My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, August 9, 2010

Kisah Aulia' Yang Susah Nak Makan

Huhuuuu..sedih ni..Macam mana ibu-ibu bagi anak makan yer? Dah dua minggu sinca Aulia' mula makan. Masa pertama kali su bagi dia makan, su buatkan bubur nasi  yang dikisar & ditapis + susu ibu. Alhamdulillah, aulia' makan berselera sangat. Seronok tengok dia makan. Tapi sekarang ni, dia dah tak nak makan. Kat rumah pun dia makan sikit sangat. Kat rumah pengasuh dia pun dia makan sikit jer. Macam mana nak buat yer?

Semalam su & husband pergi Nilai. Aulia' tinggal dengan maktok dia (Mak su). Mak kata aulia' makan sikit sangat-sangat. Pastu asyik nangis je. Su balik, tengok ayah tengah dukung dia kat depan rumah. Dia nangis..keluar air mata. Nampak je su, terus dia diam. Nampak dia happy sangat bila nampak su..Ya Allah..sedih sangat su rasa. Terus su ambik dia, masuk bilik & nyusukan dia. Masa su letak dia atas tilam, terus dia mengiring pandang su. Macam dah tak sabar sangat nak nenen.. Kesiannya anak mummy..dia rindu kat mummy rupanya. Pastu terus ok..Sejam lepas tu mak potong betik. Terus su lecek 1 potong, + susu badan, & cuba suapkan kat aulia'. Alhamdulillah, dia makan jugak walaupun tak banyak sangat. Lebih daripada 10 suap, kira ok la.. (tapi 1 suap tu pun su ambik sikit-sikit je)

Hmm..su tengah sedih ni..Mak kata aulia' x nak makan nasi, kenalah bagi dia bagi nestum @ instant cereal yg lain. hmm..su tak nak. Seboleh mungkin su nak aulia' makan home-made food. Takut ada bahan perasa / pewarna tiruan dalam instant cereal tu. Berdasarkan pembacaan su, instant baby food memang ada benda-benda ni walaupun sedikit.

Macam mana nak buat yer??

5 comments:

Intan Azmira said...

su, mungkin aulia cam syura kot..syura makan umur 8bulan..sblm tu tu bergantung pada susu ibu saja 100%..kalau dia xmo makan, jangan paksa..cukup masa sure dia makan..

syura skrg semua x tolak..

mummy-aulia' said...

oh..lambat jugak ye, syura start makan..rasa lega sikit bila tau ada gak budak lain yg mcm aulia'.hihii..tq intan =)

nur said...

su, anak akak dua dua mmg susah sgt nak makan. Macam irfan, dalam seminggu jer dia makan bubur nasi. Lepas tu mmg dia xnak makan. Bagi nestum pun dia tak nak. Sama jugak kes dgn aisyah. Tp aisyah, sampai skrang (dah nak masuk 3 thn) mmg xnak makan nasi. Asyik makan buah jer. Skrang ni musim buah, lagi la liat nak makan nasi... huhuhu!

Adlina Husaini said...

cuba buat puree..any fruit or vege can be.biasa lah, si manja kita cepat jemu..

since dia dah boleh makan, pelbagaikan food intake. ni nak mengelakkan dia jadi picky..itu yang aku baca..bila 6 bulan ni normally perut si kecik dah bersedia utk digest makanan.

kalau hang takdak idea, sekali sekali buka website heinz tu..memang semua tu segera. bukan suruh beli tapi tiru apa produk dia, kita buat sendiri. just ambil as idea..

semua produk tu dah dikaji dan diteliti. sebab tu ada ikut umur. jadi cuba buat dan pelbagaikan makanan aulia'. solid food penting untuk tumbesaran dia selain yang utama susu ibu.

k, chayok mummy!

*shian aulia' rindu mummy dia..ish aku risau la camne nak p dpa nanti tinggalkan hero ngan heroine kita tu..

mummy-aulia' said...

ina, aku dah try wat puree.tp dia nak mkn puree epal je.smlm aku wat betik, nmpaknya dia suka.mangga, pisang, kurma dia tak suka.k, nnt aku cek website tu..TQ

Related Posts with Thumbnails