botulism, too. About 10% of all honey contains the bacteria, which grows well in the baby's intestines and can make them very sick.

What are the symptoms?

Symptoms usually start within 12 to 72 hours of eating contaminated food. The symptoms include:
  • sudden trouble seeing, especially double vision and trouble focusing
  • drooping eyelids
  • trouble swallowing
  • trouble speaking
  • weak muscles
  • trouble breathing.
Fever is not a symptom of botulism.
If you suspect that you have eaten food contaminated with botulism, call your healthcare provider right away or go to the emergency room. If not treated immediately, botulism can kill you.

How is it diagnosed?

Your healthcare provider will ask about your symptoms and food you have eaten recently. Your provider will examine you and take samples of your blood and the suspected food, if it is available. The samples will be tested in the lab for poison produced by Clostridium botulinum bacteria.

How is it treated?

You may need to stay at the hospital. In all cases, this illness requires close observation. Because the nerves to the breathing muscles may be affected, it is important to monitor your breathing. If your breathing muscles stop working, a ventilator (breathing machine) will be used. The machine will allow you to keep breathing until the poison is out of your body. This can take days to weeks.
Your healthcare provider may give you antitoxin medicine to counteract the poison.

How long will the effects last?

The symptoms of botulism usually begin within a few hours to 72 hours after you eat contaminated food. They may last several days. If botulism is not treated, you may not be able to breathe and could die.

How can I take care of myself?

Follow all of your healthcare provider's instructions, including when you are to check back with your provider.

How can I help prevent botulism?

  • Remember that contaminated food often looks and smells normal.
  • Throw out dented cans and damaged food containers.
  • Boil home-canned food for 10 minutes or heat it at 176°F (80°C) for 30 minutes to destroy poisons.
  • Use proper time, temperature, and storage guidelines for all food preparation and preservation. Guidelines are available at your state or county extension service, public health department, or library. 

Monday, September 27, 2010

Wedding Suhaida & Rizal

Tarikh : 26 September 2010
Tempat : Taman Pinji Perdana, lahat, Perak.

 The bride & bridegroom. Suhaida ni memang hantu pink! Tunang pun pakai pink, kawen pun pink.hihii

 Alamak! Kitorang sama kaler dengan alas meja la pulak..hihiii


 Oh..penat nak mengepung aulia' ni...

Rakan-rakan sekonvoi.. Semuanya ex-UUM kecuali encik pengantin lelaki..Keep in touch ok..

Selamat Pengantin Baru Sue & Rizal.. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah & bahagia sehingga ke akhir hayat.

Masalah Penyusuan - inverted nipple (puting tenggelam)

Ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah camni kan? Sebenarnya w/pun puting tenggelam/leper, ibu masih boleh menyusukan bayi. Sebaiknya sedari hamil trimester ketiga, ibu boleh mulakan usaha untuk merangsang pembentukan puting. Artikel di bawah ni mungkin boleh jadi rujukan anda..
 
Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:
  1. Nipplet
    Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
  2. Urutan
    Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
  3. Pam Payudara
    Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.
  4. Breast shell
    Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.
  5. Teknik Hoffman
    Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan
    regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.
  6. Nipple shield
    Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.
here, ada forum yg bincang pasal masalah nih...

Assalamualaikum semua,

Saya nak tanya, ada tak dikalangan ummi budimana semua yng mengalami puting tenggelam dan berjaya mengeluarkan nya serta menyebabkan baby senang dan suka minum puting yg tenggelam tu?
Ada sebarang tip utk keluarkan puting kita yg tenggelam. Sebab anak saya dah dua tapi stil menyusu sebelah...cam tak kenyang n tak cukup ajer..ada sebeblah tak berfungsi kerna puting...aduhaii..

Pohon panduan dan tips daripada semua ummi yg berpengalaman...terima kasih

Re: Puting Sebelah Kiri Tenggelam
Wslm,

Saya ada pengalaman nipple tenggelam, but in the right side. Masa mula2 dulu, sakit sangat sbb membengkak, then rasa takut sebab baby tak nak hisap, mungkin sebab susu tak keluar.

Apa yang saya amalkan, saya tetap bf baby, cari sampai dapat kedudukan mulut baby yang boleh mengeluarkan susu bila dia hisap.

Then, at the end...dalam masa seminggu, nipple tu tak tenggelam lagi.. Maybe sebab baby hisap selalu..

Try...and best of luck..

Re: Puting Sebelah Kiri Tenggelam
Hello Mamaezaty,

Saya pun ada masalah nipple inverted belah kanan, the first week, i paksa bagi jugak baby hisap, i picit2 sampai susu skluar. Tapi baby selalu susah nak latch-on, sampai blister2 la that right nipple. After 1 month dah OK. Now sebab selalu pump, the right nipple tak inverted lagi, susu pun byk. But now baby plak tak nak hisap direct!

Re: Puting Sebelah Kiri Tenggelam
Mommies,
Saya dulu pun ada same problem ...But bila baby selalu hisap puting tu muncul jua akhirnya.Teruskan bagi baby hisap walaupun puting tenggelam.Insya Allah nanti OKlah tu.

Re: Puting Sebelah Kiri Tenggelam
mamaezzaty,

saya dulu pun punting tenggelam gak belah kiri.....masa tu lom bersalin lagi...puas dah dok picit/tarik2 masa mandi....tak mau terbentuk gak...

but one day saya ada terbaca bhgn kesihat kat harian metro (kalau tak silap saya ler) pasal puting teggelam tuk bf baby...Dr. tu ckp yg penting

1. mental kena set kita boleh bf baby
2. puting tu as 'anchor' tuk baby kita nenen...yg penting aerola kita tu...
3. so, masa kita bf baby tu kita kena make sure aerola kita
tuk terletak dlm mulut baby...insyaallah boleh

so, after bersalin saya practikkan cara nie...alhamdulillah menjadi....tapi ada kebenaran post mummies kat sini...pump tu membantu terbentuknyer nipple....

semoga mamaezzaty and all mommies here bole bf baby dgn jayanyer insyaalah..

Re: Puting Sebelah Kiri Tenggelam
sy pun ada masalah nipple tenggelam ni pastu sy guna nipple puller brand pureen.. harga dlm RM10++ je rasanya. dah lupa harga...bila guna dlm 2,3 kali nipple dah keluar.
 
Sumber dari blog maziati.

Saturday, September 25, 2010

Taska anak anda-berdaftar atau tidak??

Su baru saja tukarkan aulia' ke taska..sebelum ni su hantar aulia' ke rumah pengasuh, tapi ada kes yang membuatkan su nekad keluarkan aulia' dari situ & terus hantar ke taska.
Masa su tengah cari taska, banyak sangat taska yang su jumpa  kat area presint 9 ni sahaja. Yang su survey ada 5.tak termasuk dengan yang su tak sempat survey. Tapi bila su cek kat website Jabatan Kebajikan Masyarakat, sikit sangat taska kat Putrajaya ni yang berdaftar dengan JKM. Ada satu taska yang besar & caj sangat mahal pun rupa-rupanya tak berdaftar.
Taska aulia' pun takde dalam list. So su call JKM untuk double cek. JKM Putrajaya boleh dihubungi di talian 03-88901672. Rupa-rupanya taska tu dalam proses untuk kelulusan HQ JKM d KL. Tapi dia dah dapat kelulusan Jabatan Bomba & penyelamat berhubung aspek keselamatn. Cuma mungkin ada masalah dari segi documentation yang menyebabkan pernohonan tu pending lagi. Alhamdulillah, sekurang2nya persekitaran di taska tu selamat, & ada pihak yang akan memantau taska tu.

So ibu-ibu sekalian, anda boleh cek status taska anak2 anda di sini : senarai taska berdaftar
atau boleh call sendiri ke talian 03-26165600.

p/s: ibu2, apa yang su lakukan ini cuma sedikit usaha yang boleh su lakukan demi keselamatan aulia'. walau bagaimanapun, kita kena sentiasa ingat yang dalam apa keadaan sekali pun, yang menjaga anak2 kita adalah ALLAH yang MAHA BERKUASA, YANG MAHA MELINDUNGI. Oleh itu, walau apa pun pilihan kita (taska, babysitter, orang gaji, nenek di kampung, hatta berenti kerja untuk jaga anak sendiri pun), kita mesti sentiasa memohon kepada Allah supaya melindungi anak2 kita.

Masalah Penyusuan : Keliru Puting (nipple confuse)

Bayi anda keliru puting tak? Su rasa masalah keliru puting ni merupakan satu masalah yang agak 'common' di kalangan bayi yang menyusu badan. Su sendiri pernah mengalami masalah ni. (refer kat sini). So kali ni su nak kongsikan secara ringkas mengenai masalah ini. Mudah-mudahan boleh membantu kawan-kawan..

Apa itu keliru puting?
-keliru puting ialah satu situasi di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier).

Punca keliru puting?
- keliru puting terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. (kerana itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus (direct feeding).

Tanda-tanda bayi keliru puting?
- Tanda utama ialah bayi akan mengamuk & menolak apabila disusukan secara direct dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana aliran susu yang lebih cepat berbanding sekiranya menyusu secara direct. (susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' & ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar & marah kerana susu lambat keluar)

Cara mengatasi masalah ini?
-  Daripada pengalaman su, cara yang paling berkesan ialah skin to skin contact. Ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju. (pakaikan diaper saja pada bayi). Letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia menghidu bau badan anda & bermain-main dgn badan anda). Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.
-susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.
-offer breast pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah (read: bb dah la lapar, hisap2 puting pun susu tak keluar2 jugak.sbb tu lah dia marah).
- sentiasa direct feeding anak anda setiap kali anda berada dengannya. Minimumkan peggunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Ingat, penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjakin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.

HAPPY BREASTFEEDING!!

Friday, September 24, 2010

Berita Harian Online | Bayi tiga bulan maut tercekik susu

Berita Harian Online | Bayi tiga bulan maut tercekik susu

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada jam 8 pagi sebelum pergi kerja.
"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.
Mohd Fairuz berkata, Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Katanya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.

Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi.

Fairuz berkata, beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.

"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh yang turut mengunjungi keluarga mangsa hari ini berkata, pihak bertanggungjawab perlu bertindak tegas dalam perkara tersebut dengan memastikan semua pengasuh sama ada di rumah atau Taska diberikan latihan sepatutnya supaya kejadian sama tidak berulang.

Aduh..tak habis2 kes yang sama kat putrajaya ni..
Sekarang ni su hantar Aulia' kat nursery..
Semoga anak kita semua dilindungi daripada segala malapetaka..
AMINNNN

Wednesday, September 22, 2010

Lelaki Romantik atau Lelaki Bertanggungjawab??

Semalam baca satu artikel kat Utusan Malaysia.
Komen daripada 2 orang pembaca tentang keluhan seorang wanita terhadap suaminya yang tidak romantik.
Su sangat terkesan dengan ayat terakhir kat artikel tu.. "lelaki romantik atau lelaki bertanggungjawab yang anda mahu??"

Suami su tergolong dalam golongan lelaki yang tidak romantik. Tapi alhamdulillah, dia bertanggungjawab.
Masa mengandung, su tak dapat rasa sangat perhatian dari dia sebab masa tu dia bekerja di Johor. Tapi sesekali dia balik, apa yg su nak mesti dapat. Su sakit belakang, dia urutkan. Di akhir2 pregnancy, dia dapat tukar ke Putrajaya. Jadinya di rumah, dia lah yang masak (walaupun sangat simple). Tiap2 malam b4 tidur, dia bacakan doa utk su & baby. Masa dah hampir bersalin, dia buatkan minyak selusuh untuk su. Baca sendiri doa & ayat2 Quran (refer majalah).

Masa dalam pantang, su duduk dengan mak. Rumah mak dekat je..jadi husband pun duduk situ jugak dengan su & baby. Tiap2 pagi b4 pegi kerja dia akan masakkan air & sediakan air mandian untuk su. Masa dia cuti seminggu tu, waktu makan pun dia yang suapkan. Minum pun dia buatkan. Air milo yang dia buat masa su dalam pantang tu lah air milo tersedap yang su pernah rasa.. =) Malam2, dia yang tolong tukarkan lampin aulia'. Lepas su BF aulia', dia yang burpkan. Kami sama-sama ada tugas masing2, w'pun esoknya husband su bekerja, sedangkan su masih bercuti. Kami sama-sama berjaga bila aulia' meragam malam2.

Sekarang, bila su dah kerja, husband pulak sentiasa tolong dalam buat kerja-kerja rumah. W/pun dia suka sgt 'landing' baju dia kt atas sofa (su dah tak larat nk bebel dah psl ni) tp kat rumah tu memang dia lah yg basuh baju, sidai baju, uruskan botol2 & aksesori aulia'. Kalau su masak, dia mesti tolong. Ye, suami su ringan tulang dalam mmbantu su buat kerja rumah.

So, kesimpulannya, su bersykur dikurniakan suami yang bertanggungjawab (walaupun dia agak kasar & tak romantik). Takpelah, su pun ada kekurangan..Yang penting, dlam rumahtangga kena ada toleransi, tolak ansur.Mudah-mudahan rumahtangga kami aman damai, bahagia selama-lamanya. Aminn

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA!!

(pic credit to google)

Su takde kad cantik-cantik macam blogger lain..
Tak pandai juga untuk mengarang ayat yang best-best
Tapi ikhlas dari hati su, su ingin memohon seribu kemaafan daripada anda semua
samada pembaca blog su, kawan2 FB,
atau sesiapa saja yang membaca entry ini
Mungkin ada kata-kata su yang mengguris hati sesiapa selama su berblogging dan berFB
su cuma manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan
tapi insyaAllah, su cuba menjadi insan yang belajar daripada kesilapan.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI RAYA!!

Thursday, September 2, 2010

TGI Friday's - halal kah?

Su dapat info ni daripada emel. su sendiri tak pernah makan kat TGI ni, sebab su ragu-ragu..tapi mengikut kata sepupu su, memang betul logo halal dia diletakkan kat menu..(macam info dalam emel ni.. So untuk semua, berhati-hati lah dengan apa yang kita makan.. 

Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)

http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif5-428x300.jpg 
Subang Parade
Subang
25 Ogos, 2010
Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.
Sudah berapa ramai umat Islam 'berbuka puasa' di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.
http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif11-450x274.jpg
Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.
http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif62-450x298.jpg
Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga - bedal apa sahaja yang terhidang.
Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan ?Buffet Ramadan? di situ.
http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif21-450x271.jpg
Menu makanan bercampur arak Jack Daniels - ada logo halal lagi.
Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.
Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.tgif71 438x300 Menu Ramadan + Wine  Terimakasih Tuhan, Ianya Jumaat
Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.
Penggunaan terma ?Buffet Ramadan? atau ?Menu berbuka puasa? boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.
Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.
http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif41-450x277.jpg
Antara bahan utama untuk pemeraman - red wine
Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.
Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.
http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif31-444x300.jpg
Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol
Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.
Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak' bagi mengaut keuntungan lebih.
Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.
http://ondscene.my/wp-content/uploads/2010/08/tgif81-424x300.jpg
Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,
Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sebagai peringatan:
Tiga perkara utama Yahudi hendak merosakkan umat Islam iaitu dengan cara halus, menggunakan Formula 3F
1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)
2 -Serangan melalui Fun (hiburan)
3 - Serangan melalui Food (makanan).
Semua telah berjaya mereka kuasai.
Sedarlah wahai ummah!!!


Wednesday, September 1, 2010

Bayi Pramatang Perlu Penjagaan Rapi

update 2/9/2010 : baby auni telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.10 pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.. 

Seorang sahabat su selamat melahirkan puteri pertamanya pada 25/8/2010 yang lalu. Bayi pramatang yang dilahirkan pada usia kandungan 6 bulan dengan berat hanya 550gram tersebut diberi nama Nur Auni Syifa' Binti Muhammad Najib. Sejak hari tu, setiap hari su akan jenguk ke wall husband dia (husband dia pun kawan su jugak) untuk mengetahui perkembangan terkini baby Auni. Hari ni, si suami memaklumkan yang auni terkena jangkitan kuman & berat badannya makin susut. Oleh itu, su mohon agar kawan-kawan, pembaca blog su turut sama mendoakan keselamatan auni. Semoga auni berjaya melawan jangkitan tersebut & semoga Allah memanjangkan usianya.

Su kongsikan di sini hasil carian su tentang penjagaan bayi pramatang. Semoga ada yang mendapat manfaat daripada artikel ini.

Sumber: www.bharian.com.my
SOALAN:
ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu, apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi?
Bapa Serba Tak Tahu,


JAWAPAN:
BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.
Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.
Apakan keperluan bayi pramatang?
* Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
Apakah makanan untuk bayi pramatang?
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.
Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.
Masalah bayi pramatang
* Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
* Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
* Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
*Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.
* Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
* Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
* Masalah Retina
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi
Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.
Related Posts with Thumbnails